28.6.10

Sejuk+Boring=Merepek.



Arini rasa boring lak kat opis, selain rasa sejuk yang gila menyucuk jari jemariku yang tidak berstongan disamping kakiku yang tidak berstokin. Haih gila apakah mereka yang bermata sepet ini tidak merasakan kesejukan yang hampir membekukan tanganku ini. Mujurlah otakku ini dilindungi tengkorakku, jika tidak pastilah ia membeku dan aku tak mampu berfikir2an lagi walaupun ia telah hampir2 membekukan aku, terbuktilah dengan bahasaku yang tonggang langgang ini. Huhuhuhuhuhu...

Sangat teruja ingin membuat party Maryam yang akan menyambut besdaynya hujung bulan hadapan. Tapi masih belum dapat menetapkan tarikh dan masih workout something for that day. Yang pasti majlis kali ini ingin diadakan agar ia penuh makna buat Maryam. Kalau pun dia tak bisa mengingati harapnya dengan gambar2, blog ini, blog dirinya dan juga catatan peristiwa di majlisnya nanti akan membuatkan dia berasa gembira dan terharu dengan kegilaan mamanya ini. Moga2...

Mungkin majlis ini akan berlangsung beberapa hari sebelum tibanya Ramadhan. InsyaAllah...

21.6.10

5 Stars Dads & The Surprise Party

Hoorey...akhirnya berjaya juga mengejutkan papa2 dan bakal2 papa dengan party yang tak seberapa ini. Walaupun plan asal terpaksa diubah kerna kesibukan seorang saya, Alhamdulillah dalam renyai2 hujan sepoi2 reti bahasa membelahlah 2 orang ibu bersama anak gadis mereka ke pelusuk Bangsar sehingga ke Brickfield untuk mencari hidangan parti mengejut untuk suami2 tersayang. Walaupun sedikit kecoh kerana tiada sang suami bersama untuk mengawal kelasakan 2 orang anak gadis kecil maka terjerit2 la 2 orang mak2 yang masih bersungguh mahu mengejutkan para bapa *maaf gambar tak dapat disiarkan kerana terlalu 18sx*

Plan asal saya nak ajak kawan2 saya ini pergi bermandi manda tetapi sebab suami saya sendiri tak bercuti pada hari bapa itu maka terpaksalah saya sendiri membatalkan niat basah saya itu. Hahahahahaha, makanya melalui mesej di facebook kami kaum ibu merancanglah untuk mengadakan parti kejutan yang tak berapa mengejut ini. Semuanya kerana kami tak mahulah dikutuk seperti kami sendiri mengutuk kaum2 bapa yang tidak mengadakan langsung parti untuk meraikan kaum ibu dihari ibu, jangan kata mengejut, ucapan pun ingat2 lupa,. Dush kaum bapa sebanyak sekali sorang. Harapan kami muga2 dengan parti kejutan ini kaum2 bapa akan terkejut lalu terharu dan teruslah tersemadi ingatan mereka agar mengejutkan kami di hari2 ibu yang akan datang. * Berangan lah!*

Kami semua ada 5 pasangan, 3 darinya sudah ada anak sorang, 2 lagi anak masih dalam perut. Hehehehehe maka sesuai sangatlahkan untuk mengadakan majlis ini untuk menghargai bapa2 sekalian alam. Mula saya ngan Elly nak masak tapi seperti saya katakan tadi saya sibuk, kalau saya takde macam mana nak masak, sebab diorang ni semua mana reti masak. Hahahahah tipu ajelah, saya kenalah ada sebab saya ni mastermind dan rumah saya adalah venue tetap acara apa sekalipun. Hahahahahaha. Maka sebab tak jadi masak *plan asal nak steamboat ajepun* maka saya dan Elly memutuskan untuk beli KFC sahaja beserta menu wajib iaitu Kek dari kedai resepi rahsia.

Dan di maghrib hari saya dan Elly pergilah membeli KFC di Brickfields dan kek di Bangsar. Sebab kami memang gedik2 over maka kami makan kek sepotong sorang masa tunggu adik kedai tu hias kek *sebenarnya Elly yang gedik, bukan saya*

Maka pada jam 9 malam tibalah semua para jemputan. Terima Kasih pada Puan Atie yang bawa puding lazat bangat *yam pun suko*. Dan terima kasihlah juga kepada mereka yang berdolak dalik terhadap suami agar datang kerumah saya. Oh dan yang best semua hadirin pakai warna baju warna hitam *lagi sekali Elly jek gedik tak mahu tukar baju, dia nak jadi ketua kelas pakai baju merah, wek wek*

Dan kejutan berjayalah sebab mereka tak tahu ada kek untuk mereka gitu. Sebab Malaysia melabelkan ayah2 di Malaysia dengan lima bintang maka ambiklah ye bapak2 semua lima bintang. Jangan lupa tahun depan parti mak2 pula.

Selamat Hari Ayah, Abah, Papa, Bapak. Walau apapun panggilannya merekalah yang mencorak kita. Semoga Allah menjadikan kamu semua ayah yang terhebat dunia dan akhirat. Amin.


Kek untuk bapak2 terhebat *tapi bapak2 tak makan pun, silap pilih selera mak2...*


Bapak2 terhebat yang diraikan *muka Encik Menon (2 dari kiri)terharu siot, hahahaha*

14.6.10

Saya anak dan ini tanggungjawab saya kan?

Hari ni mud tonggang terbalik sikit. Mungkin penat balik kampung tak habis lagi. Yelah saya teruja menonton bola di saluran astro yang telah ditambah hebat dengan Byond HD, buatkan tv flat screen mak nampak sangat hebat ditonton. Sebab memang teruja menonton England, maka berkampunglah di depan tv, lagipun bilik pun tonggang terbalik sebab mak buat renovasi bumbung rumah. Sib baik MJ ok jek tido depan TV dengan Papa n mamanya yang teruja menonton bola. Hahahahah sampai minit ke-60 saya migrain, dah la kecewa dengan persembahan ala kadar Rooney, migrain lak tu. Terus saya makan panadol dan tido. Sangat kecewa ok.

Ok bukan itu cerita utama yang saya nak cerita. Cerita utama adalah tentang renovasi yang dilakukan mak terhadap rumah kami. Minggu lepas mak ada menelefon bercerita dengan keterujaan yang jelas mengenai perkembangan renovasi. Mak sangat gembira, mungkin ceria yang sungguh selepas pemergian Abah. Ini adalah impian mak bersama Abah, sudah lama mak dan arwah abah ingin menaikkan bumbung. Tak sangka impian ini tercapai hanya selepas Abah pergi.

Kata mak, mak perlukan sedikit lagi wang. Dan mak meminta saya menghulur bantuan. Ikhlas saya katakan pada mak saya memang tiada wang sebanyak itu, tidaklah banyak mana tapi sekarang saya memang kembali tidak stabil selepas kereta kesayangan saya buat hal beberapa bulan lepas. Namun kata mak dia hanya ingin pinjam dan minta saya usahakan. Saya serba salah kerana selama ini saya memang tidak pernah berkata tidak jika saya ada wang.

Kerana teruja dengan renovasi dan sang suami juga cuti maka kami pulanglah ke kampung. Muka mak sangat berseri dan teruja setiap kali bercerita, sana-sini jiran2 bertanya tentang renovasi tersebut. Mak sangat gembira dan itu meruntun hati saya. Untuk berkata tidak kepada mak adalah mustahil untuk saya lakukan. Apalah sangat jumlah yang diminta itu berbanding senyuman bahagia yang terukir di bibir wanita yang telah bertahun2 cuba untuk berkata tidak kepada semua permintaan anak2nya? Saya tak sanggup menghampakan permintaannya. Saya hanya ada dia untuk berbakti sementelah abah sudah pergi.

Saya tahu saya harus berusaha untuk membahagiakannya. Dan saya akan usahakan. Moga mak akan senyum hujung bulan nanti. Tunggu ye mak, nanti saya bagi mak duitnya. Moga Allah memudahkan urusan saya. Amin.

9.6.10

Cair la camni...

Kejadian ini berlaku malam tadi. Saya tengah gosok baju, MJ sedang main atas katil bujang di sebelah saya, kami dalam bilik kedua. Dia main lompat2. Achik dan Zeti (Anak makcik saya yang selalu tolong jaga MJ which we called them as MJ's Dayang) tengah tengok TV.

Tiba-tiba Achik masuk bertanya sesuatu.

Achik : Kak Ujie, bla, bla, bla *saya tak ingat dia tanya apa*

Saya : Bla, bla, bla *pun tak ingat saya jawab apa*

Lalu Achik keluar.

Tiba-tiba...

MJ : Ujie, Ujie...nak atuh ni!

Saya : Hah???! Apa kau panggil mama? Mana boleh panggil mama Ujie...

MJ : Ojiah, Ojiah... *sambil senyum main2kan saya*

Saya : Hey lagilah tak boleh panggil mama macam tu!

MJ : Mama, mama...

Haih...macam manalah saya tak cair, nak marah pun tak jadi.

Syukurlah dengan kurniaan Ilahi ini. Wink

Alhamdulillah.

Alhamdulillah kerana dengan izinNya :-
i) Keputusan untuk menukar tempat kerja nampaknya adalah betul dan lebih baik
ii) Mak mertua sudah selamat pulang dari menunaikan umrah
iii) Kakak saya sudah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang tampan *hahahahaha*
iv) Mak saya reno bumbung rumah di kampung *buat saya tak keruan nak balik kampung*
v) MJ makin petah bercakap dan semakin adorable *oh saya memang tak boleh berhenti bercerita tentang beliau ~ ampuni saya*
iv) Kehidupan saya ini memang harus saya syukuri ~ sederhana namun melimpah dengan kasih sayang.

Kesimpulan : Setiap apa yang ada harus disyukuri. Jangan lupa mengingatiNya dan memohon dariNya sentiasa. Kita lupa padaNya namun Dia takkan pernah terlupa memerhati kita.

3.6.10

I datang, I Tengok, I Belum Takluk...

Ok.

Semuanya ok-ok sahaja.

Tiada rasa bosan atau perasaan nak berhenti kerja dihari pertama bekerja.

Alhamdulillah Allah memudahkan segala untuk saya. Segalanya berjalan sangat lancar.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi.

Sebelum ni sangat risau pasal parking, tempat solat dan tempat makan. Tiga perkara ini melebihi kerisauan saya tentang tempat kerja dan penerimaan saya serta kebolehsesuaian saya dengan ofis baru. Tapi dari awal selain gaji saya memang pilih ofis ni sebab persekitarannya yang tak banyak beza dengan ofis lama. Well memang tiada rasa kekok dan rasa biasa saja, tak rasa macam budak baru pun. Mungkin hampir 6 tahun di kompeni lama tu dah jadikan saya imun, cara mereka2 yang bermata sepet kerja saya dah biasa, masa kerja memang mereka serius atau pretend serius bekerja. Dan saya memang tidak terganggu dengan airmuka mereka yang serius.

Ok mari cerita pasal parking. Oh dekat area Plaza Mont Kiara ni parking memang full untuk seasonal parking dan sangatlah terhad dan saya terpaksa tunggu untuk mendapatkan parking, senang cerita saya dalam waiting list tapi wallahualam tak tahu la bila list itu akan menempatkan nama saya. Namun saya tak kisahlah kan sebab gaji saya including parking cost. Sebab area PMK ni tiada parking jadi saya pun mengikut la teman2 seofis lain parking di area Sri Hartamas yang memerlukan saya berjalan lebih kurang 5 minit tuk sampai ofis. Parkingnya RM3 untuk satu hari. Not bad at all. Bolehlah saya berjalan untuk kesihatan. Hahahaha rasanya macam perlu aje pakai running shoe saya itu. Kikikiki...

Ok bercerita tentang surau dan tempat sembahyang. Alhamdulillah kerisauan selama ini nampaknya dimudahkan Allah. Bercakap jujur ofis saya memang tiada tempat solat tapi ini telah diberitahu masa saya ditemuduga tetapi si penemuduga yang bermata sepet itu harus saya ucapkan terima kasih sebab concern pasal kewajipan saya selaku muslim untuk bersolat. Kata beliau ada surau tapi di blok sebelah. So 1st day waktu lunch saya tanya kakak yang beratur sama saya kat sebuah cafe kat mana surau. Alhamdulillah surau tu atas cafe tu aje. Tak jauh pun dari ofis saya cuma saya perlu ke blok sebelah untuk bersolat. Yang penting di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kalau nak buat susah mana sekalipun kita akan buat dan kalau memang tak nak buat, sejadah depan mata pun kita takkan buat. Moralnya janganlah jadikan ofis tak provide surau atau tempat solat sebagai isu. *saya kata macam ni sebab ada kawan saya yang menjadikannya isu ~ konon tak dapat kerja pasal dia tak nak sebab ofis tu tak provide tempat solat padahal mmg orang tak nak amik dia*

Pasal tempat makan? Hey ini Plaza Mont Kiara la, banyak jek tempat makan tapi restoren & cafe la kan. Hahahhahahaha so kene makan tempat orang2 ada2 la. Kikikiki takde maknenya, ada jek cafe yang harganya boleh la, takde la cekik darah merah sangat. Mc D pun ada tapi takde makne la pada saya kan, dah takleh masuk sangat menu2 mc D dalam tekak ni, bukan la sebab suami saya kerja Mc D hari2 leh makan free tapi dulu masa part time saya memang dah puas makan. kadang2 boleh la telan.

Oh, oh apa yang saya rasa tak best kat opis baru? Heheheheh semua orang pakai flat screen termasuk saya dan ada internet access *tak mcm opis lama saya pakai tebal screen dan tiada internet access hahahhahahah* - jadi saya rasa best la. Saya juga ada email kompeni sendiri, dulu kompeni lama saya takde email kompeni - kesiannye....hahahahhaha. Oh yang tak best lokasi meja saya itu la. sangat tak strategik n boleh kantoi bila2 masa saja. Ceh! harap2 dapat tukar tempat nanti. Nanti ada masa saya letak gambar k. Dan yang tak best juga budak2 opis ni mmg selalu buat call n cakap kuat2, ada sorang tu saya rasa dia sangat annoying, dia buat call sepanjang masa dan sebahagian darinya adalah saya rasa call2 peribadi, bercakap dengan nada kuat, gelak juga kuat dengan pelbagai tone yang memang saya tak boleh terima dan kadang2 keluar 'ala yang...'OMG! Dan kalau dia tak on phone dia akan pakai earphones dengar lagu n menyanyi juga dengan tone yang kau pun boleh dengar dan dia memang nak kau dengar macam kau ni juri akedemi fantasia 9. Saya tak tahu la budak depan dan sebelah dan belakang dia rasa macam mana. Dan dia juga jenis happy excited sepanjang masa n the worst part ialah dia tak cuba bemesra dengan saya pun. takpelah saya juga perlukan masa nak sesuaikan diri saya dengan tone2 dia itu. Hahahahahaha...oh lagi satu saya juga tak paham kenapa bila nak dial no phone dia akan guna loud tone yang kau boleh dengar nada dailnya. OMG sekali lagi.

Itulah aje kot buat masa ini. Lain kali saya update lagi.

Buat masa ni saya rasa saya telah membuat pilihan yang baik. Terbaik harapnya.

Bye!

1.6.10

A new day, a new start...

Just reached my new office. Nothing much to say just a lot of prayers that this is my best choice to start back my carier, may Allah ease it all through the end.

Hopefully I will be good and MJ will play safe and happily at home with her papa. Thanks papa for helping mama taking care of that sweet girl! Will miss her so damn much!

Ok will update later. Need to punch in!

Bye!