2.5.10
Berlari ke Blackberry
Wahahahahaha saya mahu berlari ke langit. Ye inilah hadiah harijadi saya untuk tahun ini dari suami tersayang. Sebuah Blackberry 8250 yang saya dapat 2 bulan lepas dan sepasang kasut Nike Free Run + yang saya dapat petang tadi. Maafkan saya jika model saya di dalam gambar di atas ini sedikit over. Hahahahaha...
Hahahahah saya bergurau saja saya inginkan sepasang Running Shoe kerana kononnya saya mahu start berlari untuk kesihatan diri sendiri. Yelah kan dah 28 tahun haruslah mula memikirkan kesihatan secara serius. Tapi setakat ini saya berlari ke blackberry sahajalah dahulu. Tapi InsyaAllah saya akan merutinkan aktiviti larian saya. Hehehehehe...
Maka buat Sang Suami terima kasih banyak walaupun hadiah ini adalah seperti ada ubi ada batas, harijadi awak saya kena balas. Hahahahahaha...
Untuk aktiviti sepanjang harijadi saya *over tu* saya akan post kemudian ye. Saya sangat enjoykan diri diharijadi saya kali ini. Hahahahahhaha.
Okey sekian saja untuk post ke-150 saya. Adios Amigos.
p/s : Kakok mana hadiah adik?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment