Ok ini ialah gambar yam bersama cik popeye (akceli nama pakcik dia ni Farid, tp masa kecik dia kurus n org gelarkan dia popeye, n nama ni lekat sampai skang...biasa orang panggil dia pai...hehehe)Pakcik dia ni skang pra tadika n tinggal kat umah mil aku juga pas balik skolah. Jadi dia nilah yang slalu layan yam. Dia slalu cakap "yam ni tomei ah, pastu tembam, macam Along"...hahaha pai ni pelat, n Along tu dia refer pada Papa Maryam la. Heheheh...Dia leh layan yam seharian n dia tak marah kalau yam kacau dia tido dengan panjat2 n tarik rambut dia. Siap boleh bangun senyum n panggil yam. So sweet. Kalau abang dia yang gerak mau dihamuknya satu umah.
Oh aku sebenarnya ada target untuk Maryam. Aku target dia boleh meniarap masa umur 4 bulan, 6 bulan boleh merangkak n 10 bulan leh jalan. Siot kan target aku, saje je nak beri pressure kat yam. Tu belum setahun lagi aku dah beri tekanan dgn target2 palsu aku. Hehehe tapi Alhamdulillah yam tak tertekan agaknya. Buktinya tepat umur dia 4 bulan memang dia boleh meniarap n genap 6 bulan juga dia mula berkaki 4 mengambil posisi merangkak. Korang nampak gambar kat sebelah ni? Yam tak mahu merangkak pun, dia duk angkat2 punggung tinggi2 je. Yang dia sibukkan skang ialah memanjat n belajar berdiri. dia suka merayap bawah meja n panjat kaki meja. Skang dah dapat berdiri kat sofa kat ruang tamu. Kalau kat atas katil dia duk panjat bantal2 yang ada. Yang aku tak tahan kalau aku masak kat dapur n tinggal dia kat living, tak abis aku potong bawang dia dah sampai dapur. Keje aku duk ulang antar dia depan tv 5-6 kali. Dia tak merangkak tapi duk bergerak macam beluncas. Laju plak tu.
Ni plak gambar yam cuba nak duduk. gitu jelah dapatnya baru. duk senget jek. Muka serius jek kan. Kerek macam aku la kan. Ntahlah kebanyakkan perangai dia cam aku kot. Muke je aku tak nampak mananya aku. ramai kat Yam ikut muka ayah aku. Hmmm adalah kot. Ntahlah tak tahu la doter aku ni cam siapa sebenarnya. Tapi aku sayang la dia ni kan. Dah hampir 7 bulan dia mengganggu tido aku tau. Pastu buat aku angau ingat2 dia. Tu belum campur komited aku nak breastfeed dia. Alhamdulillah sampai skang aku berjaya breastfed budak tomey ni. Yeaaayyy...
Ni gaya yam masa 1st dapat kaki 4. Masa tu kat kuantan cuti raya cine. Genap 6 bulan dia tunjuk dia leh angkat bontot. Ada la 2-3 kali tersembam. Tapi yam ni sangat aktif la. Mil aku pun kata tak larat tengok dia. Aku pun naik heran ngan dia. Dia tak mahu menyusu siang ari sebab aku rasa dia tak nak botol. digigit2nya je puting botol tu. Tido pun tak mahu. Mil satu berbulu ngan Yam, sib baik tulah cucu sorang. Hehehe, oklah aku ngantuk la. Sok aku sambung update citer yam lagi. Ni gambar2 yg sempat aku download. Ada banyak lagi. K ye...sehingga jumpa lagi...nite.
No comments:
Post a Comment