22.9.11

Anak Lelaki Minum Banyak? ~ Mitos & Fakta Penyusuan Susu Ibu :)


Pernah dengar tak ada ibu yang cakap 'dah campur susu formula, sebab susu badan sikit, baby kuat nyusu, lagipun baby lelaki kan'..........aaargggghhhh been heard this statement for ages. Sangat2 tak suka.

Maaf kali ini saya bukanlah nak komplen atau merendahkan sesiapa cuma ingin melahirkan keprihatinan saya terhadap dakwaan bayi lelaki minum banyak n sebab tu takleh nak cover demand dengan supply susu badan yang ada maka terpaksalah bagi susu formula. Jah tak kisah mak sebab bukan Jah yang kene blikan susu formula n bukan anak jah pun kan. Cuma sebab Jah ni kelas skit cuma Jah nak sound la skit bahawa semua ni tahyul jek. Dulu Jah ngan kawan Jah kami dua2 anak pertama dapat anak perempuan, gegirl gitu maka memang pernah bincang kalau ada rezeki anak kedua lelaki kami nak buktikan dakwaan baby lelaki minum banyak n takleh nak cover ngan susu badan tu tak benar sama sekali. Tanjat boboi kan mak2 buat statement camni.

Betul ke baby boy minum susu banyak? Jah pun tak tahu sebab Jah dah gugel2 Jah tak jumpa pun kajian2 yang membuktikan kebenaran dakwaan ini. Cuma yang Jah tau kalau demand tinggi, supply kenelah tinggi juga. Cuma kalau dah top up ngan susu formula jangan la bagi alasan susu badan tak cukup n baby boy kuat minum. Something wrong jek statement tu. Paham tak kenapa Jah bengang? Bila dah start bagi susu formula memang la susu badan akan lagi cepat jadi tak cukup. Malas la Jah nak jadi peguambela lagi, Kak temah semua gugel la cari ilmu pasal penyusuan, berlambak artikel n blog yang ada tulis. Kak Temah tak payah la kuarkan statement yang Kak Temah selalu dgr org2 tua cakap. Tolonglah hentikan mitos2 ni, sebab mitos2 ni lah ramai yang tak berjaya meneruskan penyusuan susu ibu.

Kak temah semua takyah la bengang ngan Jah, Jah bagitau aje. Jah bukanlah terer @ eksyen cuma Jah tak suka orang bercakap tak berdasarkan fakta. Mitos ni boleh gagalkan penyusuan susu ibu. Jah tak berkenan la nak salahkan anak lelaki minum banyak, kalau camtu kalau ada anak perempuan mestilah berjaya kan? Tanjat gegirl camni tau.

Jah ni sekarang nyusukan anak lelaki yang dah nak masuk 3 bulan, tak la rasa kuat minum pun. Selalu anak Jah hisap sebelah payudara aje dah tergolek, sama aje ngan kakak dia dulu. Umur2 camni paling banyak boleh pergi 4oz, tak tahu la kalau ada yang skali minum sampai 6-7oz. Kalau anak Jah minum lebih 4oz dia mmg muntah. So kalau payudara tengah penuh memang Jah bagi sebelah aje. agaknya yang kene topup susu formula ni anak drg minum 2-2 payudara abis kot. Wallahualam. Yang Jah tau kalau Jah pam sebelah paling banyak Jah dapat 6oz, tupun kalau lama tak pam. Biasa2 mesti dapat 3-4oz. Ni memang cukup tuk baby minum. Alhamdulillah. Sebab tu Jah pelik kenapa nak salahkan anak lelaki minum banyak. Besar sangat ke perut anak lelaki ni. Lagipun Jah pernah terbaca khasiat dalam susu ibu tuk anak lelaki n perempuan adalah berbeza bagi memenuhi keperluan anak mengikut jantina masing2. So mitos tak relevan ni mmg buat Jah terpanjat.

Sebenarnya mungkin Temah yang salah teknik n tak cukup ilmu pasal penyusuan susu ibu. Bukan la maksud Jah, Jah ni penuh ilmu di dada tapi Jah sentiasa cuba upgrade ilmu Jah. Tak payah la Jah nak bukak kelas, gugel la sendiri. Kang kata Jah eksyen plak. Jah mohon maaf sangat2 tapi Jah memang nak bagitau aje bukan nak kondem saper2. Kalau terasa, I'm soriiiiiiiii...

Doakanlah Jah berjaya susukan anak lelaki Jah yang dah montel ni. Berat dia dah 6.1kg di usia 2 1/2 bulan. Alhamdulillah fully breastfeed. Harap Jah berjaya sampai 2 tahun. Setakat ni penghasilan susu masih banyak. Jah amalkan teknik kosongkan payudara selalu. Jah jadikan slogan 'more demand, more supply' sebagai pegangan sekarang ni. Kak Temah cubalah juga ya.

Oklah bacalah mitos n fakta penyusuan kat bawah ni. Ni Jah copy n paste dari blog meniti hari. Sila la baca ye.

Mitos 1
Sesetengah susu formula(FM) lebih baik dari susu ibu (SI) kerana ditambah vitamin.
Fakta:
Sesetengah vitamin yang ditambah mungkin memberi kesan negatif kepada bayi.

Mitos 2
Bayi menyusu SI mempunyai jadual menyusu yang sama dengan bayi menyusu FM.
Fakta
Susukan bayi mengikut kehendak.
SI lebih mudah hadam, maka bayi akan cepat berasa lapar semula.

Mitos 3
Sesetengah ibu tidak mampu menyediakan SI yang secukupnya.
Fakta
Kekerapan menyusu akan merangsang pengeluaran susu yang secukupnya.

Mitos 4
Adalah tidak mustahil bayi juga mempunyai alahan terhadap SI.
Fakta
Sekiranya berlaku alahan, mungkin disebabkan pemakanan ibu ataupun faktor sekeliling.

Mitos 5
Sekiranya ibu sakit, demam,selesema, ibu sepatutnya berhenti menyusu.
Fakta
Semasa sakit, ibu akan menghasilkan antibodi terhadap penyakit tersebut dan ianya sangat bermanfaat untuk bayi.
Bayi yang menyusu FM dua kali terdedah risiko jangkitan.

Mitos 6
Susu awal iaitu susu selepas kelahiran adalah tidak berfaedah.
Fakta
Kolostrum amatlah penting sebagai imuniti pertama bayi.

Mitos 7
SI sama sifat seperti FM.
Fakta
SI akan berubah dari segi warna pada masa dan waktu yang berlainan.
SI juga berubah2 rasa bergantung kepada pemakanan ibu.

Mitos 8
Menyusu akan menyebabkan bentuk badan lari.
Fakta
Menyusu dapat mengecutkan uterus dengan lebih cepat.
Menyusu dapat mengurangkan berat dengan lebih berkesan.

Mitos 9
Menyusu semasa datang haid adalah tidak wajar.
Fakta
Tiada kaitan dengan perubahan hormon.

Mitos 10
Payudara bersaiz kecil tidak dapat memberi cukup SI kepada bayi bersaiz besar.
Fakta
Saiz bukan penentu.

Mitos 11
Ibu wajib minum susu untuk bekalkan susu.
Fakta
Lembu tidak pernah minum susu, tetapi dapat hasilkan susu yang sangat banyak.
Ibu cuma perlu cukupkan air di dalam badan.

Mitos 12
Ibu menyusu memerlukan diet khas,perlu berpantang beberapa makanan.
Fakta
Ibu memerlukan protein yang lebih, lebih kalori, diet mesti seimbang.

Mitos 13
Bayi memerlukan air kosong pada awal2 kelahiran apabila cuaca panas.
Fakta
Air kosong tiada kandungan nutrisi.
Susu ibu sudah mengandungi air.

Mitos 14
Puting(nipple) perlu dibersihkan dengan sabun dan air setiap kali sebelum menyusu.
Fakta
Tidak perlu membasuh puting sebelum menyusu, elakkan penggunaan sabun.

Mitos 15
Setiap bayi hanya akan minum apabila dia betul-betul lapar.
Fakta
Susukan bayi setiap 2-3 jam pada minggu-minggu awal kelahiran.
Kejutkan bayi sekiranya payudara terasa bengkak.

Mitos 16
Apabila ibu berhenti menyusu, tiada jalan untuk kembali menyusu.
Fakta
Relaktasi boleh mengembalikan susu ibu.

Mitos 17
Apabila ibu mengalami rekahan puting (sore nipple), ibu seharusnya berhenti menyusu pada payudara yang mengalami sore nipple.
Fakta
Teruskan penyusuan.
Betulkan teknik pelekapan.

Mitos 18
Apabila berat bayi meningkat secara perlahan, susu ibu adalah tidak mencukupi.
Fakta
Rujuk carta perkembangan bayi menyusu susu ibu.
Adakah bayi mempunyai lampin basah 6-8kali, pembuangan najis 2-5kali pada minggu-minggu awal kelahiran.


Carta tumbesaran bayi susu ibu.
Mitos 19
Bayi yang ‘gemuk’ adalah bayi yang sihat.
Fakta
Bayi menyusu susu ibu datang dalam pelbagai saiz.
Bayi menyusu susu formula mudah meningkat berat badan.

Mitos 20
Najis bayi menyusu susu ibu sama dengan najis bayi menyusu FM.
Fakta
Bayi menyusu susu ibu kurang membuang berbanding bayi dengan FM.
Najisnya juga bersifat kekuningan dan kurang bau berbanding bayi dengan FM.

7 comments:

~Mommy ZuE~ said...

Erm komen aku yg Ada 2 org anak laki plak, depends Pada bdk tu.. Mcm Azim dlu mmg kuat n byk minum susu..suction die pon bkn main kuat.. Maybe die Lahir pon dh bsr 3.67kg and overdue.. Muiz plak Lahir awal sminggu dr edd 2.86kg.. Die mmg suck slow sket dr Azim.. X Sakit sgt dr first time bf smpi skrg.. And die mmg minum x sebyk Azim..

Tp dlm Islam pon mmg ckp hak anak lelaki 2:1 banding ngn anak perempuan :)

Tp alasan bb boy minum byk so xdpt nk fully bf is auta laaa haha.. Byk pon bf kan demand n supply :)

ummi mien said...

mitos2 ni rsnya datang dari ibu2 yg sezaman ngan mak2 kita. aku maseh ingat ayat emas ko, bukan senang nak jadi seorang ibu. yeah to be a mom u need to be creative. skang ni aku dh dpt simpan stok susu setelah paham apa pentingnya buat stok dan cane nak suaikan keadaan agar dpt buat stok. walaupon stok tak banyak tapi aku bole tarik nafas lega sket sbb sekurang2nya aku dah mencuba. hehehe...

AzielaFairul~ said...

hohoho, saya sgt terasa baca entry ni.. uhuk huk huk~

R-B-I said...

Ala mummy faress jgn la kecik ati, ini general, dari saya kecik saya dah dgr org ckp camni.

AzielaFairul~ said...

saya mengalami situasi begitu.. susu bdn x mencukupi + farees plak kuat nyusu.. klu dia rasa x puas mesti dia ngamuk.. then bila bg susu botol, dah puas baru tito.. x tau camne dah nak bykkan susu bdn ni *_*

Anonymous said...

Betol ape anak laki kuat minum susu sampai kne top up fm..sebab ank sdara sy yg boy lahir 2.4kg n ank sy gugirl lahir 2.91kg lahir pd bln sma,beza 2 hari je,n now ank sy 4 bln bru je 5.6kg yg baby boy tu plk dh 7.5kg,dua2 start full fm mse umo sbln..sb baby sy die xnk minum direct,so lme2 susu pun kering..yg baby boy tu plak mmg mak die x ckp susu nk kasi sb terlampau byk n kerap sangat nak susu..

Unknown said...

Memang terbaiklah jah heheh adaa ade 3 anak lelaki..kali pertama x bf langsung..kes xde ilmu also health condition..anak ke 2 bf..tp stop kejap sbb mastitis severe dua2 belah..sampai anak muntah kuar balik darah dlm susu ibu td..lepas tu sambung balik bf smp dia dekat 2 tahun..anak ke 3 dah setahun 2 bulan..fully bf sbb yg ni anak pandai latch on..mmg sekali pon x penah luka..gud boy..yg second dulu tah mana silap asik bedarah je..smp umur dia setahub lebih pon adaa kene demam panas kea jangkitan..but still berjaya bf hehe

Nway..nice info n yes ibu2 kene ade ilmu n kuat semangat. .kalo x..mmg x dpt bf anak

Jemput ke blog adaa plak ye jah hehe
Www.adaa-inspiration.com