10.9.11

Anatomi Ujie - Selepas Melahirkan

Adalah terganggu barangkali.

Rasanya begitu teruji sekali kali ini. Walau begitu saya redha dengan ujian Allah ini. Memang ada hikmah disebaliknya. Syukur.

Melahirkan Yusuf pertamanya saya terpaksa berdepan dengan buasir yang agak menyakitkan dan menyukarkan tugas2 harian saya. Bayangkan macam mana nak jaga luka jahitan dan dalam masa sama nak rawat buasir dalam keadaan pantang. Serius memang mencabar sampai nangis2 depan suami. Suami pun setakat mana boleh tolong. G farmasi blikan ubat berulang kali boleh la. Sudahnya sebab buasir, pantang saya memang tidak berjaya diamalkan dengan berkesan. Buktinya masih ada perut buncit yang urrrrgghhhh sangat mengganggu. Saya amik masa dekat 3 minggu tuk sembuhkan buasir saya ini. Bayangkanlah 3 minggu!

Keduanya dah nak dekat abis pantang 44 hari saya kena jangkitan pada vagina pula, kali ini saya kena gatal2 kemerahan. Urgggghhhhh sangat ok. Saya pergi klinik dan doktor kata itu normal. Kene amik ubat, kali ini seminggu juga tempiasnya.

Dan yang paling mencabar sekali ialah minggu lepas. Raya ketiga start demam selsema. Waktu tu kat Melaka n otw balik ke kl. Sebab demam sudahnya raya keempat kami semua duk rumah saja, serius tak larat. Sekalinya demam berlarutan. Sebab dah nak kerja isninnya maka pagi sabtu tu pergi klinik amik ubat dengan harapan cepat sembuh. Dah teruja nak masuk opis. Sekalipun niat amat baik sekali, petang sabtu tu dah start rasa sengal2 perut. Dlm hati mesti sbb ubat2an yang diambil. Sakit perut tak juga reda malah makin sakit sampai dah tak tahan pagi buta isnin tu pergi klinik lagi. Pukul 4 pagi ok pergi klinik! Sian sangat Yusuf kene antar umah nenek sepagi itu.

Kat klinik doktor tanya2 aje pastu kata saya gastrik. Saya setuju jelah sbb membayangkan semenjak demam saya asyik telan panadol, panadol soluble n ubat selsema. Saya pun ingat saya gastrik. Sekalinya isnin mc saja sebab mmg tak boleh pergi kerja, nasib baik saya tak pergi ok sebab sakit berlarutan n makin kuat sampai saya jalan terbongkok2. Saya mula panik sebab sakit perut saya berterusan dan bkn datang n pergi. Lagi pulak ubat gastrik saya makan mmg tak tunjukkan apa2 perubahan.

Sampai satu tahap saya menangis, suami pun naik kesian. Suami kata sakit sangat ker? Sebenarnya waktu tu saya tgh panik. Saya tekan2 perut n bahagian yang sakit adalah bahagian bawah belah kanan. Ini adalah tanda2 apendik!!! Sementelah pula masa tu bz main mesej blackberry dengan kawan saya. Dia yang beria2 suruh saya buat further checkup sbb dia takut saya appendik. Masa tu saya nangis bukanlah sbb tak tahan sakit tapi saya nangis sbb saya takut saya appendik. Masa tu saya terpikir saya mati dan tentulah saya terpikirkan 2 wajah comel anak2 saya. Arrggghhhhh serius sedih tahap dihiris2 hati ini. Siap sedu sedan lagi2 pikirkan si kecik yang tak berapa kecik yusuf imran.

Suami sepatutnya kerja jam 3ptg, waktu saya nangis tu dah pukul 1ptg. Suami ajak pergi hospital dan saya ikut saja sbb mmg itu niat saya. Dalam hati kalau pergi ppum mesti 1/2 hari tunggu tak siap2 lagi. Nak cadang kat suami pergi pusrawi aje, suami pun nak rushing kerja. Masuk bilik dah dgr suami telefon awek kawan dia yang kerja kat hospital pantai. Adoi nak pergi pantai terbang lagi banyaklah duit. Tapi sbb dah sakit n nak cepat serta mmg kesuntukkan masa maka pergi jugalah ke pantai.

Masa jumpa doc mmg suspek appendik. So kene buat blood test n ultrasound. Sebab ultrasound tunjuk semuanya berkeadaan baik maka kene buat x-ray perut untuk pastikan betul ke tak appendik. Sbb suspek appendik maka urine test tak buat.

Agak lama tunggu result sebab aritu sangat ramai org, maryam siap tido lagi, papa pula terpaksa masuk kerja lambat skit. Dekat pukul 6ptg baru doc dtg n bgtau result semua ok n bukan appendik. Masa tu rasa nak nangis n bersyukur sgt2 ianya bukan appendik. Dan doktor suspek UTI (Urinary Tract Infection) plak. So doc kata amik ujian air kencing. Sebab uti doc kata dia tak nak tahan wad n bagi saya balik dengan antibiotik. Masa ni bertambah syukur sbb tak kene tahan sbb kepala dah congak2 berapa plak bil nak kene bayar.

So esoknya doc sahkan it was uti. Malam tu mmg saya dah gugel pasal uti. So salah satu tandanya adalah abdomen pain. Serius ianya sangat sakit. Dan saya masih sakit n mc dari 2 hari tambah lagi 2 hari, 2 hari tu amik kat klinik biasa aje sebab malas dah nak g pantai semata2 nak amik mc. Alhamdulillah lepas makan antibiotik n minum air dengan sangat banyak perut saya sudah pulih.

Oh ya bil yang saya terpaksa bayar adalah RM720.20!!! Waktu ini sangat menyesal kerana tak respon kepada proposal insurans kesihatan yg diberi kawan papa. Tapi tiadalah gunanya lagi kan. Maka bayar sajalah.

Namun begitu moral dari kejadian ini ialah pergilah kepada yang betul2 pakar jika sakit n tak tahu puncanya. Syukur biarpun saya habiskan sejumlah wang yang besar saya didiagnos dengan betul. Jika saya terus2an pergi klinik ntah apa lagi ubat yg saya terpaksa makan. Bayang kalau doc kata saya appendik bukan uti lama mana lagi saya akan sakit n infection ini agaknya dah boleh attack buah pinggang saya. Nauzubillah.

Moralnya lagi ialah amiklah insurans kesihatan. Ye saya sudah email kembali kawan papa n minta dia bagi semula proposal insurans itu untuk saya teliti, hari tu saya terlalu sibuk n biarkan saja proposal dalam inbox yahoo. Skali cari tak jumpa sudah. Sebab papa n maryam dah ada maka saya minta dia proposed untuk yusuf sekali. Kali ini saya tak mahu pisang berbuah dua kali.

Benar setiap ujian Allah itu ada hikmahnya...syukur.
Published with Blogger-droid v1.7.4

2 comments:

ummi mien said...

alhamdulillah sume dh ok.take care ye ujie.ko mmg ada buasir ke sblom nih?ke ni fes time kena?

R-B-I said...

Tq mien. Aku mmg ada tapi tak serius n tak sakit. Lps beranak yusuf kene mmg sakit.