15.3.11

Suplemen DHA untuk ibu mengandung - Bio-Life DHA Natal 500mg


Ok mari saya cerita pasal pengambilan supplemen DHA untuk ibu mengandung untuk kita kongsi bersama.

Kenapa saya nak ambik supplemen DHA ni? Sebabnya DHA adalah penting untuk bayi untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat, yang bermula dalam rahim ibu! Jadi saya pun buatlah sedikit kajian tentang fish oil yang menjadi sumber utama DHA dan EPA. So gugel mengugel dijalankan di waktu boring opis. Tak baik ok jangan tiru! So dari yang saya baca2 saya tahu perlu teliti untuk memilih fish oil yg sesuai lagi2 untuk ibu mengandung. Sebabnya? Penemuan sesetengah ikan mengandungi methylmercury, iaitu sejenis pencemar yang sekiranya berada pada paras yang tinggi boleh membahayakan sistem urat saraf janin yang sedang membesar, dan juga bayi yang baru lahir dan juga kanak-kanak yang baru bertatih.

Ini boleh membawa kepada kesan negatif terhadap jangka masa penumpuan, penguasaan pertuturan, keupayaan penglihatan dan mengesan ruang, daya ingatan dan penyelarasan. Adalah dianggarkan hampir 60,000 kanak-kanak setiap tahun dilahirkan dengan dibebani risiko masalah neurologi yang disebabkan oleh pendedahan kepada methylmercury semasa di dalam rahim ibu. Hmmmm bahaya kan?

Pakar dari National Institute of Health dan International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids (NIH/ISSFAL) telah mengesyorkan pengambilan sebanyak 300mg DHA setiap hari bagi ibu mengandung dan menyusu.

Minyak ikan diperolehi daripada tisu ikan yang berminyak dan ia mengandungi kedua-dua DHA dan EPA (asid eikosapentaenoik). Tapi suplemen minyak ikan biasa mengandungi EPA dengan jumlah yang agak besar dan sebaliknya mengandungi DHA sekadar sederhana sahaja. Saya dah belek2 semua minyak ikan yang ada kat farmasi dan memamg benar semuanya mengandungi EPA yang lebih tinggi daripada DHA, kadar biasanya adalah 18% : 12% sedangkan ibu mengandung perlu mengambil nisbah DHA:EPA = 2:1 (dari artikel2 yang saya baca)

Kenapa tak nak EPA banyak? Sebabnya bagi orang dewasa, DHA dan EPA dapat dihadamkan serta diserapkan. Bagi bayi dan janin, EPA mungkin bersaing dengan DHA untuk merebut tempat dalam membran sel saraf, dan ini mungkin membahayakan otak yang sedang berkembang, dan juga perkembangan mata dan sistem saraf.

Yang menunjukkan betapa Esanya Allah SWT adalah dalam susu ibu manusia, jumlah DHA adalah 4 kali lebih tinggi daripada jumlah EPA. Sememangnya, alam semulajadi adalah yang terbaik. Subhanallah!

Maka saya pun pergilah satu farmasi di Bangsar dan dicadangkan agar mengambil DHA Natal dari Bio-life yang memang untuk ibu2 mengandung, stok neurogain dah abis, maka setelah abis belek saya pun beli, harga sebenar adalah RM72 tapi ada diskaun dapat RM50 untuk 100 biji vegicaps dia. Saya rasa minyak ikan tuk ibu mengandung aje kot yang DHAnya lebih tinggi daripada EPA. Tapi saya masih tak puas hati dengan pembelian saya kerana tidak tertulis dimana2 bahagian botol itu yang mengesahkan bahawa minyak ikan ini telah melalui suatu proses yang dikenali sebagai 'penyulingan molekular' untuk menghapuskan methylmercury dan toksin lain yang wujud dalam ikan. Walaupun proses ini tidak mungkin dapat menghapuskan 100% methylmercury kerana dengan kaedah yang digunakan sekarang ini, pasti masih boleh meninggalkan sedikit sebanyak kesan toksin - mungkin pada paras yang tidak boleh dikesan. Ia banyak bergantung kepada sensitiviti alat ujian yang digunakan. Maka saya siap telefon orang Bio-Life ok! Sungguh semangat! *saya pun tak tahu dari mana saya dapat keterujaan ini*

So yang menjawab pertanyaan saya itu amatlah membantu, dia menerangkan bahawa semua minyak ikan harus melalui proses yang ketat itu dan ada badan yang ditugaskan mengesan kehadiran toksin itu namun dia tiadalah black & white keputusan itu untuk diberikan kepada saya, namun dia memahami concern saya itu. Dia juga menerangkan sedikit sebanyak tentang produk DHA Natal keluaran Bio-Life. Sebenarnya DHA Natal ni kandungan DHAnya adalah 27% dan EPA hanya 7% yang menjadikan kandungan keseluruhan asid lemak ini adalah 37% yang dikatakan paling menyerupai kandungan asid lemak di dalam susu ibu. Sumber ikannya adlah ikan tuna dimana DHA ikan tuna adalah lebih tinggi dari EPAnya. Hmmmm, itu kata merekalah kan, terpulanglah nak yakin atau tidak. Dia juga kata saya perlu amik 2 biji sehari dan perlu berhenti ambil bila kandungan saya sudah berusia 7 bulan, sebabnya EPA dikhuatiri akan memberi kesan pada bayi. Oh baik2, saya akan ingat. So saya rasa lebih yakin untuk memulakan pengambilan minyak ikan saya.

Tapi biasalah minyak ikan memang la ada bau kan, jadi antara ketidakselesaannya adalah mungkin nanti rasa fishy2 aje kat mulut, hahahahahah sungguh tak suka ok! Kena make sure jangan terlebih ambik sebab adalah kesan2nya, tapi itu kalau terlebih ambil tapi selalunya memang takde kesan buruk. Jadi untuk elak tu semua saya amik sebiji aje pun dan makan di malam hari, hehehehe jadi mulut tak rasa fishy2 lagi, so far Alhamdulillah saya rasa lebih segar dan sihat.

Saya juga ada terbaca ada sumber DHA ini dari sayuran. Dan adalah jauh lebih baik ibu mengandung mengambil supplemen DHA ini yang dihasilkan dari sumber sayuran kerana pastilah ianya tidak bertoksik! Hmmmm mungkin saya perlu buat kajian lagi. baik nanti saya akan buat kajian ok. Kali ini saya teruskan dahulu dengan minyak ikan DHA Natal Bio-Life.

Di bawah ini adalah sedikit penerangan tentang Bio-Life DHA Natal 500mg.

Uses/ Indications:
As a dietary supplement.

Naturally, tuna oil contains a precise blend of DHA (27%) and EPA (7%).

BiO-LiFE DHA Natal 500mg Vegicaps® soft is a rich source of LCPS (Long-Chain Polyunsaturated Fatty Acids) especially Docosahexaenoic acid (DHA).

DHA is the primary building block and the most abundant fatty acid in the brain and retina of the eye.

Dosage:
Adults and children aged 5 years and above: Take 1-2 capsules TWICE daily with food, or as recommended by your pharmacist.

Contra-Indications/ Caution:
At high doses, the oil may, though rarely, cause mild gastrointestinal upset such as nausea and diarrhoea, halitosis, eructation and "fishy" smelling breath, skin and urine. The blood thinning effects may cause occasional nosebleeds and easy bruising. Because the possible anti-thrombotic effect of fish oil supplements, haemophiliacs and those taking warfarin (Coumadin) should exercise caution over the use of such products.

Pack sizes:
100s

Storage and handling conditions:
Most of BiO-LiFE range of fatty acid products is encapsulated in vegetable based soft gelatine. Soft gelatine capsules are prepared from gelatine, glycerine and water and can absorb several times their weight in water. Moisture is a very critical spoilage factor.

Do not pour out capsules onto the palm, but use the cover of the bottle. When the capsules are attacked by moisture, they would become soft, leak and thus causes capsules to stick together.

Ok itu saja perkongsian kita, jika ada fakta yang salah dalam post saya ini, sila2lah tegur saya ok, saya pun tak mahu beri info yang salah. Saya tulis dari apa yang telah saya baca. Maaf ye kalau salah.

Buat semua kawan2 yang mengandung, bergembiralah!!!

4 comments:

semut-terbersin said...

wah! nice info! tq for sharing!

ummi mien said...

wah...sgt bersemangat skali!

R-B-I said...

mama aariz - ok no problem
mien - ye saya mmg bersemangat, kalah 1st pregnancy dulu, hahahahahah

Anonymous said...

http://mamasyafi.wordpress.com/2013/12/03/ibu-mengandung-nak-ambil-neurogain-ke-omegaguard/
Nice info..betul kebanyakan jenis fish oil kurang 50% kandungan omega 3 nye..balance lemak ikan jer

Sedikit perkongsian topic sama di blog saya