10.5.10

Mak : Ibu : Mama


Saya telah memanggil wanita ini sebagai mak sejak 28 tahun yang lalu. Wanita ini saya labelkan sebagai wanita kuat dan tabah. Wanita inilah yang berdiri walau tempang sekalipun demi keluarganya. Saya tak mampu nak menulis lagi kerana saya amat sedih. Telah lama melihat ketabahan wanita ini membesarkan kami dan bila abah pergi saya tak mampu lagi nak bercerita tentang pengorbanan beliau dan ketabahan beliau. Moga Allah membalas syurga bagi kesetiaan dan ketaatan mak pada Abah. Mak selamat hari mak! Wish we were there! (Mak dukung MJ masa dia 4 bulan kot - hahahaha buruknya anak mama, tembon n gelap)


Dan wanita ini saya panggil ibu. Wanita murah hati ini banyak mengajar saya erti kehidupan. Wanita ini banyak memudahkan kehidupan saya sebagai seorang mama. Saya bertuah ada ibu mertua seperti ini. Sepanjang mengandungkan MJ sehinggalah melahirkan ibu menjaga saya dengan penuh teliti sampai saya stress *hahahaha*. Sehingga kini ibu menjaga makan minum kami. Hari2 saya diberi tapau makan malam. Hihihihi saya masak weekend saje ok. Dan MJ dijaga ibu bagai menatang minyak yang penuh. Apa lagi yang saya mahu minta dari kehidupan ini? (MJ sama nenek masa sambut bday mama aritu, gedik kan MJ? Sangat mengada ok bila dengan nenek)


Dan inilah wajah bahagia seorang mama. Lihat senyuman MJ, harapnya MJ benar2 bertuah mendapat mama seperti saya. Walau saya sedikit garang, harapnya MJ bisa bertahan, hahahahaha. Alhamdulillah saya telah dapat bersama MJ sehingga kini dan masih juga memberikan susu terbaik untuknya. Harapan saya moga MJ membesar bagai johan walaupun tidak minum susu Dumex. Hihihihi...doa saya untuk MJ ~ Moga MJ jadi anak yang solehah, bijaksana dan indah perjalanan hidupnya. (Papa amik gambar ni semalam masa mama nak g kenduri kahwin)

Buat semua kawan2 saya yang telah menjadi ibu ~ Intan, Elly, Nurul, Nisa, Puan Semut, Shu, Zue, Mien, Stef dan mereka2 yang saya tidak sebutkan di sini - Selamat Hari Ibu! Moga kita menjalankan tanggungjawab yang sebaiknya kepada anak2 kita. Amin.

3 comments:

~Am said...

ala schweeetnyeerrr

ummi mien said...

oohh...MJ sgt cool dan nampak mcm budak besar pki gaun merah.

ummi mien said...

tq ujie. apapun mj nampak cool dan cam org besar pki baju gaun merah.