9.2.11
Shuweet!
Tak tahu la dari mana tapi rasanya sebab saya selalu kata 'sweet la anak mama ni' maka yam pun dah pandai gunakannya. Bertambah2 la sweet budak yang sudah sweet ini. Itu baru 2 tahun setengah, tak tahu la sweet sour mana plak dia lepas ni.
Jujurnya permintaan yam yang minta saya bercuti lagi setelah seminggu saya menatap wajahnya 24 jam, sangat meruntun hati saya. Macam mana nak saya terangkan itulah hasrat terbesar saya. Tak mengapalah satu hari nanti yam akan faham juga. Serius saya tak tahu bagaimana dia boleh meminta permintaan sedemikian, terkedu dibuatnya.
"Bangunlah, mama nak pergi work dah ni..."
"Haaaaaa, yam tak suka mama work, yam suka mama cuti!"
"Tak boleh nanti boss mama marah"
"Ala mama cuti la lagi jaga yam"
Alahai...
Malam tadi kami borak2, rutin biasa sebelum tido.
"Nanti bila adik dah lahir, mama cuti, cuti, cuti, cuti, cuti......cuti....cuti, cuti!"
"Yeaaaaaaaaaa, shuweet la mama ni!"
Terus saya gelak, kang kalau usik mama cuti lama nak jaga adik bukan yam, mahu dia meraung malam2, takleh kecik ati sikit, sensitif bab2 mama tak sayang dia. Pandai plak kata mama sweet.
"Kalau adik dah lahir nanti, yam pun boleh g skolah dah"
"Balik kolah yam buleh jaga adik kan? Mama amik la yam balik kolah"
"Ye mama amik, kalau mama tak amik, papa amik la, takpun atuk amik, boleh?"
"Shuweet kan atukyam? Papa pun shuweet"
Kekekekekeke, suka hati awak la Maryam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
haih yam..ada2 je dia..petah sungguh
Ila, kadang2 I ngan masitah malas gila nak layan dia, tanyalah la masitah dia suka sangat cari gaduh ngan masitah...
Post a Comment