24.5.11

Nur Kasih The Movie Review : Indah Khabir dari Mira?

Hohohoho rasanya ini masa yg sudah sesuai untuk mengomen kan? Fanatik2 semua sudah menontonkah? Jika sudah jadi takdelah yang akan marah2 kalau saya komen dok?

Ok saya nak komen aje tau, kalau nak sinopsis cari sendiri ler, malas i nk layan. Tapi tak nak la komen lelebih kan kang ada yang tanya saya ada cert buat filem dari mana nak komen mcm pandai bebenor pasal filem. Tak kisah pun sbb sdg prof kat Malaysia ni pun buat citer tahap2 bangang kan.

Ok komen tak membina saya:
a) ini cerita flasback manjang, jadi saya rasa byk kot plot terabur, saper lambat mmg la tak dpt tangkap.
b) kesan khas dok bagus
c) byk part bagus tapi gagal terkesan, mcm tak sampai kesedihan n kesakitan yg ditanggung
d) para pelakon - saya tak rasa pelakon utama beri lakonan terbaik, mcm yg extra lebih baik...

Kemudian komen ikhlas saya from the bottom of my heart:
a) moral cerita ini sebenarnya kekuatan cerita ni, tapi kalau kita tak berjaya kupas maka mesejnya tak sampai, lupakan la kejap cinte adam-nur, cuba selami setiap inci citer ni, antaranya:
- hubungan kekeluargaan, mak kalau kecik ati mcm mana pun ngan anak kene maafkan dan doakan selalu, sebab redha mak itu penting utk kebahagiaan anak2, cb anak2 yg sulit hidup mereka tu selami balik mcm mana hubungan anak-mak mereka selama ni. Hubungan mertua menantu pun kene jaga, begitu juga ngan biras n sedara mara lain.
- hubungan suami isteri, mesti saling melengkapi dan menyokong, paling penting suami mesti jadi tunjang, tgk mcm mana Adam gerak Nur tuk bersolat, maksudnya suami yang mesti memimpin. Flashback Aidil n isteri susun baju tu pun sangat sweet.
- hubungan dengan Allah, semua yang kita ada ni milik Allah, anak, isteri, suami, harta, kerjaya itu semua dugaan. Kita kena hargai semua ini tapi mesti redha dengan ketentuan Ilahi. Kita tengok Aidil, walau dia pegang watak alim n warak, dia pun goyah bila diuji dengan org tersayang apalagi adam kan? Jadi bayangkan la iman senipis bawang kita ni kalau ujian bertimpa ni datang kat kita pulak. Nauzubillah...
- hubungan sesama manusia, jgn nilai luaran. Tak semesti yang jahat luar tu dalamnya busuk, tgk mamat dia sebenarnya ada hati yang baik dan tgk ustaz yg tak nak bg ceramah tu, kerana mereka yg berilmu beginilah ramai yang makin terpesong, realiti mmg ramai yg alim merasakan mereka sudah cukup baik dan menghina mereka2 yang luarannya nmpk jahat. Paling penting baiki dalaman dulu baru terjemahkan luaran, kalau tutup aurat tapi solat masih tak jaga jadi bagaimana? (Ingatan tuk diri sendiri juga)
- Rezeki Allah - anak dan kerjaya...lihat bgmana susah adam-nur nak dapat anak, walau adam jaga nur dengan sangat gila baik, nur gugur juga, ini semua urusan Allah, maksudnya kalau Allah tak izinkan, kita duduk tak buat apa2 pun kerja sbb kononnya nak jaga kandungan, kalau Allah kata tidak maka tidaklah jawabnya. Kerjaya pulak tgk mcm mana nur pertahankan halal-haram dalam mencari rezeki walau dia sgt perlukan wang. Ingat sikit ker nak bayar fee arkitek heh? Walaupun dia cuma merekabentuk tapi itu ada kene mengena dengan subahat ke arah maksiat. Tgk bgmana mira nak sampaikan mesej ni yang mana dah ramai makin lupa sebab nak kejar duit. Ingat mencari yang halal itu adalah wajib. So dgn erti kata lain 'No pork doesn't mean Halal ok'
b) tempat berlakon mmg cantik sampai saya rasa nak sangat2 pergi Jordan, InsyaAllah. Tak dapat g Jordan g sawah padi tu pun ok.
c) Lagunya saya suka duet Yassin-Tizz walau org kutuk sore Tizz tak ok sbb saya suka suara Tizz yang husky itu. Tapi lagu duet lagi satu tu nyanyian si sabhi ngan helena tu saya rasa hampes sebab nyanyi mcm tak best n lagunya ala2 lagu winter sonata, uh i benci ada unsur2 saduran ok. Tapi bertemu cinta tu ok. Hohohoho...

Itu ajelah kot, jadi keseluruhannya dari RM11 yang saya bayar saya boleh kata filem ini dari segi moral ianya tidak ternilai tapi dari segi hiburan saya rasa saya hanya patut bayar RM7.15. Hehehe jadi jika anda tanya saya bagus atau tidak cerita ini, bergantung pada apa yang anda mahu. Dari segi moral ianya harus ditonton tapi perlu penghayatan yang tinggi, namun dari segi hiburan komen jujur saya jika anda nak tunggu main kat tv di musim raya akan datang juga takpe. Ataupun sila tengok pada hari Rabu @ pakai student card untuk dptkan potongan harga. Hehehehehe...

Oh lain2 komen pula ialah:
a) saya sukalah sebab nama mia dalam citer ini ialah Maryam, terkembang2 hidung anak gadis saya setiap kali ada scene sebut nama n watak Maryam. Sib baik nama adikyam dah ada, kalau tak kene la letak nama Ilyas.
b) biasanya citer khabir-mira mesti ada watak budak kecik yang berjiwa org besar, yg mana i rasa melebih2 kot.
c) Tizz Zawiyah (hehehehe gelaran untuk my mil) tertido ok masa tgk cite ni, so maybe ada unsur2 boring
d) Panggung mmg penuh tapi bila citer habis, mmg dengar ramai yang mengeluh tak puas hati.
e) walau saya tak tgk seluruh drama di tv tapi filem ni walau diganggu Maryam beberapa kali sebab dia ajak saya balik saya tetap dapat agak what happen next or what happen before, so sebab tu saya kurang rasa thrillnya cerita ni, so sebab tu saya rasa citer ni biasa2 saja, jadi maafkan saya.

Ok itu saja review jujur dari saya. Saya akan kembali untuk mencari yang hakiki ok! Daaaaaa...
Published with Blogger-droid v1.6.8

No comments: