19.5.11

Bahu untuk menangis...

Kadang2 saya berkecil hati dengan suami dan yg terkini adalah di malam ulangtahun kelahiran saya, semuanya gara2 dia keluar dengan rakannya meninggalkan saya dan maryam selepas kami makan malam sempena birthday saya.

Sebab sakit hati saya menangis, tak logik la malam birthday saya nak kuar plak, tak kira la walau ngan jantan lain sekalipun. Macam biasa orang paling cuak bila saya menangis mestilah bkn papayam tapi cik maryam la, dia mmg tak boleh tgk mata saya berair hatta saya berair mata sebab menguap sekalipun. Papayam dah tak cuak dah sebab dah puas dah cuak dalam 8 tahun bersama saya, malas layan ada la kot, hahahahahaha.

Bila tgk saya menangis, maryam bertanya "Ma kenapa mama nangis?"

Saya selamba aje jawab "Papayam tu la, birthday mama nak kuar plak.."

Lalu maryam dengan pandangan simpati berkata "dah la, yam kan ada..."

Huwarrrgggghhhhhh, lagi la mama touching. Benci papa, yam kecik pun tahu jaga hati mama.

Pastu papa kuar jugak, takpe2 ada budi ada batas. Mama pun tinggallah ngan yam sampai masa nak masuk tido, mama suh yam duk dalam bilik sementara mama solat n gosok baju keje. Mama cakap kat yam begini "Yam main angry bird kat sini dulu, mama nak solat n gosok baju kat bilik solat ye"

Maryam berhenti main angry bird dan pandang mama dan dengan spontan terpacul dari mulutnya "Ala yam ikut mama la, kang mama nangis lagi"

Aduhai, mama dah cool dah tadi, skang dah touching balik dah...huhuhuhuhu. Masa ni rasa berbaloinya sakit bersalinkan kamu la Maryam. Hehehehehehehe...

Then lately Maryam selalu sangat menguji kesabaran mama, adeh tak tahu la pasai apa dia suka sangat nak marah2, skit2 nangis n moody. Sampai memang dia kene bantai n sesi kaunseling ngan mama. Mungkin peel nak dapat adik kot.

Kelmarin mama bebel kat dia dengan berkata "Yam boleh tak jangan nangis2 tak kene tempat, mama tak suka tau, serabut sangat"

Dan dengan acuh tak acuh dia jawab "Alaa mama tu nangis takpe"

"Masa bila pulak mama nangis?"

"Ala aritu, masa papa marah mama tu"

Dush, senget batang hidung gua ok!
Published with Blogger-droid v1.6.8

2 comments:

Shu said...

ish2, yam ni adalah tahap dewa comelnye!!

R-B-I said...

Die mmg begitu, kdg2 mulutnya juga amat manis, nenek n atuk pun cair...