Pahala yang Allah janji buat ibu2 yang mengandung itu terlalu tinggi kerana ibu2 itu membawa amanat Allah selama 9 bulan dan ianya bukanlah mudah. Jika Allah menjanjikan ganjaran yang hebat bayangkanlah betapa berharganya anak itu di sisi Allah. Dengan reward yang begini hebat semestinya amanat ini juga sebenarnya berat untuk dipegang.
Akhirnya saya panjatkan doa dan permintaan yang begini dari-Nya, kerana kepadaNyalah tempat untuk meminta, dengan kepayahan saya membawa amanat yang dianugerahkaNya, pastilah kepadaNya saya meminta ganjaran atas jerih perih itu. Dia Maha Segalanya dan dengan kelebihan berdoa mengapa tidak meminta dariNya...
Ya Allah,
Kurniakanlah hambaMu ini kesihatan yang baik sepanjang menanti saat melahirkan...
Berikanlah juga kenikmatan dan keriangan dalam tempoh kehamilan yang masih lagi bersisa...
Ya Rahman...
Kemudian bila tibanya saat melahirkan itu,
Aku amat bermohon agar Kau mudahkan segalanya,
Lancarkanlah proses kelahiran itu tanpa sebarang komplikasi,
Pantaskanlah setiap saat berlalunya kesakitan itu...
Ya Rahim...
Bila selesainya pertarungan itu,
Selamatkanlah anakku dari sebarang ketidakinginan,
Sempurnakanlah kejadiannya,
Indahkanlah kehadirannya,
Dan tuliskanlah sebuah cerita yang hebat untuk masa hadapannya...
Ya Rabbi...
Sepanjang tempoh membesarkannya kelak,
Jayakan aku menyusuinya hingga tempoh yang telah Kau pinta,
Berikanlah kesihatan yang baik padanya agar kami tidak menangis atas kesakitannya,
Luaskanlah rezeki kami agar kami dapat memenuhi keperluannya,
Mudahkanlah urusan kami agar kami dapat meluang masa berkualiti untuk bersamanya,
Dan bantulah kami membimbingnya secemerlang mungkin...
Ya Rahman Ya Rahim...
Penuhkan kasih sayang disetiap sudut ruang hidupnya,
Jadikanlah dia seorang yang Kau mahu dalam barisan agamaMu,
Bentukkanlah keimanan yang teguh dihatinya,
Suburkanlah kasih sayang antara kami sekeluarga,
Ya Allah,
Atas payah perihku membawanya sehingga 9 purnama,
Aku tidak minta dibayar,
Yang kupohon hanyalah untuk sejahtera dirinya,
Kerana akulah ibunya,
Yang takkan putus berdoa,
Dan takkan sekali berputus asa untuknya,
Demi kepayahan dan kesakitan ini,
Demi sebuah kehidupan yang masih disangsi,
Dan juga demi kelangsungan hidup yang sedang ditempuhi,
Kabulkanlah doa dan pintaku ini...
Dan demi seorang ibu yang telah melalui jerih ini,
Lebih dahulu dari diri ini,
Kupohon kau ampunkanlah segala dosanya,
Kau bahagiakanlah kehidupannya,
Kerana doanya telah menyempurna,
Hidupku dulu, kini dan InsyaAllah untuk selamanya...
Ameen, Ameen, Ameen Ya Rabbal Alamin...
Published with Blogger-droid v1.6.8
No comments:
Post a Comment