Hari ni dah 3 orang tanya pasal adik MJ to be. Hahahahhaa dan recently memang ini soalan bocor paling glamer untuk mama seperti aku yang dah kelek anak sebesar MJ. Walaupun MJ tidaklah besar sangat, mungkin itu soalan wajib yang orang ramai akan tanya. Tapi takpe, saya tidak marah malah tidak terganggu juga. I sejuk aje. Hakhakhak...
Ok. Serius saya memang sangat ingin baby lagi, lagi2 melihat kelahiran anak2 sahabat2 menambahkan keterujaan itu. Haip, haip nanti, sebelum teruja kena plan betul. Mengandung bukan ikut-ikutan, bukan juga seronok-seronok. Jadi merancanglah dengan baik kerana kita nak menjaga dan membesarkan satu jasad bernyawa yang kita nak berikan hanya yang terbaik kepadanya. Maka rancanglah sebelum bertindak.
Baik mari saya ceritakan. Saya sebenarnya merancang untuk mengandung lagi setelah MJ genap 2 tahun atau maksudnya dia telah menghampiri umur 3 maka dia akan menjadi kakak. Hikhik kak yam...Plan saya paling awal saya ingin mengandung pada bulan Mei 2010 - Hah?! Mei 2010, skang tu...kuikuikui. Atau paling lewat adalah bulan August 2010 setelah MJ genap 2 tahun. Namun terpaksalah saya menangguh dulu kerana saya akan bertukar kerja di opis lain awal bulan hadapan.Bukanlah saya selfish, kerana tidak selfish la saya menangguh dahulu keterujaan saya ini untuk tahun hadapan.
Namun anak ini bukanlah akan anda dapat bila anda mahu dan tidak dapat bila anda tak mahu. Ini soal rezeki masing2. Walau sekerap mana anda mencuba dengan kiraan yang agak tepat, namun jika Allah SWT tidak mengatakan "Kun faya kun" maka tidaklah akan jadi. Seperti juga jika kita telah mengguna perlindungan sebaiknya namun Allah SWT telah menuliskan rezeki untuk anda, terimalah sebaiknya.
Seorang teman sedang mencuba namun belum rezekinya. Katanya "aku tak sangka sesukar ini, sedang anak pertama mudah saja"
Seorang lagi telah mencuba namun apa daya rezeki Allah belum berpihak padanya. Walau beliau stress diperli mak mertua, beliau biarkan sahaja. Sampaikan berpaut bahu dengan suami pun beliau diperli MILnya "peluk2 kalau ada hasil takpe juga"...MasyaAllah sudah lupakah kita pada kuasa yang Maha Esa.
Dan seorang lagi teman menyepikan diri dari riuh rendah rakan seuniversiti - semuanya kerana menurut cerita teman2 lain, isterinya masih tidak dapat menerima yang dirinya masih belum dikurnia cahayamata. Katanya si isteri mempunyai masalah dengan sistem peranakan. Sejauh mana kebenaran cerita ini, wallahualam. Tapi kami telah memang agak lama tidak bertemu rakan ini. Dia terpaksa manjauh diri untuk menjaga hati isteri. Apapun kami tetap mendoakan yang terbaik untuk beliau.
Dan saya? Masih berharap saya dapat menstabilkan diri di tempat baru dan MJ berhenti menyusu di usianya genap 2 tahun. Waktu itu harapnya Allah SWT memudahkan rezeki saya sekeluarga.
Harap ada rakan featuring masa mengandung nanti. Hehehe...
No comments:
Post a Comment