24.5.09

Babies @ Papayam's Birthday

For those who are waiting for this post, here we go guys! Sorry for the delayed, really damn tired after the party! Ceh macam la party besar sangat kan...but serius la pas 2 hari wat party baru rasa sakit sana sini. Oh n for those who are not invited to the party but reading this, sorry k, it just a small party for my hubby's besday. No heart feeling k!

For my darling hubby, Happy Big Day! Hahaha yam tengok kek sungguh kusyuk...kek ditaja oleh Mak Lang Maryam merangkap SIL aku. Thank u Mak Lang. 2 bulan lagi sponsor tuk besday Yam plak k!

Hehehe, untuk mengedikskan lagi party ni, Mama telah memilih tema 'T-Shirt Polo'. Tengok la senyuman gediks Yam disamping Yan (hehehe ekceli ini Rayyan Mukhriz ye). Baju mereka sama ok, juga dibeli semasa outing bersama2. Gile cumel!!!


Wakaka ini aksi sensored 3 babies semasa party berlangsung. Yams tiada di tempat kejadian kerna dia memang suka sibuk main ngan orang2 besar @ mungkin Yams sedang bersama Ems (Emma). Tengok la Rayyan sedang tido dengan tekun, manakala Ryan dengan putingnya dan Chem lebih suka menghisap jarinya dari makan makanan lain. Mungkin jarinya berperasa strawberry manissss...


Hoho ini 2 pak sibuk. Hehehe Cumel kan. Ini Cik Ayid ngan Cik Moq Maryam...macam party topeng lak. Thank to Mama Ryan sebab bawakkan topeng ni, Mama Maryam tak terpikir langsung...


Hahah berjaya snap gambar Ems bertopeng. Cute la awak ni Emma...


MasyaAllah budak Chem ni tak abis2 ngan jari dia. Tulah Bonda ko marah tak bagi bubur nasi yang Mama Maryam dah buat. Ala padahal Bonda ko lupa diri borak, Mama Maryam juga bersalah.


Ala tomeynye budak ni. Sorry la ye Ryan kalau tak selesa datang umah Maryam. Apa2pun bila Ryan dah ok, Ryan sporting je kan? Sayang Ryan, nanti boleh join party lagi k...oh ye kalau ada hadiah untuk pakaian menepati tema Ryan sekeluarga yang menang tau, sangat2 la mengikuti tema walaupun petang tu baru Mama Maryam jemput datang. Memang hebats!


Emma muka cuak sebab cubaan Ryan mengorat dirinya. Dah la atas toto lak tu, maunya tak cuak.


Ni lak muka happy Yams yang sangat sporting di malam besday papanya. Mungkin dia lupa jam dah kul bape sebab yam ni suka orang ramai. Padahal ari2 biasa kul 8 malam dia dah tido...

Klah ni je tuk arini, sok kalau ada masa aku update lagi, mata aku sakit la, nak tengok komputer pun pedih semacam. So pada yang datang meriahkan suasana, terima kasih banyak2 sangat. Kalau ada yang terkurang minta maaf banyak2. Moga panjang umur n murah rezeki tuk Papa Maryam @ my beloved hubby. Ada rezeki kita jumpa lagi di majlis Besday Yams pula 2 bulan dari sekarang. Oh sungguh tak sabar! Hohoho dah mula nak pikir tema la, kang biar semua ikut tema n takde yang takde baju tema lagi (heheh bonda n chem la tu).
Oklah dah ngantuk. TBC...








17.5.09

Our weekend...

Salam. Kembali bercerita aktiviti ujung minggu aku n maryam n pelakon tambahan dalam kehidupan kami iaitu Ateh Maryam. Wakakaka. Selalu ujung minggu aku duk umah ngan Maryam, papa yam selalunya keje weekend. Kalau tak keje atau keje petang ke, memang slalu papa teman ke mana saja mama n yam nak pergi. Tapi weekend ni papa keje pagi, jadi mama jadi single mother lagi. Hehehehe...aku jenis suka setiap hari ada memori so aku akan berusaha keras mewarnai weekend aku n maryam walaupun tanpa papayam. So inilah hasil weekend kami kali ni.

Huh Yam jumpa Emma lagi kat makan2 parti kat umah Auntie Aida ari sabtu petang. Sib baik ada majlis ni, so takyah pikir aktiviti apa nak wat ngan Yam. Comel kan adorable Ems n Yammy ni. Macam mama n mummynya jua. Kikikiki...

Ni aktiviti anak dara menayang punggung. L-R Emma, Maryam n Maria (Aida's fren daughter)

Yam sempat memberi pose gaya model. Hehehehe sori mengatakan skali lagi-Yam sangat cumel!

Rambut yam dah lintang pukang dan mata telah kuyu2 ayam. Jadi tiba masa tuk pulang. Mama muka puas hati sebab dapat jumpa kawan2 yang dah lama tak lepaks bersama.

Oh ni gambar ari ahad laks. Mama dah lama nak cuba shopping berdua ngan Yam ke mid valley. Akhirnya berjaya!!!walaupun dengan bantuan Ateh tapi mama berjaya mendukung Yam n ke mid dengan berjalan kaki sahaja! Gambar ni masa dah otw balik umah, kat depan robinson, nampak flat kat belakang tu?Hehehe umah Yam kat situlah, depan mid je. tak sabar tunggu yam dah besar skit, leh ajak jalan2 g mid...

Hehehe ni 'stroller bergerak' yam. Time kasih ateh! yam berjaya pau ateh mainan jek kali ni. hehehe...

Hah yam jumpa dinosour lak. Sib baik yam duk dalam gendong mama. Time kasih mama!
Itulah je jalan2 isi masa lapang yam, mama n ateh. weekend depan papa keje petang so yam n mama dah ada plan untuknya. weekend ke depan lagi pun dah ada aktiviti menanti. Oh sungguh tak sabar!!! Ok cau dulu...







16.5.09

Maryam oh Maryam...

Nenek kata Yam ni ada je keje dia nak buat. Jaga Yam sorang macam jaga 10 orang budak. Dulu masa Yam baru lahir mil ada jaga budak lain n dia pernah kata taknak dah jaga budak n dia nak jaga cucu dia sorang jek. Skali memang la dia jaga Yam je skang ni n serius dia banyak sabar sebab Yam memang sangat aktif n tak reti duk diam. Tapi sebab cucu nenek memang sayang la lagi2 bila Yam manja2 ngan nenek. Kikikiki...



Ni aktiviti mengirai baju yang mama tengah lipat. Rasa nak tumbuk je muka Yam sebab buat begitu.




Sebelum tu di pagi harinya dia kirai baju dalam bakul yang baru kuar dari mesin. "Mama, Maryam tolong sidaikan eh baju2 ni" Muka dia cheeky gila masa ni...langsung tak rasa bersalah,memang nak kene tumbuk...




Ah pastu dia jumpa plak wallet aku, habis dikirainya duit2 yang ada. Tu nak ajak g shopping la tu.




Aha...ni yang paling best..dia pecahkan telur kat umah nenek...pastu dilacak-lacaknya ngan tangan. Memang gawat, sib baik mama ada kalau tak nenek lacak lak tangan dia.tengok tangan dia kembang jek melacak telur tu. Sebelum tu aku dah tarik dia g ruang tamu, dia bleh lak pegi lagi amik telur tu, sedar2 dah pecah je. Hohoho patutlah nenek bersungut Yam...


Tengahari tadi aku balik umah mil lagi atas alasan nak bawak adik ipar aku g klinik untuk check-up skit. So sempatlah menyusukan Maryam terchenta dan bermain dengannya. Nampak aku je dia merangkak datang n memanjat aku n berkata "Mama...mamama"...oh aku tau sound tu tuk apa, tu nak susu tandanya. Terasa Maryam sweet dan manjakani gitu. Kikikiki...


So semasa di rumah mil itu berborak la sikit sebanyak tentang Yam yang sememangnya lasak itu. Nenek banyak kali merungut dia dah jaga banyak baby tapi takde yang seumpama Yam, cucunya yang hebatsss ini. Mana taknya budak2 yang mil jaga semua dengar kata, mil marah sikit semua duk diam. Yam???? Ya ampun, budak ni seminit pun tak diam. Nenek kata pantang lepa dia g dapur n punggah pinggan mangkuk dalam kabinet. Ada skali nenek tengok dia tengah susun pinggan kaca kat dapur. Aduh, aduh gawat ni. Setiap kali aku balik g amik dia (kalau Amad ada dia amik) umah mil mesti berterabur. Semua benda dalam bakul dia akan kuarkan...kalau lipat kain dia akan kirai2 balik satu2. Sampai mil cakap "Yam oh yam,umah nenek ni dah takleh cantik lagi dah!" Hahahhaha serius aku nak tergelak dengar. Kesian pun ada ngan mil. Kesian kan? Dah la Yam tak mau botol n tido kejap jek siang, mau tak gawat nenek dia, tak lama aku rasa kurus la nenek dia. So aku rasa aku takmau la memendam rasa kat mil aku lagi, dah tentulah dia berusaha keras jaga Yam n aku harus bersyukur aku ada mil yang boleh jaga Yam. Kalau orang lain jaga mau aku kene notis 24 jam sebab orang tak tahan dengan kerenah Yam. Alhamdulillah...

13.5.09

Tag : Surirumah dan Jenama (Part 1)

Marilah menjawab soklan-soklan peperiksaan surirumah dan jenama bahagian 1 ini...Soklan2nya adalah seperti berikut...

1) Kat umah basuh baju pakai sabun jenama apa?
Oh skang guna jenama Harimau Kuat, memang la kuat Amad mencuci. Hahaha Amad yang buat laundry so tak banyak komen. Aku yang bli jenama ni sebab harganya aku rasa berpatutan.

2) Pakai softener tak?
Oh pakai, ada 2 jenama
i) Downy biru-konon untuk baju yam tapi sebab suka dengan kewangiannya Amad diarah guna apabila mencuci baju kami..wakakakaka
ii) Avaa - bau dia ok n ekonomi la skit harganya

3) Basuh pinggan?
Kejap aku cek jenamanya...oh sunlight n harimau kuat. Ni Amad yang bli

4) Hand wash pula?
Takde, kikikiki slalu guna johnson baby bath maryam jek

5) Sabun mandi/shower foam?
Amad jenis mandi guna sabun mandi dan skang guna shokubutsu ngan dettol. Aku lak guna shower foam dettol biru n baby kiko hijau yang bli atas nama Maryam tapi Mamayam yang slalu guna

6) Syampu?
Head n shoulder menthol kot. Oh dan juga baby kiko merah jambu yang amat wangi (kongsi ngan Yam,hahaha)

7) Ubat gigi pula bagaimana?
Kadang colgate kayu sugi, kadang fresh n white.

8) Berus giginya?
Oral B n kadang2 colgate

9) Cuci lantai?
Oh floor shine jenama cosway. Serius sangat suka guna sebab lantai jadi enak dipijak. Cubalah...oh guna juga jenama dettol

10) Cuci mangkuk tandas?
Harpic rasanya...

11) Tisu Muka?
Heheheeh jenama carrefour jek, ok kualiti n harganya pun murah. Takde maknenye tisu nak pakai mahal2

12) Tisu kat dapur tu?
Jenama Carrefour juga. Jimat skit...hehehehe

Ok bahagian 1 dah tamat...nanti kita ke bahagian 2 pula. Sebelum ke bahagian 2 saya ingin mengajukan soklan2 ini kepada mereka2 di bawah ini :-
i) Kakakku - Ateh
ii) Oh tentu skali Mummy Emma
iii) Bonda Chem juga
iv) Mien aku tak lupakan dirimu
v) Oh Nisa juga
vi) Mrs. N - mana mau lari Zue?

Bila semua dah jawab kita akan ke bahagian 2 ok!...

G.I.G.I.H

Tak padan jek kegigihan aku dan Amad nak beri yang terbaik tuk Maryam. For info Maryam dah tak nak menyusu botol balik, letak la air apapun dia minum main2 n gentel2 jek puting botol tu. Memang la comel aksinya menggentel tapi kalau kene penampar mama mau berdamar pipi tu. Wakakakaka...
So semalam n tengahari tadi aku balik dengan niat suci murni nak susukan dia secara direct. Tapi sebab budak ni memang distractible kene la lepuk 2,3 kali. Semalam oklah sebab aku sampai dia tengah tido, arini aku sampai Maryam dah g melangok ntah ke mana mil aku bawak. Aduh aduh panas jek ati...bila Maryam dah balik dah nak dekat kul 2ptg...huk aloh masuk opis lambat lagi la jawabnya. Sedang bertarung menyusukan Maryam ujan turun dengan lebatnya pula...aduh aduh lagi...last last nya aku masuk opis kul 3.30ptg. Yang bestnya 2 hari ni Amad amik aku kat opis naik motor, tu yang ptg tadi kene tunggu ujan reda skit. Sebab aku tgh banyak keje, semangat la aku nak balik opis semula, amad bagi aku pakai baju ujan yang terasa seperti nak naik ke bulan lagaknya. So aku pulang ke opis dalam mengharung ujan secara romantik dengan Amad. Hahahhaha gediks lak...
Ntahlah Maryam, bilalah awak ni mudah nak terima botol, mungkin mama kene terus bersolat hajat lagi. Tapi Mama takkan putus asa untuk Yam ok! Ujan lagi mama tempuhi, untuk mengalah tidak sekali. Hheheeheheh...Moga Allah me'reward' kegigihan Mama n Papa tak lama lagi. Amin...

10.5.09

Taraaaaa....

Hehehehe...weekend baru ni kami sekeluarga+Ateh memulangkan diri ke kampung lagi. Tujuan utama sudah pastilah melawat kedua orang tua kami itu. Sebab asyik teringatkan emak dan juga emak yang demam, Amad kata jomlah balik...hehehe aku dengan senyum gembira pun menghebahkan berita kepulangan ke kampung kepada Ateh dan seperti biasa dia bersetuju untuk mengikut pulang. Best, best...kepulangan kali ini mendatangkan hasil seperti di bawah ini....yeayyyy.....

Oh apakah barang yang fragile ini???...Apakah?Apakah?...Oh katakanlah apakah ini...


Tarraaaaa....inilah barang fragile itu!Hadiah harijadi yang kuminta dari Amad tersayang. Wakkakaka best tak permintaan aku kali ini? Hehehe saje nak kembangkan bakat yang entah2 terpendam dalam diri aku ni. Nak tempah baju? Eh nantilah dulu, tak pandai lagi la, sabo,sabo...


Hehehe inilah rupa bentuk mesinnya...warna pink gitu,tidaklah mahal sangat, mampu milik saje harganya. Kami beli di sebuah kedai di kuantan. Terima kasihlah kerana Amad, Maryam n Ateh sudi menunggu saya mempelajari sedikit sebanyak menggunakan mesin ini. Time kasih la pada abang kedai itu juga yang memberi kuliah percuma kepada saya.
Hadiah kali ini terinpirasi (aiseh) dari hobi saya kebelakangan ini yang suka membuat sesuatu tuk Maryam tercinta. Maybe saya akan mendesign baju2 untuk Maryam. Heheheh leh wat Maryam collections plak pasni...hehehe sonoknya rasa. Time kasih la Encik Ahmad Kusyairi selaku suami saya yang memahami hobi bermusim saya ini. Moga kali ini jadi hobi ari2. Hehehehe...oh rasa best tapi tak try menjahit lagi. Heheh belum shopping kain nak jahit...dah ada hasil nanti akan saya update rupa bentuk hasilnya.

Lepas g beli mesin, kami mencari kasut untuk Maryam pula. Nampaknya kasut idaman Papa Maryam untuk dihadiahi kepada Maryam tiada stock. Memang tiada rezeki Maryam hari itu nampaknya kerna setelah melawat butik adidas, nike, royal sporting dan juga al-ikhsan semua kasut yang seperti berkenan dihati tiada. Tapi sebab Mama Yam kadang2 over n lupa daratan dapatlah Yam sandelIpanema seperti di atas. Apa ingat Gisele Bunchen jek bleh pakai? Maryam Jannah pun bleh la...Hahahhaha...wink!




6.5.09

bEAUtIFUl..sO dAMn bEAuTIfUL!!!

Hikhik saje kasi tajuk panas...tapi jangan la tak mengakuinya, pasangan ibu dan anak ini kelihatan cantik kan? Suka ati aku la blog aku kan...wakakakaka...ini gambar dihari pernikahan adik ipar aku merangkap mak sedara kesayangan Maryam. Untuk cerita dan gambar2 yang lagi damn damn beautiful tunggulah entry seterusnya.

By the way to Nurul n Hubby thanks a lots...Sian Rayyan berpanas kat majlis tu tapi tetap maintain cumels. Papa Rayyan laks banyak tolong Papa Maryam sampai 2-3 pagi, lebih2 lagi dengan berkain pelekat. Even nampak lucu tapi sejuklah mata memandang kan...also to Uncle Pen yang amik cuti Ahad (tersilap cuti,padahal majlis sabtu) dan turun padang sabtu pagi utk tolong even kene keje tghr tu. Sayang Uncle Pen. Oh pada Ateh yang menangkap gambar2 pengantin tua (wakakaka) juga time kasih la. Oh Intan tak sangka u datang bawak ems...sori mil terbuat ems nangis plak. Nanti aku upload gambar korang di majlis yang meriah itu k!

Pada yang datang memeriahkan majlis pun terima kasih la. Kalau tak datang tak meriah la majlis kan. Hehehehe. Oklah nanti sambung cerita kat entry seterusnya. Ateh sila memberi cdnya secepat mungkin ok!tak sabar nak show off gambar cantik yam ngan mamanya. Oh ok dengan Atehnya juga. Betul kan gambar kat atas cantik?!Hahahahaha....

4.5.09

Sepetang bersama rakan2...

Wakaka ntah apa mimpi hubs kata nak g lepak lepas majlis menyambut menantu adik iparku. Hebats...for the past few weeks weekend aku ngan yam sangatlah suram tanpa dunia jalan2 cari pasal. hehehe yolah tu, oh maksudku sebahagian minggu la..sebenarnya hujung minggu aku walaupun duk di umah ngan yam tetap akan aku hargai n rasa best walaupun biasa jek...

Muka rasa best aku sebab dapat g lepaks buang masa. Yam pula buat muka masa tuk tido petang...

Wakkaka rakan lepaks yang membuat hubby ajak lepak. Serius susah nak lepaks ngan Uncle Pen ini. Uncle wat wajah bapa penyanyang tanpa rasa kekok memegang Rayyan. Serius aku ketawa banyak sebab Uncle Pen ni lucu n selalu wat lelucun. Dia gelaks satu pizza leh dengar. Oh btw kitarong lepaks kat pizza one utama.

Rayyan ngan mamanya. Hehehe boifren shopping yam ni tau. Sian Rayyan tunggu yam lama kat petronas Bangsar masa ak pergi OU. Last minute Uncle Jep tak jadi ikut, ada masalah umahtangga plak. Ceh!

Ni plak yam jadi pelakon pembantu dalam keluarga Rayyan. Nurul n Daus bawak watak konon2 dah ada 2 anak. Kikikiki yam bawak watak tak berkesan sangat...Nurul laks cam bahagia gile jadi ibu kepada 2 anaks....Wakakaka...

Oh camne yam leh ada empat nih? Camne la ada kembar 4 yek? Yam enjoi ngan imej2nya di toilet OU...Bleh?

Actually gambar yang elok2 masa lepak ni ada pada Ateh. Ni gambar2 dlm hanset aku jek...nantilah kalau rajin aku letak lagi sambungan citer ni...Serius la walau penat berkenduri, sangat enjoi petang tadi. Makan pizza sambil ngumpat2sss n gelak2. Dah lama tak wat kan, best lak rasa. Hopefully hubby ajak lepak2 lagi...