28.9.11

Rasa

Malam tadi balik keje dah kul 12 mlm. Rasa sayu tgk anak2 dah tido. Rindu nak dekat dgn anak2. Benci rasa begini. Bila tgk Yusuf rasa dia sudah sgt besar.
Published with Blogger-droid v1.7.4

22.9.11

Anak Lelaki Minum Banyak? ~ Mitos & Fakta Penyusuan Susu Ibu :)


Pernah dengar tak ada ibu yang cakap 'dah campur susu formula, sebab susu badan sikit, baby kuat nyusu, lagipun baby lelaki kan'..........aaargggghhhh been heard this statement for ages. Sangat2 tak suka.

Maaf kali ini saya bukanlah nak komplen atau merendahkan sesiapa cuma ingin melahirkan keprihatinan saya terhadap dakwaan bayi lelaki minum banyak n sebab tu takleh nak cover demand dengan supply susu badan yang ada maka terpaksalah bagi susu formula. Jah tak kisah mak sebab bukan Jah yang kene blikan susu formula n bukan anak jah pun kan. Cuma sebab Jah ni kelas skit cuma Jah nak sound la skit bahawa semua ni tahyul jek. Dulu Jah ngan kawan Jah kami dua2 anak pertama dapat anak perempuan, gegirl gitu maka memang pernah bincang kalau ada rezeki anak kedua lelaki kami nak buktikan dakwaan baby lelaki minum banyak n takleh nak cover ngan susu badan tu tak benar sama sekali. Tanjat boboi kan mak2 buat statement camni.

Betul ke baby boy minum susu banyak? Jah pun tak tahu sebab Jah dah gugel2 Jah tak jumpa pun kajian2 yang membuktikan kebenaran dakwaan ini. Cuma yang Jah tau kalau demand tinggi, supply kenelah tinggi juga. Cuma kalau dah top up ngan susu formula jangan la bagi alasan susu badan tak cukup n baby boy kuat minum. Something wrong jek statement tu. Paham tak kenapa Jah bengang? Bila dah start bagi susu formula memang la susu badan akan lagi cepat jadi tak cukup. Malas la Jah nak jadi peguambela lagi, Kak temah semua gugel la cari ilmu pasal penyusuan, berlambak artikel n blog yang ada tulis. Kak Temah tak payah la kuarkan statement yang Kak Temah selalu dgr org2 tua cakap. Tolonglah hentikan mitos2 ni, sebab mitos2 ni lah ramai yang tak berjaya meneruskan penyusuan susu ibu.

Kak temah semua takyah la bengang ngan Jah, Jah bagitau aje. Jah bukanlah terer @ eksyen cuma Jah tak suka orang bercakap tak berdasarkan fakta. Mitos ni boleh gagalkan penyusuan susu ibu. Jah tak berkenan la nak salahkan anak lelaki minum banyak, kalau camtu kalau ada anak perempuan mestilah berjaya kan? Tanjat gegirl camni tau.

Jah ni sekarang nyusukan anak lelaki yang dah nak masuk 3 bulan, tak la rasa kuat minum pun. Selalu anak Jah hisap sebelah payudara aje dah tergolek, sama aje ngan kakak dia dulu. Umur2 camni paling banyak boleh pergi 4oz, tak tahu la kalau ada yang skali minum sampai 6-7oz. Kalau anak Jah minum lebih 4oz dia mmg muntah. So kalau payudara tengah penuh memang Jah bagi sebelah aje. agaknya yang kene topup susu formula ni anak drg minum 2-2 payudara abis kot. Wallahualam. Yang Jah tau kalau Jah pam sebelah paling banyak Jah dapat 6oz, tupun kalau lama tak pam. Biasa2 mesti dapat 3-4oz. Ni memang cukup tuk baby minum. Alhamdulillah. Sebab tu Jah pelik kenapa nak salahkan anak lelaki minum banyak. Besar sangat ke perut anak lelaki ni. Lagipun Jah pernah terbaca khasiat dalam susu ibu tuk anak lelaki n perempuan adalah berbeza bagi memenuhi keperluan anak mengikut jantina masing2. So mitos tak relevan ni mmg buat Jah terpanjat.

Sebenarnya mungkin Temah yang salah teknik n tak cukup ilmu pasal penyusuan susu ibu. Bukan la maksud Jah, Jah ni penuh ilmu di dada tapi Jah sentiasa cuba upgrade ilmu Jah. Tak payah la Jah nak bukak kelas, gugel la sendiri. Kang kata Jah eksyen plak. Jah mohon maaf sangat2 tapi Jah memang nak bagitau aje bukan nak kondem saper2. Kalau terasa, I'm soriiiiiiiii...

Doakanlah Jah berjaya susukan anak lelaki Jah yang dah montel ni. Berat dia dah 6.1kg di usia 2 1/2 bulan. Alhamdulillah fully breastfeed. Harap Jah berjaya sampai 2 tahun. Setakat ni penghasilan susu masih banyak. Jah amalkan teknik kosongkan payudara selalu. Jah jadikan slogan 'more demand, more supply' sebagai pegangan sekarang ni. Kak Temah cubalah juga ya.

Oklah bacalah mitos n fakta penyusuan kat bawah ni. Ni Jah copy n paste dari blog meniti hari. Sila la baca ye.

Mitos 1
Sesetengah susu formula(FM) lebih baik dari susu ibu (SI) kerana ditambah vitamin.
Fakta:
Sesetengah vitamin yang ditambah mungkin memberi kesan negatif kepada bayi.

Mitos 2
Bayi menyusu SI mempunyai jadual menyusu yang sama dengan bayi menyusu FM.
Fakta
Susukan bayi mengikut kehendak.
SI lebih mudah hadam, maka bayi akan cepat berasa lapar semula.

Mitos 3
Sesetengah ibu tidak mampu menyediakan SI yang secukupnya.
Fakta
Kekerapan menyusu akan merangsang pengeluaran susu yang secukupnya.

Mitos 4
Adalah tidak mustahil bayi juga mempunyai alahan terhadap SI.
Fakta
Sekiranya berlaku alahan, mungkin disebabkan pemakanan ibu ataupun faktor sekeliling.

Mitos 5
Sekiranya ibu sakit, demam,selesema, ibu sepatutnya berhenti menyusu.
Fakta
Semasa sakit, ibu akan menghasilkan antibodi terhadap penyakit tersebut dan ianya sangat bermanfaat untuk bayi.
Bayi yang menyusu FM dua kali terdedah risiko jangkitan.

Mitos 6
Susu awal iaitu susu selepas kelahiran adalah tidak berfaedah.
Fakta
Kolostrum amatlah penting sebagai imuniti pertama bayi.

Mitos 7
SI sama sifat seperti FM.
Fakta
SI akan berubah dari segi warna pada masa dan waktu yang berlainan.
SI juga berubah2 rasa bergantung kepada pemakanan ibu.

Mitos 8
Menyusu akan menyebabkan bentuk badan lari.
Fakta
Menyusu dapat mengecutkan uterus dengan lebih cepat.
Menyusu dapat mengurangkan berat dengan lebih berkesan.

Mitos 9
Menyusu semasa datang haid adalah tidak wajar.
Fakta
Tiada kaitan dengan perubahan hormon.

Mitos 10
Payudara bersaiz kecil tidak dapat memberi cukup SI kepada bayi bersaiz besar.
Fakta
Saiz bukan penentu.

Mitos 11
Ibu wajib minum susu untuk bekalkan susu.
Fakta
Lembu tidak pernah minum susu, tetapi dapat hasilkan susu yang sangat banyak.
Ibu cuma perlu cukupkan air di dalam badan.

Mitos 12
Ibu menyusu memerlukan diet khas,perlu berpantang beberapa makanan.
Fakta
Ibu memerlukan protein yang lebih, lebih kalori, diet mesti seimbang.

Mitos 13
Bayi memerlukan air kosong pada awal2 kelahiran apabila cuaca panas.
Fakta
Air kosong tiada kandungan nutrisi.
Susu ibu sudah mengandungi air.

Mitos 14
Puting(nipple) perlu dibersihkan dengan sabun dan air setiap kali sebelum menyusu.
Fakta
Tidak perlu membasuh puting sebelum menyusu, elakkan penggunaan sabun.

Mitos 15
Setiap bayi hanya akan minum apabila dia betul-betul lapar.
Fakta
Susukan bayi setiap 2-3 jam pada minggu-minggu awal kelahiran.
Kejutkan bayi sekiranya payudara terasa bengkak.

Mitos 16
Apabila ibu berhenti menyusu, tiada jalan untuk kembali menyusu.
Fakta
Relaktasi boleh mengembalikan susu ibu.

Mitos 17
Apabila ibu mengalami rekahan puting (sore nipple), ibu seharusnya berhenti menyusu pada payudara yang mengalami sore nipple.
Fakta
Teruskan penyusuan.
Betulkan teknik pelekapan.

Mitos 18
Apabila berat bayi meningkat secara perlahan, susu ibu adalah tidak mencukupi.
Fakta
Rujuk carta perkembangan bayi menyusu susu ibu.
Adakah bayi mempunyai lampin basah 6-8kali, pembuangan najis 2-5kali pada minggu-minggu awal kelahiran.


Carta tumbesaran bayi susu ibu.
Mitos 19
Bayi yang ‘gemuk’ adalah bayi yang sihat.
Fakta
Bayi menyusu susu ibu datang dalam pelbagai saiz.
Bayi menyusu susu formula mudah meningkat berat badan.

Mitos 20
Najis bayi menyusu susu ibu sama dengan najis bayi menyusu FM.
Fakta
Bayi menyusu susu ibu kurang membuang berbanding bayi dengan FM.
Najisnya juga bersifat kekuningan dan kurang bau berbanding bayi dengan FM.

12.9.11

~ Barut warna warni ~

Tadaaaaaa...dah siap pun jahit 6 keping barut baru buat Yusuf. Ni semua gara2 Yusuf hampir2 tidak muat semua barut yang ada. Membayangkan dia baru 2 bulan maka mama berusaha gigih menjahitkan barut baru yang sedikit lebar dan panjang. Lepas ni nak jahit barut gantung plak. Kalau ikut banyak benda nak jahit tapi masa sgt limited dan skang mesin jahit plak macam rosak. Adeh mana nak antar baiki ni, dulu beli kat kuantan. Kalau balik Kuantan tau la nak pergi tapi kat kl ni kat mana agaknya nak baiki. Nanti gugel la.

Oklah kalau ada sesiapa yang berminat secara serius nak buat tempahan bolehlah bagitau. Nanti saya pertimbangkan. :-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

10.9.11

Anatomi Ujie - Selepas Melahirkan

Adalah terganggu barangkali.

Rasanya begitu teruji sekali kali ini. Walau begitu saya redha dengan ujian Allah ini. Memang ada hikmah disebaliknya. Syukur.

Melahirkan Yusuf pertamanya saya terpaksa berdepan dengan buasir yang agak menyakitkan dan menyukarkan tugas2 harian saya. Bayangkan macam mana nak jaga luka jahitan dan dalam masa sama nak rawat buasir dalam keadaan pantang. Serius memang mencabar sampai nangis2 depan suami. Suami pun setakat mana boleh tolong. G farmasi blikan ubat berulang kali boleh la. Sudahnya sebab buasir, pantang saya memang tidak berjaya diamalkan dengan berkesan. Buktinya masih ada perut buncit yang urrrrgghhhh sangat mengganggu. Saya amik masa dekat 3 minggu tuk sembuhkan buasir saya ini. Bayangkanlah 3 minggu!

Keduanya dah nak dekat abis pantang 44 hari saya kena jangkitan pada vagina pula, kali ini saya kena gatal2 kemerahan. Urgggghhhhh sangat ok. Saya pergi klinik dan doktor kata itu normal. Kene amik ubat, kali ini seminggu juga tempiasnya.

Dan yang paling mencabar sekali ialah minggu lepas. Raya ketiga start demam selsema. Waktu tu kat Melaka n otw balik ke kl. Sebab demam sudahnya raya keempat kami semua duk rumah saja, serius tak larat. Sekalinya demam berlarutan. Sebab dah nak kerja isninnya maka pagi sabtu tu pergi klinik amik ubat dengan harapan cepat sembuh. Dah teruja nak masuk opis. Sekalipun niat amat baik sekali, petang sabtu tu dah start rasa sengal2 perut. Dlm hati mesti sbb ubat2an yang diambil. Sakit perut tak juga reda malah makin sakit sampai dah tak tahan pagi buta isnin tu pergi klinik lagi. Pukul 4 pagi ok pergi klinik! Sian sangat Yusuf kene antar umah nenek sepagi itu.

Kat klinik doktor tanya2 aje pastu kata saya gastrik. Saya setuju jelah sbb membayangkan semenjak demam saya asyik telan panadol, panadol soluble n ubat selsema. Saya pun ingat saya gastrik. Sekalinya isnin mc saja sebab mmg tak boleh pergi kerja, nasib baik saya tak pergi ok sebab sakit berlarutan n makin kuat sampai saya jalan terbongkok2. Saya mula panik sebab sakit perut saya berterusan dan bkn datang n pergi. Lagi pulak ubat gastrik saya makan mmg tak tunjukkan apa2 perubahan.

Sampai satu tahap saya menangis, suami pun naik kesian. Suami kata sakit sangat ker? Sebenarnya waktu tu saya tgh panik. Saya tekan2 perut n bahagian yang sakit adalah bahagian bawah belah kanan. Ini adalah tanda2 apendik!!! Sementelah pula masa tu bz main mesej blackberry dengan kawan saya. Dia yang beria2 suruh saya buat further checkup sbb dia takut saya appendik. Masa tu saya nangis bukanlah sbb tak tahan sakit tapi saya nangis sbb saya takut saya appendik. Masa tu saya terpikir saya mati dan tentulah saya terpikirkan 2 wajah comel anak2 saya. Arrggghhhhh serius sedih tahap dihiris2 hati ini. Siap sedu sedan lagi2 pikirkan si kecik yang tak berapa kecik yusuf imran.

Suami sepatutnya kerja jam 3ptg, waktu saya nangis tu dah pukul 1ptg. Suami ajak pergi hospital dan saya ikut saja sbb mmg itu niat saya. Dalam hati kalau pergi ppum mesti 1/2 hari tunggu tak siap2 lagi. Nak cadang kat suami pergi pusrawi aje, suami pun nak rushing kerja. Masuk bilik dah dgr suami telefon awek kawan dia yang kerja kat hospital pantai. Adoi nak pergi pantai terbang lagi banyaklah duit. Tapi sbb dah sakit n nak cepat serta mmg kesuntukkan masa maka pergi jugalah ke pantai.

Masa jumpa doc mmg suspek appendik. So kene buat blood test n ultrasound. Sebab ultrasound tunjuk semuanya berkeadaan baik maka kene buat x-ray perut untuk pastikan betul ke tak appendik. Sbb suspek appendik maka urine test tak buat.

Agak lama tunggu result sebab aritu sangat ramai org, maryam siap tido lagi, papa pula terpaksa masuk kerja lambat skit. Dekat pukul 6ptg baru doc dtg n bgtau result semua ok n bukan appendik. Masa tu rasa nak nangis n bersyukur sgt2 ianya bukan appendik. Dan doktor suspek UTI (Urinary Tract Infection) plak. So doc kata amik ujian air kencing. Sebab uti doc kata dia tak nak tahan wad n bagi saya balik dengan antibiotik. Masa ni bertambah syukur sbb tak kene tahan sbb kepala dah congak2 berapa plak bil nak kene bayar.

So esoknya doc sahkan it was uti. Malam tu mmg saya dah gugel pasal uti. So salah satu tandanya adalah abdomen pain. Serius ianya sangat sakit. Dan saya masih sakit n mc dari 2 hari tambah lagi 2 hari, 2 hari tu amik kat klinik biasa aje sebab malas dah nak g pantai semata2 nak amik mc. Alhamdulillah lepas makan antibiotik n minum air dengan sangat banyak perut saya sudah pulih.

Oh ya bil yang saya terpaksa bayar adalah RM720.20!!! Waktu ini sangat menyesal kerana tak respon kepada proposal insurans kesihatan yg diberi kawan papa. Tapi tiadalah gunanya lagi kan. Maka bayar sajalah.

Namun begitu moral dari kejadian ini ialah pergilah kepada yang betul2 pakar jika sakit n tak tahu puncanya. Syukur biarpun saya habiskan sejumlah wang yang besar saya didiagnos dengan betul. Jika saya terus2an pergi klinik ntah apa lagi ubat yg saya terpaksa makan. Bayang kalau doc kata saya appendik bukan uti lama mana lagi saya akan sakit n infection ini agaknya dah boleh attack buah pinggang saya. Nauzubillah.

Moralnya lagi ialah amiklah insurans kesihatan. Ye saya sudah email kembali kawan papa n minta dia bagi semula proposal insurans itu untuk saya teliti, hari tu saya terlalu sibuk n biarkan saja proposal dalam inbox yahoo. Skali cari tak jumpa sudah. Sebab papa n maryam dah ada maka saya minta dia proposed untuk yusuf sekali. Kali ini saya tak mahu pisang berbuah dua kali.

Benar setiap ujian Allah itu ada hikmahnya...syukur.
Published with Blogger-droid v1.7.4

8.9.11

Sumber Inspirasi Susu Ibu

Nampak gambar budak ni? Budak ni namanya Faiq Rafael Amsyar, umur baru 8 bulan dan beratnya 11kg! Berat yang sama dengan berat Maryam di usia 3 tahun! Saya tengok dia pun letih tau.

Sebenarnya dah jadi kebiasaan papa ajak saya beraya rumah kawannya di keratong kalau kami dalam perjalanan kuantan - Melaka. Dah lama tak jumpa sebab last jumpa kawan papa ni takde anak pun lagi.

So masa sampai tu nampak mak dia dukung si rafael ni mmg dalam hati saya terdetik budak ni mesti minum susu ibu. Badannya sangat gebus ok. Geram mak tgk. Dah la bila buat muzik tergedik2 dia menari. Memang geram sangat2 tgk dia.

Bila dah borak2 memang sahlah si rafael ni hisap susu ibu sepenuhnya. Badannya mmg tegap, seketak2 Yusuf, Rafael lagi la berketak2. Kalau tgk mmg la rasa kagum dengan kesan susu ibu sementelah pula ayah rafael kata rafael tak mau amik solid food sangat, mmg suka minum susu sampaikan ayah dia tanya doktor takpe tak anak dia tak nak makan sangat. Hohohoho anak dia sihat walafiat begitu pun dia masih risau gila. Rileks k, susu ibu tu tetap yang terbaik.

Baik saya akan menjadikan rafael sebagai inspirasi! Hahahah pengsan la mak nak dukung Yusuf kalau 8 bulan dah 11kg. Mau kene tinggal saat g shopping, xpun duduk dalam troli supermarket aje. Kekekeke...

Oh ye masa bekalkan Yusuf dengan ebm isnin baru ni mama letak 3oz setiap botol, skali nenek kata 3oz x cukup untuk satu sesi penyusuan, kene letak 4oz. Biaq betui Yusuf Imran, hang betui2 nak jadi abg rafael ka? Tapi xpelah janji Yusuf minum, stok biar mama yang usahakan, InsyaAllah bisa diatur.

Masih mencongak2 berapa botol mama kena bekalkan untuk Yusuf sehari. Kalau 5 botol maka total sehari mama kena sediakan 20oz.tapi rasanya 6 botol lebih selamat. Harap2 semuanya ok sahaja.

Oklah nak tido sudah. Anak2 sudah lelap, papa juga. Nite semua!
Published with Blogger-droid v1.7.4

7.9.11

~~ Selamat Hari Raya! ~~

Inilah gambar terbaik kami dihari raya yang ada dalam tab saya. :-P

Buat semua teman dan rakan taulan kami sekeluarga mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Ampun maaf kami pinta.

Rumah terbuka kami masih tak tahu lagi akan diadakan atau tidak disebabkan kesihatan saya yang tidak menentu ini. InsyaAllah kalau kesihatan saya mengizinkan dan mil juga baik2 saja anda semua akan menerima jemputan saya. InsyaAllah.

Selamat beraya semua!
Published with Blogger-droid v1.7.4