Ada beberapa perkara perlu dilakukan sebelum bersalin, jadi kenelah buat list, kang den lupo. Hehehehehheh, memandangkan kandungan saya masuk bulan ketujuh bulan hadapan, makanya perlulah bersiap sedia.
April :
i) Daftar bersalin kat PPUM - dah decide nak bersalin kat PPUM aje, dekat dan affordable, serius la tak mahu keluar duit pergi private, bukan sebab kedekut atau sakit yang sama walaupun bersalin kat mana2 hospital, tapi saya nak menyimpan untuk majlis Aqiqah dan renovasi bilik baby dan Maryam. Hehehehehe...nak pergi private pun paling dekat PMC yang perlu keluarkan paling kurang RM3 ribu, nak murah sikit boleh la pergi Pusrawi tapi jauh tengah KL tu, sangat risau nak bersalin tgh jalan sesak sebab Maryam dulu sangat cepat proses bersalinkan beliau, tengah sakit tu, PPUM yang dekat pun rasa jauh ya amat...
ii) Nak start kemas dan hias bilik baby dan Maryam. Hehehehehhehe lagi...
Mei :
i) Siapkan kemas dan hias bilik baby dan Maryam
Jun :
i) Asingkan dan basuh semua baju Maryam yang baby boleh pakai. Simpan baik2 dalam box. Tak sabar! :)
ii) Bersihkan stroller, bouncer, tilam, bantal dan mainan yang sesuai untuk baby.
iii) Beli baju baby sikit2... ;)
Julai :
i) Bersedia untuk bersalin!!!! Nebessssssnyeeeee...
Oh ada juga beberapa list barang yang saya rasa saya nak beli,antaranya:
i) Bottle sterilizer
ii) Bottle n food warmer
iii) Car seat
iv) Baby cot
Heheheheheh tapi barang2 ni saya list aje, InsyaAllah saya akan cuba dapatkan. Kena buat survey betul2, heheheheh. Yam dulu takde semua ni, skang ni saja rasa gedik pulak nak ada, hhahahahahhahaha. Pastu kalau rasa mengada lagi saya pun nak beli pam susu elektrik. Hohohohohohoh sebab la kan nak guna banyak duit, mengada banyak sangat.
InsyaAllah murah rezeki baby, murah rezeki mama dan papa boleh la ye. Amin...
2 comments:
aku pon ngada nak pam letrik. hrp2 kali ni susu aku bnyk. risau gak nih.
takpe mien, berdoalah dan bertekadlah dari anak masih dalam perut ni, aku pun tak putus2 berdoa agar dapat susukan yg kedua ni macam Maryam juga...semoga kita berjaya!!!!!!!!!!
Post a Comment