26.10.09

Aku cuma minta selimut...

Balik kampung aku minta mak selimut sebab mak memang banyak selimut. Aku minta sebab aku nampak mak ada beli selimut baru. Ala selimut ni kalau kat kampung mak-mak kita mesti ada punya. Saje la mintak kan...

Aku : Mak nak selimut satu...
Mak masuk bilik di mana aku tengah kemas2 beg nak balik KL.
Mak : Mana? Nih? Oh ni tak boleh, ni mak beli sebagai persediaan, dah banyak dah contoh...
Aku : Ala mak ni...
Mak : Iye, Yah mati dulu jek mak tak bagi kain, last2 mak ilah yang balik amik selimut n bagi tutup arwah
Aku diam sambil kemas beg lagi.
Mak : Dah banyak yang pergi, bila cari kain semua takde, kain sembahyang pun jenuh mencari. Ini kain selimutnya, ini kain batik lepasnya. Mak letak sini, korang pandai2 la carik nanti...

Ala benci la mak ni.

Horror kan?

Moga Allah memanjangkan usia mak dan abah dengan mengurniakan kesihatan yang baik kepada mereka. Anak2 berbaktilah sementara mereka masih ada...

21.10.09

I'm accidently pregnant...

Oh no! Oh bukan tidak saya tak suka saya pregnant...tapi oh tidak saya tidak pregnant ok! Maaf buat anda berdebar2 pula...hehehehe. Tapi apa pandangan, pendapat atau perspektif anda dengan tajuk diatas. Oh oklah2 berbahasa seperti channel rtm pula. Ok mari ke channel astro ceria pula ok.
Benci tak kalau dengar orang yang pregnant kata dia tak sengaja terpregnant atau terlajak atau teraccident? Benci kan...eiiii benci sungguh saya rasa. biasa kalau orang accident mati tau, kenapa lak nak klasifikasi mengandung itu satu accident? Paham tak maksud saya. Dah la diklasifikasi begitu kemudian war2kan kepada org ramai pula. Bongeks kan.
Kalau betul anda tak plan tuk mengandung, ambillah langkah2 yang sewajarnya. Tak nak mengandung tapi tak ambil langkah2 proteksi atau cakap jek tak nak tapi langkah memprotek tak tahu-ini lebih kurang ajak orang gaduh tapi awak silat pun tak pandai. Atau jika benar anda terpregnant tanpa diduga – don’t ever ever said it was accidently happen. Say nothing ok. Just live the pregnancy moments happily. Kalau ko terjatuh cinta sedap gak dengar, ni termengandung macam bongeks jek kedengaran.
Oh sori kalau korang kaget ngan tajuk di atas – aku belum teraccidently – kalau ada pun aku takkan kata ianya accident. Dalam hati aku mahu ok – zuriat aku takkan aku sanggup kata ianya accidently happen – takkanla sperm tu memandu sendiri lalu terlanggar ovum yang sedang berenang gaya bebas secara solo lagi bergaya itu. Serius jangan kata depan aku ianya accident! Tak pernah ada orang yang accident berperasaan gembira dan tak cedera. Jadi bila kata accident seperti ko tak maraikan dan tak merelakan kehadiran baby itu. So kalau korang teraccident jangan cakap depan aku begitu – aku rasa ianya biadap.


17.10.09

Papadom with Papayam...

It has been 2 years since our last movie. At last Papadom break that record. Our last movie was The Dark Knight-2 days before i safely delivered Maryam. Lama eh? Hahahah terlalu busy membesarkan Maryam mungkin.
Komen? Saya ketawa dan menangis sama banyak. Macam biasa lawak aflin menjadi walau adakala seperti tak logik dan over-tapi masih boleh diterima oleh saya. Oh maaf kalau saya teremosi lebih ok tapi kenyataannya walau maryam tak ikut terlalu banyak mengingatkan saya padanya. Jangan tak tahu maryam ada patung mr bean sebijik macam miasara ada. patung maryam siap ada nama iaitu 'beanbean'. Saya teremosi kerana hal2 family memang saya mudah nak tersentuh ok. Hahahha maaf airmata saya berjurai2 masa papadom kata dia hanya ada miasara. Oh mungkin saya jadi terlebih emo sebab saya juga dah ada anak kan?
Watak paling saya suka?Hahahahah saya suka kemunculan mak mia iaitu Nurkhairiah - hikhik cumel bangat gitu. Dia muncul lengkap ngan kostum setiap suasana tu yang takjub skit tu. Que haidar lagi la tak boleh blah - wajib tayang sungguh. Oh dan saya rasa vanidah imran itu sangatlah makin cantik sekarang. Hisham Hashim - oh tolonglah kenapalah farid kamil tu slalu pegang watak mamat yang kononnya hensem? Scha? Oh lakonannya tak membanggakan saya. Chelsia minah sepet ni saya memang suka lakonan dia-bersahaja. Oh saper lagi-oh oh cik shukor? hakhakhak saya suka-saya suka. Ala lupa lak watak saadom-sama jek seperti aflin dalam filem2 dia yang lain.
Oh saya menonton filem ini bersama papayam-terima kasih la papa sebab belanja. Terima kasih jugak sebab papa tak pernah lupa tolong mama jaga maryam. Papalah orang paling mama percaya tuk jaga maryam selain nenek maryam. Tapi ingat pa, janganlah jadi saadom yek- biasa2 jeklah jaga maryam. Semoga kita berdua panjang umur tuk terus beri perlindungan pada anak2 kita. Amin. Oh silalah menonton filem ini ok. Aflin teruslah berkarya....