Nenek kata Yam ni ada je keje dia nak buat. Jaga Yam sorang macam jaga 10 orang budak. Dulu masa Yam baru lahir mil ada jaga budak lain n dia pernah kata taknak dah jaga budak n dia nak jaga cucu dia sorang jek. Skali memang la dia jaga Yam je skang ni n serius dia banyak sabar sebab Yam memang sangat aktif n tak reti duk diam. Tapi sebab cucu nenek memang sayang la lagi2 bila Yam manja2 ngan nenek. Kikikiki...
Sebelum tu di pagi harinya dia kirai baju dalam bakul yang baru kuar dari mesin. "Mama, Maryam tolong sidaikan eh baju2 ni" Muka dia cheeky gila masa ni...langsung tak rasa bersalah,memang nak kene tumbuk...
Ah pastu dia jumpa plak wallet aku, habis dikirainya duit2 yang ada. Tu nak ajak g shopping la tu.
Aha...ni yang paling best..dia pecahkan telur kat umah nenek...pastu dilacak-lacaknya ngan tangan. Memang gawat, sib baik mama ada kalau tak nenek lacak lak tangan dia.tengok tangan dia kembang jek melacak telur tu. Sebelum tu aku dah tarik dia g ruang tamu, dia bleh lak pegi lagi amik telur tu, sedar2 dah pecah je. Hohoho patutlah nenek bersungut Yam...
Tengahari tadi aku balik umah mil lagi atas alasan nak bawak adik ipar aku g klinik untuk check-up skit. So sempatlah menyusukan Maryam terchenta dan bermain dengannya. Nampak aku je dia merangkak datang n memanjat aku n berkata "Mama...mamama"...oh aku tau sound tu tuk apa, tu nak susu tandanya. Terasa Maryam sweet dan manjakani gitu. Kikikiki...
So semasa di rumah mil itu berborak la sikit sebanyak tentang Yam yang sememangnya lasak itu. Nenek banyak kali merungut dia dah jaga banyak baby tapi takde yang seumpama Yam, cucunya yang hebatsss ini. Mana taknya budak2 yang mil jaga semua dengar kata, mil marah sikit semua duk diam. Yam???? Ya ampun, budak ni seminit pun tak diam. Nenek kata pantang lepa dia g dapur n punggah pinggan mangkuk dalam kabinet. Ada skali nenek tengok dia tengah susun pinggan kaca kat dapur. Aduh, aduh gawat ni. Setiap kali aku balik g amik dia (kalau Amad ada dia amik) umah mil mesti berterabur. Semua benda dalam bakul dia akan kuarkan...kalau lipat kain dia akan kirai2 balik satu2. Sampai mil cakap "Yam oh yam,umah nenek ni dah takleh cantik lagi dah!" Hahahhaha serius aku nak tergelak dengar. Kesian pun ada ngan mil. Kesian kan? Dah la Yam tak mau botol n tido kejap jek siang, mau tak gawat nenek dia, tak lama aku rasa kurus la nenek dia. So aku rasa aku takmau la memendam rasa kat mil aku lagi, dah tentulah dia berusaha keras jaga Yam n aku harus bersyukur aku ada mil yang boleh jaga Yam. Kalau orang lain jaga mau aku kene notis 24 jam sebab orang tak tahan dengan kerenah Yam. Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment