Hari ni mud tonggang terbalik sikit. Mungkin penat balik kampung tak habis lagi. Yelah saya teruja menonton bola di saluran astro yang telah ditambah hebat dengan Byond HD, buatkan tv flat screen mak nampak sangat hebat ditonton. Sebab memang teruja menonton England, maka berkampunglah di depan tv, lagipun bilik pun tonggang terbalik sebab mak buat renovasi bumbung rumah. Sib baik MJ ok jek tido depan TV dengan Papa n mamanya yang teruja menonton bola. Hahahahah sampai minit ke-60 saya migrain, dah la kecewa dengan persembahan ala kadar Rooney, migrain lak tu. Terus saya makan panadol dan tido. Sangat kecewa ok.
Ok bukan itu cerita utama yang saya nak cerita. Cerita utama adalah tentang renovasi yang dilakukan mak terhadap rumah kami. Minggu lepas mak ada menelefon bercerita dengan keterujaan yang jelas mengenai perkembangan renovasi. Mak sangat gembira, mungkin ceria yang sungguh selepas pemergian Abah. Ini adalah impian mak bersama Abah, sudah lama mak dan arwah abah ingin menaikkan bumbung. Tak sangka impian ini tercapai hanya selepas Abah pergi.
Kata mak, mak perlukan sedikit lagi wang. Dan mak meminta saya menghulur bantuan. Ikhlas saya katakan pada mak saya memang tiada wang sebanyak itu, tidaklah banyak mana tapi sekarang saya memang kembali tidak stabil selepas kereta kesayangan saya buat hal beberapa bulan lepas. Namun kata mak dia hanya ingin pinjam dan minta saya usahakan. Saya serba salah kerana selama ini saya memang tidak pernah berkata tidak jika saya ada wang.
Kerana teruja dengan renovasi dan sang suami juga cuti maka kami pulanglah ke kampung. Muka mak sangat berseri dan teruja setiap kali bercerita, sana-sini jiran2 bertanya tentang renovasi tersebut. Mak sangat gembira dan itu meruntun hati saya. Untuk berkata tidak kepada mak adalah mustahil untuk saya lakukan. Apalah sangat jumlah yang diminta itu berbanding senyuman bahagia yang terukir di bibir wanita yang telah bertahun2 cuba untuk berkata tidak kepada semua permintaan anak2nya? Saya tak sanggup menghampakan permintaannya. Saya hanya ada dia untuk berbakti sementelah abah sudah pergi.
Saya tahu saya harus berusaha untuk membahagiakannya. Dan saya akan usahakan. Moga mak akan senyum hujung bulan nanti. Tunggu ye mak, nanti saya bagi mak duitnya. Moga Allah memudahkan urusan saya. Amin.
No comments:
Post a Comment