18.2.11

Dia Bukan Maryam...

Hahahahahah gediknya tajuk...jangan la marah, saja teringat cerita kat tv sembilan tuh, Maryam mesti pandang mama kalau terdengar kat tv sebut tajuk cerita tu, macam la nama dia seorang aje Maryam kan? Tapi pastinya dialah seorang buah hati pengarang jantung mama.

Ok seperti yang saya janji saya nak cerita pasal sesi scan baby. Oh i like. Scan pertama percuma aje kat klinik kerajaan. Tapi sayang penat aje ditemani papa n Maryam tapi mereka takleh masuk, jadi kuranglah excited disitu. Doktor yang buat scan tu doktor perempuan melayu islam, so saya bersyukur di dalam hati. Yelah sudahlah diselak keparas tertentu, malulah saya kalau lelaki yang selak kan.

Oh saya diminggu ke 18 waktu itu, kalau bernasib baik bolehlah tau jantina baby kan, entah kenapa saya rasa saya mengandungkan seorang jelitawan, kekekkekekeke jadi saya memang sudah bersedia tuk dengar doc kata anak saya seorang perempuan. Hohohohoho mungkin saya tak nak terlalu berharap.

Sekali kau doc cakap 'oh ada bird'

Saya blur aje tengok screen, dalam otak congak2 'apa maksud bird, oh burung, oh lelaki?' Tapi tiada excited disitu sebab saya tak expect tuk dengar ayat itu.

Doc tu keliling2 lagi perut saya, Alhamdulillah doc kata semua sempurna. Syukur. Pastu dia kata lagi 'tu bird dia, dah terjulur keluar pun'...oh apalah doc ni cakaplah sopan skit, kalau cakap 'projected out' tu rasa best skit, ni cakap terjulur plak, malu anak teruna I okeh. Dan2 pastu dia nak tengok muka anak saya tapi tak dapat sebab baby lari2 n menundukkan mukanya. Hohohohoho sangat malulah dia ok. Doc kata semua nampak ok kecuali placenta saya rendah tapi takpe awal lagi, nanti bulan 4 scan sekali lagi tuk pastikan placenta dah ok, kene make sure tak kencing before scan...ok doc jumpa bulan 4!

Beberapa hari kemudian kerana tidak sihat saya ditemani papa dan Maryam pergi klinik tuk amik ubat saya. Kami pergi klinik yang dulunya buat check-up MJ, saya suka pergi situ sebab doc nya adalah melayu beragama islam dan seorang wanita. Hehehehehe, saya dah cakap ngan papa nak scan sekali lagi sebab nak bagi Maryam tengok adik. Papa kata tak perlu tapi saya kata tengoklah camne.

Bila dah sampai, doc tu dengan peramahnya menegur Maryam, dia kata Maryam dah besar, sejak bila agaknya dia membesar. Hahahahah terlebih peramah plak doc ni, saya mintaklah ubat yang boleh makan sebab saya mengandung. Doc bagi ubat selsema, batuk n antibiotik. Dia tanya2 pasal kandungan n saya pun tanya boleh tak saya nak scan, doc kata ok boleh n suh saya baring.

Bila doc nak scan dia kata awal lagi maybe tak nampak jantina baby, saya diam aje sebab dah tau nampak kan. So dia pun jalankan tugas dia scan, tetiba...

"Eh, eh dah nampak la, it's a boy!!!!" gila excited ko doc tu. Aku senyum aje, papa n Maryam kat belakang, doc sibuk kata boy, Maryam lak cakap kat papa "Papa nampak tak telinga adik tu?" Hahahahahaha doc pun gelak dengar Maryam cakap. Haih Maryam ni memang menggoda mama.

Pastu doc check2 la panjang n apa segala. Yang best doc ni pun sama aje, check 'bird' baby banyak2 kali...kali ketiga doc kata "soheh la anak awak lelaki"...Hehehehehe Alhamdulillah, syukur atas kasih sayang Allah ini. Cuma sedikit rasa kelakar sebab kedua2 doc ini sangat teruja dengan kelakian anak saya ini. Saya? fuh tak sia2 study ok. Papa? Dia tak perlu cakap, dari reaksi dia waktu saya cakap kat 1st scan yang anaknya akan memacak rambut sepertinya, menemannya bermain bola dan ps2, saya tahu dia sangat lebih teruja dari sesiapapun, nampak dia macam nak melompat masa tu. Elleh sekilas ikan di air kan....hahahahahhahahaha.

Maryam? Dia akan jadi kakak terbaik, itu pasti. Sungguh tak sabar menanti saat kelahiran, menyusukan, mengepam dan mencium bau baby...rutin yang saya paling suka dan rindui. Moga Allah memudahkan segalanya. Amin.

Dia bukan Maryam...namun apapun yang Allah janjikan untuk kami, kami terima seadanya. Mama cuma minta segalanya dipermudahkan sepertimana Dia telah memudahkan segala urusan mama selama ini. Terima kasih cinta, terima kasih Allah...

No comments: