27.5.11

Doaku, pintaku pada-Nya...

Entah kenapa lepas solat Asar tadi tiba2 saya emosi, nangis la kejap, basah la juga telekung sembahyang. Tiba2 terasa berat amanat yang Allah bagi ni. Tak tahulah kenapa, adakah sebab saya rasa semakin sukar membawa perut ini atau saya benar2 rasa takut saya gagal memikul tanggungjawab yang diberi.

Pahala yang Allah janji buat ibu2 yang mengandung itu terlalu tinggi kerana ibu2 itu membawa amanat Allah selama 9 bulan dan ianya bukanlah mudah. Jika Allah menjanjikan ganjaran yang hebat bayangkanlah betapa berharganya anak itu di sisi Allah. Dengan reward yang begini hebat semestinya amanat ini juga sebenarnya berat untuk dipegang.

Akhirnya saya panjatkan doa dan permintaan yang begini dari-Nya, kerana kepadaNyalah tempat untuk meminta, dengan kepayahan saya membawa amanat yang dianugerahkaNya, pastilah kepadaNya saya meminta ganjaran atas jerih perih itu. Dia Maha Segalanya dan dengan kelebihan berdoa mengapa tidak meminta dariNya...

Ya Allah,
Kurniakanlah hambaMu ini kesihatan yang baik sepanjang menanti saat melahirkan...
Berikanlah juga kenikmatan dan keriangan dalam tempoh kehamilan yang masih lagi bersisa...

Ya Rahman...
Kemudian bila tibanya saat melahirkan itu,
Aku amat bermohon agar Kau mudahkan segalanya,
Lancarkanlah proses kelahiran itu tanpa sebarang komplikasi,
Pantaskanlah setiap saat berlalunya kesakitan itu...

Ya Rahim...
Bila selesainya pertarungan itu,
Selamatkanlah anakku dari sebarang ketidakinginan,
Sempurnakanlah kejadiannya,
Indahkanlah kehadirannya,
Dan tuliskanlah sebuah cerita yang hebat untuk masa hadapannya...

Ya Rabbi...
Sepanjang tempoh membesarkannya kelak,
Jayakan aku menyusuinya hingga tempoh yang telah Kau pinta,
Berikanlah kesihatan yang baik padanya agar kami tidak menangis atas kesakitannya,
Luaskanlah rezeki kami agar kami dapat memenuhi keperluannya,
Mudahkanlah urusan kami agar kami dapat meluang masa berkualiti untuk bersamanya,
Dan bantulah kami membimbingnya secemerlang mungkin...

Ya Rahman Ya Rahim...
Penuhkan kasih sayang disetiap sudut ruang hidupnya,
Jadikanlah dia seorang yang Kau mahu dalam barisan agamaMu,
Bentukkanlah keimanan yang teguh dihatinya,
Suburkanlah kasih sayang antara kami sekeluarga,

Ya Allah,
Atas payah perihku membawanya sehingga 9 purnama,
Aku tidak minta dibayar,
Yang kupohon hanyalah untuk sejahtera dirinya,
Kerana akulah ibunya,
Yang takkan putus berdoa,
Dan takkan sekali berputus asa untuknya,
Demi kepayahan dan kesakitan ini,
Demi sebuah kehidupan yang masih disangsi,
Dan juga demi kelangsungan hidup yang sedang ditempuhi,
Kabulkanlah doa dan pintaku ini...

Dan demi seorang ibu yang telah melalui jerih ini,
Lebih dahulu dari diri ini,
Kupohon kau ampunkanlah segala dosanya,
Kau bahagiakanlah kehidupannya,
Kerana doanya telah menyempurna,
Hidupku dulu, kini dan InsyaAllah untuk selamanya...

Ameen, Ameen, Ameen Ya Rabbal Alamin...
Published with Blogger-droid v1.6.8

24.5.11

Nur Kasih The Movie Review : Indah Khabir dari Mira?

Hohohoho rasanya ini masa yg sudah sesuai untuk mengomen kan? Fanatik2 semua sudah menontonkah? Jika sudah jadi takdelah yang akan marah2 kalau saya komen dok?

Ok saya nak komen aje tau, kalau nak sinopsis cari sendiri ler, malas i nk layan. Tapi tak nak la komen lelebih kan kang ada yang tanya saya ada cert buat filem dari mana nak komen mcm pandai bebenor pasal filem. Tak kisah pun sbb sdg prof kat Malaysia ni pun buat citer tahap2 bangang kan.

Ok komen tak membina saya:
a) ini cerita flasback manjang, jadi saya rasa byk kot plot terabur, saper lambat mmg la tak dpt tangkap.
b) kesan khas dok bagus
c) byk part bagus tapi gagal terkesan, mcm tak sampai kesedihan n kesakitan yg ditanggung
d) para pelakon - saya tak rasa pelakon utama beri lakonan terbaik, mcm yg extra lebih baik...

Kemudian komen ikhlas saya from the bottom of my heart:
a) moral cerita ini sebenarnya kekuatan cerita ni, tapi kalau kita tak berjaya kupas maka mesejnya tak sampai, lupakan la kejap cinte adam-nur, cuba selami setiap inci citer ni, antaranya:
- hubungan kekeluargaan, mak kalau kecik ati mcm mana pun ngan anak kene maafkan dan doakan selalu, sebab redha mak itu penting utk kebahagiaan anak2, cb anak2 yg sulit hidup mereka tu selami balik mcm mana hubungan anak-mak mereka selama ni. Hubungan mertua menantu pun kene jaga, begitu juga ngan biras n sedara mara lain.
- hubungan suami isteri, mesti saling melengkapi dan menyokong, paling penting suami mesti jadi tunjang, tgk mcm mana Adam gerak Nur tuk bersolat, maksudnya suami yang mesti memimpin. Flashback Aidil n isteri susun baju tu pun sangat sweet.
- hubungan dengan Allah, semua yang kita ada ni milik Allah, anak, isteri, suami, harta, kerjaya itu semua dugaan. Kita kena hargai semua ini tapi mesti redha dengan ketentuan Ilahi. Kita tengok Aidil, walau dia pegang watak alim n warak, dia pun goyah bila diuji dengan org tersayang apalagi adam kan? Jadi bayangkan la iman senipis bawang kita ni kalau ujian bertimpa ni datang kat kita pulak. Nauzubillah...
- hubungan sesama manusia, jgn nilai luaran. Tak semesti yang jahat luar tu dalamnya busuk, tgk mamat dia sebenarnya ada hati yang baik dan tgk ustaz yg tak nak bg ceramah tu, kerana mereka yg berilmu beginilah ramai yang makin terpesong, realiti mmg ramai yg alim merasakan mereka sudah cukup baik dan menghina mereka2 yang luarannya nmpk jahat. Paling penting baiki dalaman dulu baru terjemahkan luaran, kalau tutup aurat tapi solat masih tak jaga jadi bagaimana? (Ingatan tuk diri sendiri juga)
- Rezeki Allah - anak dan kerjaya...lihat bgmana susah adam-nur nak dapat anak, walau adam jaga nur dengan sangat gila baik, nur gugur juga, ini semua urusan Allah, maksudnya kalau Allah tak izinkan, kita duduk tak buat apa2 pun kerja sbb kononnya nak jaga kandungan, kalau Allah kata tidak maka tidaklah jawabnya. Kerjaya pulak tgk mcm mana nur pertahankan halal-haram dalam mencari rezeki walau dia sgt perlukan wang. Ingat sikit ker nak bayar fee arkitek heh? Walaupun dia cuma merekabentuk tapi itu ada kene mengena dengan subahat ke arah maksiat. Tgk bgmana mira nak sampaikan mesej ni yang mana dah ramai makin lupa sebab nak kejar duit. Ingat mencari yang halal itu adalah wajib. So dgn erti kata lain 'No pork doesn't mean Halal ok'
b) tempat berlakon mmg cantik sampai saya rasa nak sangat2 pergi Jordan, InsyaAllah. Tak dapat g Jordan g sawah padi tu pun ok.
c) Lagunya saya suka duet Yassin-Tizz walau org kutuk sore Tizz tak ok sbb saya suka suara Tizz yang husky itu. Tapi lagu duet lagi satu tu nyanyian si sabhi ngan helena tu saya rasa hampes sebab nyanyi mcm tak best n lagunya ala2 lagu winter sonata, uh i benci ada unsur2 saduran ok. Tapi bertemu cinta tu ok. Hohohoho...

Itu ajelah kot, jadi keseluruhannya dari RM11 yang saya bayar saya boleh kata filem ini dari segi moral ianya tidak ternilai tapi dari segi hiburan saya rasa saya hanya patut bayar RM7.15. Hehehe jadi jika anda tanya saya bagus atau tidak cerita ini, bergantung pada apa yang anda mahu. Dari segi moral ianya harus ditonton tapi perlu penghayatan yang tinggi, namun dari segi hiburan komen jujur saya jika anda nak tunggu main kat tv di musim raya akan datang juga takpe. Ataupun sila tengok pada hari Rabu @ pakai student card untuk dptkan potongan harga. Hehehehehe...

Oh lain2 komen pula ialah:
a) saya sukalah sebab nama mia dalam citer ini ialah Maryam, terkembang2 hidung anak gadis saya setiap kali ada scene sebut nama n watak Maryam. Sib baik nama adikyam dah ada, kalau tak kene la letak nama Ilyas.
b) biasanya citer khabir-mira mesti ada watak budak kecik yang berjiwa org besar, yg mana i rasa melebih2 kot.
c) Tizz Zawiyah (hehehehe gelaran untuk my mil) tertido ok masa tgk cite ni, so maybe ada unsur2 boring
d) Panggung mmg penuh tapi bila citer habis, mmg dengar ramai yang mengeluh tak puas hati.
e) walau saya tak tgk seluruh drama di tv tapi filem ni walau diganggu Maryam beberapa kali sebab dia ajak saya balik saya tetap dapat agak what happen next or what happen before, so sebab tu saya kurang rasa thrillnya cerita ni, so sebab tu saya rasa citer ni biasa2 saja, jadi maafkan saya.

Ok itu saja review jujur dari saya. Saya akan kembali untuk mencari yang hakiki ok! Daaaaaa...
Published with Blogger-droid v1.6.8

Eh?

Hohohoho kelmarin ada org tanya saya dah pregnant berapa bulan, lately ni saya akan jawab nak masuk lapan atau 7 bulan aje. Sebab dah malas saya jawab acuh tak acuh aje sebab org di jalanan yang bertanya. Selamba saya jawab tujuh. Hohohoho sekali saya congak balik rupanya saya dah nak masuk 33 minggu yang mana oi, oi, makcik dah lebih 8 bulan rupanya!!! Subhanallah, sungguh pantas! Oh tapi nak tunggu lagi sebulan lebih ni rasa macam lamanya, serius tak sabar nak melahirkan. Bila saya cakap begitu ramai yang terbeliak mata mereka, hehehehehehe sakit beranak itu pasti, jadi takyah la tanya tak takut sakit ke apa. Tapi sakitnya masa beranak aje, pastu dapat anak, hahahahahahahaha.

So dah lapan bulan ni memang la jalan macam mak penguin, terkedek2 lak tu, tapi jalan shopping mak ok je, hehehehehe. Memang pregnant ni lain sikit, baby sangat aktif, perut mama terbojol sana sini, kadang mama pun boleh terkejut ngan gelombang yang dicipta baby. Makan ok aje, tak mcm kakak dulu mama memilih, yang ni makan saja, hahahahahaha cuma mama tak suka sangat makan buah n minum jus sebab lepas makan atau minum tu mulut mesti rasa sangat tidak sedap. Setakat ni takdelah mengidam apa2 cuma aritu mimpi makan jem strawberry kebun raju kat cameron higlands tu. Adeh sampai meleleh airliur mama, makan jem tu colek ngan biskut jejari tu, Ya Allah sedapnya!

Skang ni rasa nebes la jugak, next week ada check-up ngan ppum, harap2 Si Kacak Budi Bahasa ni sudah mengambil kedudukan yang sepatutnya, kalau belum juga mama nak minta pihak ppum pusingkan baby sbgmana yam dipusing dahulu, serius kan siapa yang prefer kene bedah? Doakan saya berpeluang bersalin normal k!

Hmmmmmm barang2 baby n botol2 belum berjaya dikemas lagi, masa nampaknya sudah suntuk. Adeh harap2 mama akan terus bertenanga sehingga saat melahirkan. Sudah plan mahu bercuti start 4/7/2011 kerana saya yakin saya akan melahirkan di awal Julai. Harap2 ianya pada 7/7 @ 11/7...hehehehehe dengat tu adik, adik nak keluar sila masa papa ada disisi kita ok?

19.5.11

Bahu untuk menangis...

Kadang2 saya berkecil hati dengan suami dan yg terkini adalah di malam ulangtahun kelahiran saya, semuanya gara2 dia keluar dengan rakannya meninggalkan saya dan maryam selepas kami makan malam sempena birthday saya.

Sebab sakit hati saya menangis, tak logik la malam birthday saya nak kuar plak, tak kira la walau ngan jantan lain sekalipun. Macam biasa orang paling cuak bila saya menangis mestilah bkn papayam tapi cik maryam la, dia mmg tak boleh tgk mata saya berair hatta saya berair mata sebab menguap sekalipun. Papayam dah tak cuak dah sebab dah puas dah cuak dalam 8 tahun bersama saya, malas layan ada la kot, hahahahahaha.

Bila tgk saya menangis, maryam bertanya "Ma kenapa mama nangis?"

Saya selamba aje jawab "Papayam tu la, birthday mama nak kuar plak.."

Lalu maryam dengan pandangan simpati berkata "dah la, yam kan ada..."

Huwarrrgggghhhhhh, lagi la mama touching. Benci papa, yam kecik pun tahu jaga hati mama.

Pastu papa kuar jugak, takpe2 ada budi ada batas. Mama pun tinggallah ngan yam sampai masa nak masuk tido, mama suh yam duk dalam bilik sementara mama solat n gosok baju keje. Mama cakap kat yam begini "Yam main angry bird kat sini dulu, mama nak solat n gosok baju kat bilik solat ye"

Maryam berhenti main angry bird dan pandang mama dan dengan spontan terpacul dari mulutnya "Ala yam ikut mama la, kang mama nangis lagi"

Aduhai, mama dah cool dah tadi, skang dah touching balik dah...huhuhuhuhu. Masa ni rasa berbaloinya sakit bersalinkan kamu la Maryam. Hehehehehehehe...

Then lately Maryam selalu sangat menguji kesabaran mama, adeh tak tahu la pasai apa dia suka sangat nak marah2, skit2 nangis n moody. Sampai memang dia kene bantai n sesi kaunseling ngan mama. Mungkin peel nak dapat adik kot.

Kelmarin mama bebel kat dia dengan berkata "Yam boleh tak jangan nangis2 tak kene tempat, mama tak suka tau, serabut sangat"

Dan dengan acuh tak acuh dia jawab "Alaa mama tu nangis takpe"

"Masa bila pulak mama nangis?"

"Ala aritu, masa papa marah mama tu"

Dush, senget batang hidung gua ok!
Published with Blogger-droid v1.6.8

16.5.11

KoTak CiNtA

Alhamdulillah siap sudah mengemas baju2 untuk dipakai adikyam, baju recycle aje dari yam, standard la kan kata anak no. 2. Heehehehehe jgn la kecik ati ye hero mama, dah besar skit shopping la sampai lebam ngan papa kamu beli baju, masa baby ni apa kesah, baju pink pun mama nak pakaikan tuk kamu, tak hilangnya kelakian pakai pink, lagi nampak cool ada la kan? Hehehehe mama rasa lelaki yang pakai pink tu cool n sporting, hohohoho papa kau masa bercinta mau la dia pakai, dah tua2 ni takdenye dia nak pakai, tak cool ok!
Kemas2 dpt la sekotak baju n kelengkapan kamu, barut semua ada 12 keping, ini barut keturunan papa kamu tau, masih elok dan kukuh, beberapa helai dari anak2 sedara mama punya, cukuplah rasanya, lampin ada 6-7 helai kot, maybe selebihnya ada kat dalam kotak kakak kat umah nenek. Mama rasa takde apa kot yang nak bli lagi selain pampers newborn kamu n losyen. Bedak2 stok kakak serius la ada banyak lagi, boleh expired nak tunggu abis. Nenek tak pakaikan bedak nenek guna losyen seluruh badan. Hmmmmm apa lagi adik takde ye? Oh ye adik takde set botol susu lagi la, hmmmmm nak bli brand apa plak ye. Untuk simpan stok susu mama belum kemas lagi semua botol kakak dulu, botol mlo tu ada banyak, pam pun belum basuh, mama bajet nak basuh minggu ni.
Apa lagi ye? Oh kemas bilik adikyam n yam. Hmmmm macam tak terlaksana aje sbb mama tak larat dah, nak harap papa mmg la takleh sebab papa mmg takde seninya tapi untuk bilik adik nampaknya sudah ada tema, mungkin mama boleh realisasikannya masa berpantang nanti, InsyaAllah!
Set bersalin pun blum bli lagi, ingat nk bli nona roguy lagi tapi dulu mmg guna skit sgt, minyak dia aje abis sbb baunya sgt best dan mkn pil tak perlu bancuh2 jamu, tapi pilnya pun mkn tak smp separuh sbb takut efek baby, harganya boleh tahan, so fikir2 balik takut tak berbaloi kalau bli lagi, hmmm haruskah cuba yg lebih murah tapi berjenama dan dikenali? Baik akan saya fikirkan secara mendalam.
Ahhhh sangat tidak sabar menanti kehadiran adikyam, sangat2 nak cuti bersalin, cuma kesakitan bersalin tu malas la nak pikir. Bior ke lantok, hohohoho. Semakin terbau bau wangi baby, hmmmmm sungguh nyaman kan. Moga Allah memudahkan kelahiran kedua ini dan mama masih berpeluang melahirkan secara normal. Amin ya rabbal alamin...
Published with Blogger-droid v1.6.8

11.5.11

Cinta saiz lapan...

Ye hari ini genaplah 8 tahun saya bsm suami, bercinta ye bukan berkahwin. Kawin separuh dari tempoh ini, Alhamdulillah. Dialah pelengkap kekurangan saya dan sayalah pelengkap hidup dia, apa lagi mau? Syukurlah ke hadrat Ilahi, jangan meminta yang bukan2, jgn nak idam hidup org lain, family yg ada jagalah baik2. Peringatan buat diri sendiri.

Cuma berdoa hati akan terus menyintai n menyayangi, moga tiada badai besar melanda, kalau setakat ombak memukul pantai tu adatlah kan. Moga kami terus dirahmati dan diberkati. Amin.

Tak sabar menunggu Yusuf.
Published with Blogger-droid v1.6.8

10.5.11

List mama - Tadaaaaaaa...

Yeayy!!! Tu aje list yang telah tesempurna, steriliser and bottle warmer, tajuknya Jingle Jungle aje, takde la over fancy pun, Hehehehhehe melepas hajat seorang ibu yang ada dalam diri saya sekian lama. Yam jangan jeleskan adik ye, Yam boleh kongsi2 ngan adik. Ni saya bli Kat booth fabulous mom masa Kat expo mom & baby wiken baru ni kat mid valley. Dah survey harga dan inilah antara yang murah, tapi performance mama tak sempat survey pun, sungguh kemalasan, cuma harga sempat jenguk2. Ada warranty setahun dan kombo ni mama bli pada haga Rm139.90. Sebab utama pembelian adalah untuk kemudahan dan kebersihan, tak perlu merebus lagi dan lebih bergaya hehehehe...

Ok masa ada carseat n baby cot dalam list, Pam maybe buleh tolak tepi kecualI adikyam benar2 perlukan stock ebm dengan sgt banyak, Wah sungguh tidak sabar nak kembali mengepam!

Baju2 Yam yang adik boleh pakai dah asingkan, cuma belum dibasuh lagi, bilik pun tak deko lagi, tak berapa larat sudah, maybe sambung lepas pantang Saja. Barang2 besar pun belum kemas lagi, aduh2.

Oh dn esok baru nak pergi ppum daftar, bz sangat la April baru ni, harap2 esok berkesempatan la hendakNya.

Oh baby juga semakin aktif, mama juga sihat2 saja. Harap untuk lagi 2 bulan ini terus sihat dan dipermudahkan bersalin secara normal. Ameen...
Published with Blogger-droid v1.6.8

Hari ibu 2011 part 1 : with ujang's &co.

Ok kepada semua kawan2 yang sudah punya anak atau yang sedang menanti kelahiran selamat hari ibu ya! Saja Kat sini nak kongsi keseronokkan Kami menyambut hari ibu. Ok Kali ni Kami berkesempatan sambut dengan family besar mak mertua saya, walau ada yang take dapat join Ia tetaplah hebat dn seronok, lagi2 naik bas u! Padahal pergi sambut dekat Flaming Steamboat aje pun, alahai Kat area sunway pyramid tu ha, tapI Ada Kami kesah? Yang penting enjoy, mak makan ketam sampai berapa ekor pun mak tak sedar, tau2 orang dah ajak balik, melepas mak nak bantai makan eskrem sampai lebam plak. Frust nonggeng mak ok.

Balik tu Yam bantai karok dalam bas, mama dah tak layan lagi dah, perut punyalah angin pas makan tu, Yam melalak ngan pakcik dia, mana Ada dia pun herankan I lagi, tapi tak kisah, I duk la layan tab I sambil update gambar Kate Facebook. Hehehehhehe...

So buat semua Moga Anda semua pun sambut hari ibu dengan gembira. Buat mak saya pun selamat hari mak, sayang mak selamanya. Muah!
Published with Blogger-droid v1.6.8

5.5.11

Happy Birthday MIL

Nenekyam...happy birthday tau, yam sayang nenek sebab nenek jaga yam, bagi yam makan, buatkan yam babu n selalu bawak yam g jalan. Moga nenek sihat sampai bila2 n dapat tengok yam ngan adikyam membesar. Sayang sangat nenek.
Ibu...mama n papa ucap selamat ulangtahun yang ke-52 tahun. Moga ibu sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah, panjang umur, murah rezeki dan bahagia selalu. Terima kasih kerana banyak bantu memudahkan urusan harian kami n selalu masak sedap2 tuk kami makan. Memang tak dapat kami balas jasa ibu, hanya doa yang mampu kami berikan buat ibu.
Moga ibu sentiasa di sisi kami...
Published with Blogger-droid v1.6.8

Tahniah kazen2...

Wiken sangat penuh dengan aktiviti kenduri kendara, sangat la meriah kalau kenduri sebelah mak mertua saya. Tapi tak adillah saya nak kata saya penat sangat sebab saya buat kerja pun terhad sangat sebab perut dah besar, Maryam pun takdelah nak kene handle dia sepanjang masa sebab dia pun bz nak menolong, haish terasa dia sudah sangat besar. So saya rasa saya sangat banyak makan, hahahahaha.
Btw congrate tuk both kazen - pakngah apit n cik ikah yam. Yam kalau tgk gambar kawin ni dia mmg akan sebut - pakngah apit, makngah farah, cik ikah n uncle nasih. Yam pun manja ngan cik ikah n makngah farah.
So untuk kazen2, tahniah kami ucapkan. Moga bahagia n berkekalan hingga ke anak cucu. Muah dari yam.
Published with Blogger-droid v1.6.8