Hehehehe tajuk yang sangat berterus terang. Yelah dah terang buat apa la nak suluh lagi kan? Dah nyata2lah saya ni dah berusia 28 tahun pada tahunini. Well age is just a number. Korok mu...hahahahhaha.
Ok jadi tahun ini saya memang merancang untuk bercutian diharijadi saya. memang la over kan sebab saya bukan cuti sehari malahan bercuti selama 3 hari...wakakakaka suami terpaksalah terjebak sama namun gagal menjebakkan Ateh yang menganggap saya bergurau. Waktu itu saya tidak berada di surau, maka mungkinlah Ateh merasakan saya bergurau senda. Hahahahahha jadi padanlah muka Ateh yang tak dapat mengepau saya belanja duk hotel. Wahahahahahahaha...
Oh tapi saya mahu percutian ini spontan dan santai, maka saya tidak membuat tempahan di mana2 hotel. Lagi pula saya konpius mahu kemana, sehingga saat akhir saya masih gagal mendecide. Dalam kepala saya mahu bercuti di rimba yang ada sungai, namun sekali sekala kota keriangan singgah di kepala - terbayang betapa galaknya Maryam bermain2 di puncak bukit sana. Makanya saya mencadang kepada suami saya untuk stay di mana2 resort di janda baik dan kemudiannya pergi bermain2 di puncak bukit. Indah bukan? Huhuhuhu.
Namun kerana semuanya spontan, mestilah ada pertukaran. Ala tak dapat nak stay kat Seri Pengantin Resort sebab tak buat reservation, takde walk-in sebab semua kene reserved kat opisnya di KL. Maka Cik Hubby yang tiada semangat kerimbaan pun teruslah mengajak kami ke genting saja dan sebab Cik Hubby ni malas nak cuba jaya maka untunglah Awana Genting Highland itu kerana kami check-in disana sahaja. Kami ambil apartment satu bilik.
Maka selebihnya biarlah gambar2 ini bercerita.
Yang paling gembira adalah Maryam, seperti kami meraikan besday beliau pula. Tapi tak mengapa kerana gembira Maryam adalah bahagia saya dan papanya. Melihat Maryam sangat teruja melihat swimming pool dan menjelajah hotel membuat saya rasa percutian ini sangat bernilai. Itulah hadiah terbaik diharijadi saya. Alhamdulillah syukur kepada Allah saya masih dapat menikmati semua ini.
Moga ada post 29th on 28th dan seterusnya....InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment