16.3.11
Review : Hikayat Merong Mahawangsa oleh saya...
Sebelum mulakan review yang tak seberapa ni mari kita tengok gambar gila glamer Mama Merong n puterinya Maryam Embuk di poster Hikayat Merong Mahawangsa. Oh ye gambar ini adalah ehsan Cik Masitah Ying Ying yang dirakam dari Samsung Galaxy Tabnya yang waktu itu belum ter-reformat. Fuh sib baik kalau tak takde bukti kami g tengok HMM. Pagi dia sent, petang dia ter-reformat, hahahahahah ngok ngek.
Ok baiklah, sebenarnya saya ini amatlah skeptikal dengan filem2 melayu. Sorry bukan saya berlagak tapi saya tak suka cerita2 yang kurang ilmu. Saya sudah band semua cerita yang kononnya dibikin oleh seorang prof dan saya juga takkan tengok cerita2 yang saya rasa tiada mutu dan memperbodohkan melayu dan hanya untuk keuntungan semata2. Jadi dari awal saya seperti hmmmm mahu tengokkah cerita HMM ini kerana kebanyakkan pelakonnya adalah bukan orang Malaysia pun, saya ni bersemangat 1 Malaysia ok. Lagi2 filem ini banyak CGInya, oh kalau bajet sikit CGInya mestilah nampak sangat olok2. Namun setelah membelek sedikit hikayat merong mahawangsa di internet, saya rasa why not saya menontonnya, mungkin sebab saya suka sejarah melayu, dulu waktu SPM saya sangat frust sebab saya dapat A2 sebab saya selalu dapat A1! Hohohohoho nak citer sejarah SPM plak. Ok sorry, maka saya pun pergilah menonton bersama Maryam, Papa Maryam n kakak saya Masitah.
Sebab kami menontonnya di hari pertama, maka tahu2 sajalah tiket pastilah susah nak dpt, sebab kami dah terlepas waktu tayangan n tayangan seterusnya hanya ada di waktu maghrib maka dari GSC mid kami ke Signature The Gardens. Selamba jek saya g bli tiket tuk 3 orang, skali ko RM69. Hahahahaha sebab saya ni mmg tak suka mencongak (even i seorang QS berjaya) maka saya tanya adik tu berapa kos untuk seorang....ooo RM23 sorang, ceh Masitah bajet tak sampai RM belas2 je kan, tapi sebab dah semangat berkobar tengok ajelah sambil dalam hati berdoalah berbaloi harga tiket yang dibayar. Hahahahaha Yusry KRU sila take note ye betapa kami cuba merealisasikan kutipan tertinggi untuk filem ini.
Ok ini bukan review namanya, ini nak citer sehari menonton HMM. Hahahahahaha...oklah saya buat kesimpulan aje boleh? Boleh eh...
Ok dari sepuluh bintang2 di langit, saya beri lapan boleh kot kan, sepuluh takleh sebab 10 tu perfect sangat, 9 almost perfect, 8 tu cukuplah kot sebab memang la citer ini masih belum perfect. Antara komen2 saya :
a) saya rasa kelakar la masa adegan tembak guna refleks matahari ngan cermin tu...
b) CGI dia takde la nampak olok2 sangat, better la
c) saya rasa watak ummi sedikit lemah, emosi dia mcm tak jadi, patut watak dia lebih berkembang-mambang
d) bahasa kelam kabut tapi betul kot org zaman tu boleh kuasai banyak bahasa
e) Merong memang gagah la, kostum mereka saya sangat suka, part puteri cina ada baju sampai 3 kapal tu mmg la over gojes
f) Kamawas - oh i geli ok!
g) Nell ng? sangat suka masa dia buat2 mati cucuk ketiak dia ngan anak panah, watak Gavin Stenhouse as marcus pun sangat cute n takdelah perasan hensem, kekekekekekekekeke....
h) Adegan gaduh2 bagi saya best, nampak tikam badan2 betul2 sampai memancut2 darah
i) pelakon2 tambahan - namapun tambahan kalau tak cukup fit tu paham2 ajelah, patut masa since nak masuk tv kene la pilih2 yang sasa skit...
j) berlakon kat terengganu aje rupanya...kagums...
k) lagu si abang nuar takde pun dalam citer, masa citer dah abis baru main, adeh tak sesuai kot nak selit masa citer tgh main...
l) tak suka suara pencerita itu, serius sangat mengganggu...harus lebih clear sebutannya...
So...
a) saya rasa berbaloi la walau saya berbelanja besar untuk menonton, citer ok, seat bagus, dan Maryam pun tido selepas 1/2 jam tayangan sampai la abis, siap nangis bila kene angkat nak balik.
Apapun saya rasa anda semua haruslah menonton, bukan setakat untuk support filem Malaysia tapi sebab cerita ini memang lain dari cerita melayu yang lain dan jauh lebih baik dari cerita2 yang telah banyak ditayang. Pergilah menonton ok, pecahkanlah rekod kutipan, RM10 juta mungkin? Hohohoho over mak...
Saya puas hati selepas menonton, perasaan yang jarang2 saya rasai apabila menonton filem. Rasa macam nak g tgk sekali lagi n nak beli DVD ori, hahahahahah memang over k.
Ok dan ini gambar saje2 tepek nak kasi promo citer Rango plak, Hahahahah yam kata nak tengok citer cicak ni tapi tak tahulah bila nak g plak. Comel kan Maryam senyum?
Oklah itu saja, tengok HMM jangan tak tengok...
15.3.11
Suplemen DHA untuk ibu mengandung - Bio-Life DHA Natal 500mg
Ok mari saya cerita pasal pengambilan supplemen DHA untuk ibu mengandung untuk kita kongsi bersama.
Kenapa saya nak ambik supplemen DHA ni? Sebabnya DHA adalah penting untuk bayi untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat, yang bermula dalam rahim ibu! Jadi saya pun buatlah sedikit kajian tentang fish oil yang menjadi sumber utama DHA dan EPA. So gugel mengugel dijalankan di waktu boring opis. Tak baik ok jangan tiru! So dari yang saya baca2 saya tahu perlu teliti untuk memilih fish oil yg sesuai lagi2 untuk ibu mengandung. Sebabnya? Penemuan sesetengah ikan mengandungi methylmercury, iaitu sejenis pencemar yang sekiranya berada pada paras yang tinggi boleh membahayakan sistem urat saraf janin yang sedang membesar, dan juga bayi yang baru lahir dan juga kanak-kanak yang baru bertatih.
Ini boleh membawa kepada kesan negatif terhadap jangka masa penumpuan, penguasaan pertuturan, keupayaan penglihatan dan mengesan ruang, daya ingatan dan penyelarasan. Adalah dianggarkan hampir 60,000 kanak-kanak setiap tahun dilahirkan dengan dibebani risiko masalah neurologi yang disebabkan oleh pendedahan kepada methylmercury semasa di dalam rahim ibu. Hmmmm bahaya kan?
Pakar dari National Institute of Health dan International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids (NIH/ISSFAL) telah mengesyorkan pengambilan sebanyak 300mg DHA setiap hari bagi ibu mengandung dan menyusu.
Minyak ikan diperolehi daripada tisu ikan yang berminyak dan ia mengandungi kedua-dua DHA dan EPA (asid eikosapentaenoik). Tapi suplemen minyak ikan biasa mengandungi EPA dengan jumlah yang agak besar dan sebaliknya mengandungi DHA sekadar sederhana sahaja. Saya dah belek2 semua minyak ikan yang ada kat farmasi dan memamg benar semuanya mengandungi EPA yang lebih tinggi daripada DHA, kadar biasanya adalah 18% : 12% sedangkan ibu mengandung perlu mengambil nisbah DHA:EPA = 2:1 (dari artikel2 yang saya baca)
Kenapa tak nak EPA banyak? Sebabnya bagi orang dewasa, DHA dan EPA dapat dihadamkan serta diserapkan. Bagi bayi dan janin, EPA mungkin bersaing dengan DHA untuk merebut tempat dalam membran sel saraf, dan ini mungkin membahayakan otak yang sedang berkembang, dan juga perkembangan mata dan sistem saraf.
Yang menunjukkan betapa Esanya Allah SWT adalah dalam susu ibu manusia, jumlah DHA adalah 4 kali lebih tinggi daripada jumlah EPA. Sememangnya, alam semulajadi adalah yang terbaik. Subhanallah!
Maka saya pun pergilah satu farmasi di Bangsar dan dicadangkan agar mengambil DHA Natal dari Bio-life yang memang untuk ibu2 mengandung, stok neurogain dah abis, maka setelah abis belek saya pun beli, harga sebenar adalah RM72 tapi ada diskaun dapat RM50 untuk 100 biji vegicaps dia. Saya rasa minyak ikan tuk ibu mengandung aje kot yang DHAnya lebih tinggi daripada EPA. Tapi saya masih tak puas hati dengan pembelian saya kerana tidak tertulis dimana2 bahagian botol itu yang mengesahkan bahawa minyak ikan ini telah melalui suatu proses yang dikenali sebagai 'penyulingan molekular' untuk menghapuskan methylmercury dan toksin lain yang wujud dalam ikan. Walaupun proses ini tidak mungkin dapat menghapuskan 100% methylmercury kerana dengan kaedah yang digunakan sekarang ini, pasti masih boleh meninggalkan sedikit sebanyak kesan toksin - mungkin pada paras yang tidak boleh dikesan. Ia banyak bergantung kepada sensitiviti alat ujian yang digunakan. Maka saya siap telefon orang Bio-Life ok! Sungguh semangat! *saya pun tak tahu dari mana saya dapat keterujaan ini*
So yang menjawab pertanyaan saya itu amatlah membantu, dia menerangkan bahawa semua minyak ikan harus melalui proses yang ketat itu dan ada badan yang ditugaskan mengesan kehadiran toksin itu namun dia tiadalah black & white keputusan itu untuk diberikan kepada saya, namun dia memahami concern saya itu. Dia juga menerangkan sedikit sebanyak tentang produk DHA Natal keluaran Bio-Life. Sebenarnya DHA Natal ni kandungan DHAnya adalah 27% dan EPA hanya 7% yang menjadikan kandungan keseluruhan asid lemak ini adalah 37% yang dikatakan paling menyerupai kandungan asid lemak di dalam susu ibu. Sumber ikannya adlah ikan tuna dimana DHA ikan tuna adalah lebih tinggi dari EPAnya. Hmmmm, itu kata merekalah kan, terpulanglah nak yakin atau tidak. Dia juga kata saya perlu amik 2 biji sehari dan perlu berhenti ambil bila kandungan saya sudah berusia 7 bulan, sebabnya EPA dikhuatiri akan memberi kesan pada bayi. Oh baik2, saya akan ingat. So saya rasa lebih yakin untuk memulakan pengambilan minyak ikan saya.
Tapi biasalah minyak ikan memang la ada bau kan, jadi antara ketidakselesaannya adalah mungkin nanti rasa fishy2 aje kat mulut, hahahahahah sungguh tak suka ok! Kena make sure jangan terlebih ambik sebab adalah kesan2nya, tapi itu kalau terlebih ambil tapi selalunya memang takde kesan buruk. Jadi untuk elak tu semua saya amik sebiji aje pun dan makan di malam hari, hehehehe jadi mulut tak rasa fishy2 lagi, so far Alhamdulillah saya rasa lebih segar dan sihat.
Saya juga ada terbaca ada sumber DHA ini dari sayuran. Dan adalah jauh lebih baik ibu mengandung mengambil supplemen DHA ini yang dihasilkan dari sumber sayuran kerana pastilah ianya tidak bertoksik! Hmmmm mungkin saya perlu buat kajian lagi. baik nanti saya akan buat kajian ok. Kali ini saya teruskan dahulu dengan minyak ikan DHA Natal Bio-Life.
Di bawah ini adalah sedikit penerangan tentang Bio-Life DHA Natal 500mg.
Uses/ Indications:
As a dietary supplement.
Naturally, tuna oil contains a precise blend of DHA (27%) and EPA (7%).
BiO-LiFE DHA Natal 500mg Vegicaps® soft is a rich source of LCPS (Long-Chain Polyunsaturated Fatty Acids) especially Docosahexaenoic acid (DHA).
DHA is the primary building block and the most abundant fatty acid in the brain and retina of the eye.
Dosage:
Adults and children aged 5 years and above: Take 1-2 capsules TWICE daily with food, or as recommended by your pharmacist.
Contra-Indications/ Caution:
At high doses, the oil may, though rarely, cause mild gastrointestinal upset such as nausea and diarrhoea, halitosis, eructation and "fishy" smelling breath, skin and urine. The blood thinning effects may cause occasional nosebleeds and easy bruising. Because the possible anti-thrombotic effect of fish oil supplements, haemophiliacs and those taking warfarin (Coumadin) should exercise caution over the use of such products.
Pack sizes:
100s
Storage and handling conditions:
Most of BiO-LiFE range of fatty acid products is encapsulated in vegetable based soft gelatine. Soft gelatine capsules are prepared from gelatine, glycerine and water and can absorb several times their weight in water. Moisture is a very critical spoilage factor.
Do not pour out capsules onto the palm, but use the cover of the bottle. When the capsules are attacked by moisture, they would become soft, leak and thus causes capsules to stick together.
Ok itu saja perkongsian kita, jika ada fakta yang salah dalam post saya ini, sila2lah tegur saya ok, saya pun tak mahu beri info yang salah. Saya tulis dari apa yang telah saya baca. Maaf ye kalau salah.
Buat semua kawan2 yang mengandung, bergembiralah!!!
9.3.11
...List Mama...
Ada beberapa perkara perlu dilakukan sebelum bersalin, jadi kenelah buat list, kang den lupo. Hehehehehheh, memandangkan kandungan saya masuk bulan ketujuh bulan hadapan, makanya perlulah bersiap sedia.
April :
i) Daftar bersalin kat PPUM - dah decide nak bersalin kat PPUM aje, dekat dan affordable, serius la tak mahu keluar duit pergi private, bukan sebab kedekut atau sakit yang sama walaupun bersalin kat mana2 hospital, tapi saya nak menyimpan untuk majlis Aqiqah dan renovasi bilik baby dan Maryam. Hehehehehe...nak pergi private pun paling dekat PMC yang perlu keluarkan paling kurang RM3 ribu, nak murah sikit boleh la pergi Pusrawi tapi jauh tengah KL tu, sangat risau nak bersalin tgh jalan sesak sebab Maryam dulu sangat cepat proses bersalinkan beliau, tengah sakit tu, PPUM yang dekat pun rasa jauh ya amat...
ii) Nak start kemas dan hias bilik baby dan Maryam. Hehehehehhehe lagi...
Mei :
i) Siapkan kemas dan hias bilik baby dan Maryam
Jun :
i) Asingkan dan basuh semua baju Maryam yang baby boleh pakai. Simpan baik2 dalam box. Tak sabar! :)
ii) Bersihkan stroller, bouncer, tilam, bantal dan mainan yang sesuai untuk baby.
iii) Beli baju baby sikit2... ;)
Julai :
i) Bersedia untuk bersalin!!!! Nebessssssnyeeeee...
Oh ada juga beberapa list barang yang saya rasa saya nak beli,antaranya:
i) Bottle sterilizer
ii) Bottle n food warmer
iii) Car seat
iv) Baby cot
Heheheheheh tapi barang2 ni saya list aje, InsyaAllah saya akan cuba dapatkan. Kena buat survey betul2, heheheheh. Yam dulu takde semua ni, skang ni saja rasa gedik pulak nak ada, hhahahahahhahaha. Pastu kalau rasa mengada lagi saya pun nak beli pam susu elektrik. Hohohohohohoh sebab la kan nak guna banyak duit, mengada banyak sangat.
InsyaAllah murah rezeki baby, murah rezeki mama dan papa boleh la ye. Amin...

7.3.11
Tag : Serasi Bersama...
Okey maaflah ye Shu, dah agak lama tag ni diperam, bukanlah bz sangat cuma ada masalah nak cucuk modem kat cpu opis. Tapi takpe akan akak penuhi permintaan Shu itu. Hahahaha papayam n yam serasi bersama, nak tengok gambor?, kekekekek sonang tu n mama berbesar hati nak tunjukkan. Sebenarnya yam ni geng ngan papa tuk masa2 tertentu aje iaitu masa2 di mana bila mama mengatakan tidak kepada permintaannya dan dia tahu papalah raja yang akan memenuhi segala permintaan puterinya. Ceh sangat ok. Ok mari kita lihat bilakah masa2 mereka serasi.
Ye mereka amat serasi mengusik mama, dalam gambar ni Maryam yang ajak papa amik gambar jeling menjeling sedang mama dah posing sedikit maut.
Hahahahhaha ini merupakan pemandangan wajib setiap hari, tido memang bersepah dan selalunya kaki Maryam mesti atas papa n kepala bawah ketiak mama. Maaflah gambar tak senonoh sikit.
Yang ni kat Ikea, malas nak layan, kalau tak dapat troli kecik untuk budak tu memang Maryam nak sangkut beg macam tu, tu papalah yang bagi tu.
Hahahaha yang ni silalah tengok muncung mereka. Makan bersama suap menyuap, sebenarnya Maryam dah tak nak n papa memang selalu jadi tukang abiskan makanan Maryam dan juga mama.
Ini eksyen saja. Sebab mama memang tak suka main game maka yamlah selalu teman papa, tapi jangan tak tahu, papa tipu yam aje, papa main ngan tv, yam duk tekan sensorang, sian anak mama.
Ini paling serasi la walau penat mama duk bagitau papa yang tiang buai tu dah lendut sebab papa berat, hahahahahah. MJ paling suka papa time macam ni sebab memang papa yang layan dia main n buai laju2, mama tukang jerit 'jatuh nanti', 'jangan laju sangat', hahahahah sebab la yam boring kan?
Dan ini last skali la ye, yam suka buat aksi2 tak senonoh bila ngan papa, kalau papa on laptop dia mesti datang kacau, sebabnya nak minta papa pasangkan citer upin ipin kay youtube dan papa memang la layan dia, kalau mama selalu mama kasi alasan mama buat keje sekolah. Hahahhahahaha...
Okey itu saja ye, sebab saya ditag, maka saya nak tag pula ibu2 gempak diluar sana, mereka ialah :
i) Mummy Emma - Intan buat jangan tak buat
ii) Bonda Chem - buatlah wei dah bersawang blog kau tu
iii) Mommy Rayyan Azim - yelah awak la zue
iv) Umie Dania - sila2
v) Ila - mak aariz sila berusaha
Lepas buat sila tag mak2 lain. Klah nak tido dah, bye....

Subscribe to:
Posts (Atom)