21.6.10

5 Stars Dads & The Surprise Party

Hoorey...akhirnya berjaya juga mengejutkan papa2 dan bakal2 papa dengan party yang tak seberapa ini. Walaupun plan asal terpaksa diubah kerna kesibukan seorang saya, Alhamdulillah dalam renyai2 hujan sepoi2 reti bahasa membelahlah 2 orang ibu bersama anak gadis mereka ke pelusuk Bangsar sehingga ke Brickfield untuk mencari hidangan parti mengejut untuk suami2 tersayang. Walaupun sedikit kecoh kerana tiada sang suami bersama untuk mengawal kelasakan 2 orang anak gadis kecil maka terjerit2 la 2 orang mak2 yang masih bersungguh mahu mengejutkan para bapa *maaf gambar tak dapat disiarkan kerana terlalu 18sx*

Plan asal saya nak ajak kawan2 saya ini pergi bermandi manda tetapi sebab suami saya sendiri tak bercuti pada hari bapa itu maka terpaksalah saya sendiri membatalkan niat basah saya itu. Hahahahahaha, makanya melalui mesej di facebook kami kaum ibu merancanglah untuk mengadakan parti kejutan yang tak berapa mengejut ini. Semuanya kerana kami tak mahulah dikutuk seperti kami sendiri mengutuk kaum2 bapa yang tidak mengadakan langsung parti untuk meraikan kaum ibu dihari ibu, jangan kata mengejut, ucapan pun ingat2 lupa,. Dush kaum bapa sebanyak sekali sorang. Harapan kami muga2 dengan parti kejutan ini kaum2 bapa akan terkejut lalu terharu dan teruslah tersemadi ingatan mereka agar mengejutkan kami di hari2 ibu yang akan datang. * Berangan lah!*

Kami semua ada 5 pasangan, 3 darinya sudah ada anak sorang, 2 lagi anak masih dalam perut. Hehehehehe maka sesuai sangatlahkan untuk mengadakan majlis ini untuk menghargai bapa2 sekalian alam. Mula saya ngan Elly nak masak tapi seperti saya katakan tadi saya sibuk, kalau saya takde macam mana nak masak, sebab diorang ni semua mana reti masak. Hahahahah tipu ajelah, saya kenalah ada sebab saya ni mastermind dan rumah saya adalah venue tetap acara apa sekalipun. Hahahahahaha. Maka sebab tak jadi masak *plan asal nak steamboat ajepun* maka saya dan Elly memutuskan untuk beli KFC sahaja beserta menu wajib iaitu Kek dari kedai resepi rahsia.

Dan di maghrib hari saya dan Elly pergilah membeli KFC di Brickfields dan kek di Bangsar. Sebab kami memang gedik2 over maka kami makan kek sepotong sorang masa tunggu adik kedai tu hias kek *sebenarnya Elly yang gedik, bukan saya*

Maka pada jam 9 malam tibalah semua para jemputan. Terima Kasih pada Puan Atie yang bawa puding lazat bangat *yam pun suko*. Dan terima kasihlah juga kepada mereka yang berdolak dalik terhadap suami agar datang kerumah saya. Oh dan yang best semua hadirin pakai warna baju warna hitam *lagi sekali Elly jek gedik tak mahu tukar baju, dia nak jadi ketua kelas pakai baju merah, wek wek*

Dan kejutan berjayalah sebab mereka tak tahu ada kek untuk mereka gitu. Sebab Malaysia melabelkan ayah2 di Malaysia dengan lima bintang maka ambiklah ye bapak2 semua lima bintang. Jangan lupa tahun depan parti mak2 pula.

Selamat Hari Ayah, Abah, Papa, Bapak. Walau apapun panggilannya merekalah yang mencorak kita. Semoga Allah menjadikan kamu semua ayah yang terhebat dunia dan akhirat. Amin.


Kek untuk bapak2 terhebat *tapi bapak2 tak makan pun, silap pilih selera mak2...*


Bapak2 terhebat yang diraikan *muka Encik Menon (2 dari kiri)terharu siot, hahahaha*

No comments: