26.2.09

Jantung manis papa...

Hahah siot jek nama entry aku kali ni. Tapi tengok la video ni, memang lah jantung manis papa kalau dah kejar papa balik keje macam tu skali. Kalau aku balik Maryam takdenye nak kejar2 camtu. Bila dah nak susu barulah kenal mana satu mama dia. Video ni aku rakam b4 Maryam pandai merangkak tapi skang dia dah bleh merangkak, tak jalan macam beluncas lagi. kikikiki...korang ignore la sore2 aku kat blakang yg tgh komplen pasal Maryam yang tak nak menyusu kat mil aku.

25.2.09

Ari Kad Jay...

MasyaAllah aku wat lagi keje menghabiskan wang...aduh la aku memang takleh stop kegilaan aku bila hari J itu menjelma...ini bukan kali pertama, bukan juga kedua tapi entah kali ke berapa ntah...tapi tuk tahun ni kali yang pertama la...hohohoho tapi aku cuba bertobat la, aku janji tak mau pergi lagi kalau J itu menjelma lagi tahun ni. tapi aku tobat je, aku tau tobat kosong je ni. aku sendiri tak caya la ngan diri aku...aduhla sesungguhnya aku memang nak tobat la...
Tak silap aku ada satu post aku pasal ari J ni...baru lagi aku rasa, bulan 11 tahun lepas agaknya. Aduh skali lagi. Memang aku takleh menolak la, aku memang tergoda dengan ari J ni. even MJ pun takleh menahan godaan itu. Kikikiki.
Klah ekceli aku g Jcard day la...mmg la aku ni ngada tau. Siap amik leave tu,padahal aku baru lg on leave tgh bulan aritu. tapi entahlah dgn mud kerja yang dah takde, memang la best kalau g shopping, belum gaji pun, bak kata Ateh gores dan menang aje la...janji cukup bulan bayar kan(aku adalah pembayar kad kredit yang tegar, bagus dan sopan - ade ker?). Yang aku heran tu tak pernah pulak aku takde mud nak bershopping. Takde wit pun, mud shopping tetap ada tapi ada kerja banyak kat opis pun mud nak keje tetap takde. Aduh la...
Oh kita sambung dengan pembelian aku. jika di jcard terdahulu aku beli sampai 4 handbags, kali ni barang hubby yang banyak makan duit, yam pun kalah...hohoho kali ni aku g ngan Hubby n kawan aku Elly. Kuikuikui, Yam kene tinggal ngan nenek la, aku kutuk2 orang yang bawak anak kecik g jcard takkan aku nak kutuk diri sendiri lak kan. Lagipun sian la kat yam nanti nak tido ngamuk plak. Oh kami g jalan kaki jek, yelah depan umah je kan, takyah la rebut2 cari parking kan. dalam list (heheh siap wat list tu) aku nak bli bantal tuk sofa, kitchen tissue holder, mug holder n barang yam. tapi hampeh la aku, last2 barang umah satu pun aku tak beli. Tapi barang yam complete la. Oh bukan complete tapi berlebih la cam biasa.
Menjelang kul 1ptg hubby balik dulu sbb dia kene g keje. Lalu aku meneruskan pengembaraan aku bersama Elly mencari barang2 tuk diri sendiri setelah menyelesaikan misi mencari barang yam dan hubby. Untuk aku dapatlah 4 helai baju n sepasang kasut. kerna dah bli handbags yg byk last Jcard maka telah menutup mata semasa lalu di tempat handbags kecuali terkelip mata sekali lalu membeli satu beg tuk mil aku sebagai rasuah kerna aku pulang lewat sedikit. Kikikiki. Tapi rasuah aku ni ikhlas n murah sahaja. Aduh2 lagi...
Oh tuk yam membeli lagi botol jenama Nuby pula serta puting botol avent yang 6+. hopefully yam aku menyusu melalui botol selepas ini. Amin...amin.
So pengembaraan yang bermula pada pukul 10.30 itu berakhir pada jam 4ptg...sampai umah lalu sibuklah aku mengepam susu yang sudah penuh didada(hohoho bunyi cam sensored jek)...selepas itu mengambil yam di umah mil...yam pula sudah menuggu dengan senyum di bibir. hehehe tahulah tu mama blikan 5 pasang baju+suar poney yang comel tuk dia. Oh aku bli 3 pasang baju paddington bear, sangatlah comel pada pandangan mata aku-sebab tu la terbeli 3 pasang. Kuikuikuikui....


Maryam sedang merasa harga suar poneynya...

Ni pulak sedang test puting...failed lagi...tak macam kopek mama pun...

Klah aku janji la tak g lagi jcard pasni, tapi aku janji palsu la kan. sesungguhnya aku tidak mampu takde mud tuk shopping di jcard. Maybe aku boleh menabung tuk berbelanja di jcard day selepas ini..Hehehehe,muga2...








23.2.09

Citer Cik Maryam...

Oh marilah aku update citer2 Maryam. Citer umah nanti dulu k, rileks2 pasni aku ada masa yang boleh dicuri2 untuk menulis aku menulis lagi. Jangan risau aku kan dah jalur lebar. Wiheee...
Ok ini ialah gambar yam bersama cik popeye (akceli nama pakcik dia ni Farid, tp masa kecik dia kurus n org gelarkan dia popeye, n nama ni lekat sampai skang...biasa orang panggil dia pai...hehehe)Pakcik dia ni skang pra tadika n tinggal kat umah mil aku juga pas balik skolah. Jadi dia nilah yang slalu layan yam. Dia slalu cakap "yam ni tomei ah, pastu tembam, macam Along"...hahaha pai ni pelat, n Along tu dia refer pada Papa Maryam la. Heheheh...Dia leh layan yam seharian n dia tak marah kalau yam kacau dia tido dengan panjat2 n tarik rambut dia. Siap boleh bangun senyum n panggil yam. So sweet. Kalau abang dia yang gerak mau dihamuknya satu umah.

Oh aku sebenarnya ada target untuk Maryam. Aku target dia boleh meniarap masa umur 4 bulan, 6 bulan boleh merangkak n 10 bulan leh jalan. Siot kan target aku, saje je nak beri pressure kat yam. Tu belum setahun lagi aku dah beri tekanan dgn target2 palsu aku. Hehehe tapi Alhamdulillah yam tak tertekan agaknya. Buktinya tepat umur dia 4 bulan memang dia boleh meniarap n genap 6 bulan juga dia mula berkaki 4 mengambil posisi merangkak. Korang nampak gambar kat sebelah ni? Yam tak mahu merangkak pun, dia duk angkat2 punggung tinggi2 je. Yang dia sibukkan skang ialah memanjat n belajar berdiri. dia suka merayap bawah meja n panjat kaki meja. Skang dah dapat berdiri kat sofa kat ruang tamu. Kalau kat atas katil dia duk panjat bantal2 yang ada. Yang aku tak tahan kalau aku masak kat dapur n tinggal dia kat living, tak abis aku potong bawang dia dah sampai dapur. Keje aku duk ulang antar dia depan tv 5-6 kali. Dia tak merangkak tapi duk bergerak macam beluncas. Laju plak tu.

Ni plak gambar yam cuba nak duduk. gitu jelah dapatnya baru. duk senget jek. Muka serius jek kan. Kerek macam aku la kan. Ntahlah kebanyakkan perangai dia cam aku kot. Muke je aku tak nampak mananya aku. ramai kat Yam ikut muka ayah aku. Hmmm adalah kot. Ntahlah tak tahu la doter aku ni cam siapa sebenarnya. Tapi aku sayang la dia ni kan. Dah hampir 7 bulan dia mengganggu tido aku tau. Pastu buat aku angau ingat2 dia. Tu belum campur komited aku nak breastfeed dia. Alhamdulillah sampai skang aku berjaya breastfed budak tomey ni. Yeaaayyy...

Ni gaya yam masa 1st dapat kaki 4. Masa tu kat kuantan cuti raya cine. Genap 6 bulan dia tunjuk dia leh angkat bontot. Ada la 2-3 kali tersembam. Tapi yam ni sangat aktif la. Mil aku pun kata tak larat tengok dia. Aku pun naik heran ngan dia. Dia tak mahu menyusu siang ari sebab aku rasa dia tak nak botol. digigit2nya je puting botol tu. Tido pun tak mahu. Mil satu berbulu ngan Yam, sib baik tulah cucu sorang. Hehehe, oklah aku ngantuk la. Sok aku sambung update citer yam lagi. Ni gambar2 yg sempat aku download. Ada banyak lagi. K ye...sehingga jumpa lagi...nite.


19.2.09

Lebarnya Jalur...

Hehehe...hehehe...hehehe lagi.

Akhirnya jalur lebar itu datang sendiri kepadaku setelah 2 kali aku g blue cube kat mid valley tu. Ceh apalah blue cube tu, ada ke modem dah habis. Terus tak cute kotak biru tu jadinya. Lastnya aku amik broadband ni kat cine apek nama alex yang dulu ada kedai handphone kat bawah opis aku. Kebetulan dia datang opis pakai baju celcom broadband, jadi aku sesaje tanya. Hehe rupenye dia memang dah jadi dealer. Kuikuikui, jadi akhirnya aku dapat jugak gedik santai di meja makan umahku sampai menjalur lebarkan diri. Oh terasa hebats n bess 15 kali...

Jadi akan kubersihkan sawang2 yang dah lama melekat kat blog aku ini. Punyalah lama kan aku tidak meng'tarikh atas'kan diriku ini dan juga kehidupanku ini bersama Maryam n Hubby. Punyalah lama sampai Maryam dah leh berlari pun. Heh tau aku tipu takpe tapi memang la perkembangan Maryam sangat membanggakan. Cuma badan dia aje tak berkembang maju. Maybe sebab dia sangat aktif, jadi dia tak naik badan. Hehehe tunggulah aku cerita pasal penghijrahan aku dan juga perkembangan puteriku itu.

Neway aku mc arini, tidaklah serius tak sihat cuma ntahlah semangat nak keje dah takde. Maybe aku perlu hijrah tapi ekonomi kan tak sihat juga sekarang. Tapi kalau aku tak lakukan sesuatu maybe aku akan lebih tak sihat. Jika diberi pilihan aku cuma nak duk umah jaga Maryam or keje yang boleh letak Maryam bersama aku. Pray hard for it...Moga Allah bukakan jalan itu.

Oh nanti aku update lagi k dari meja makanku ini. Mungkin akan ku letak gambar meja dimana aku bergedik santai menekan punat2 laptopku ini. Sungguh santai cuma aku tidaklah segedik mana kan. Kikiki...k cau dulu k, dah hampir tiba masa tuk susukan Maryam yang sedang lena diulit mimpi itu. Wink!