7.4.09

Weak-end (Part 2)

Wekend lepas kami pulang ke Kuantan lagi...Yeayyyyy!!!thanks to hubby sebab mencutikan dirinya di sabtu itu. Jadi sebab hubby keje pagi dpatlah kami balik malam jumaat tu. Yeay sekali lagi. Tapi sebab Maryam demam lagi jadi sedikit risau untuk meneruskan perjalanan di malam hari tambahan pula kereta kami itu terxcident lagi. Ntah malaun mana yang langgar sehingga memeresukkan bahagian atas tayar. Masa bawak kadang2 tayar bergesel ngan sebahagian yang terperesuk tu. Huh bahaya tapi tak sempat nk antar ketuk sebab nak kene gak balik tuk kenduri kazenku itu. Jadi kami meneruskan perjalanan dengan doa penuh di dada.

Hohoho ini gambar obe ateh masa kat petronas gombak. Ateh bersama kopi2 panasnya yang kelihatan hebat. Hikhik padahal rasa kopi ini tiadalah hebat manapun. Tapi saya sukalah sebab saya cakap nak minum kakak saya ni blikan. Hehehe actually saya memang suka travel ngan kakak saya ni, bukanlah sebab saya boleh pau dia makan2 n tol aje tapi kami ni memang simbiosis dari sama2 susah dulu. Jadi dah senang ni pun harapnya kami masih leh bersimbiosis. Hahaha skang ateh dah start training Maryam shopping at petronas sepanjang travel balik kampung sepertimana anak2 sedaranya yang lain. Kuikui shopagolek tul la Ateh ni.


Ni plak Maryam sepanjang perjalanan. Hehe i'm lucky sebab Maryam memang tido lepas Maghrib setiap ari. So masuk je kete dia nyusu n menidokan diri dalam pangkuan aku ini. Heheh takde maknenya carseat, mama 'kasik' duduk kat peha mama baru yam suka. Lepas dia nangis2 masa papa letak dia dalam carseat nak amik aku kat opis dulu, aku tak pernah letak dia lagi. Honestly aku memang rela memangkunya tak kiralah berapa lama pun perjalanan. rasa lebih hebat begitu. Yam tido sampai la sampai Kuantan. Bagus anak mama. Tapi siannya yam demam pagi tu.

Hahahha ini plak gambar yam kat kenduri kazen aku tu. Bleh? siots jek tak pakai baju tapi pakai skaf rambut. Kikiki masa tu badan yam panas so aku lenggengkan aje dia. selamba aku bawak g bawah khemah. tapi masa jumpa pengantin aku pakaikan la baju, kang orang kata anak aku seksi tak bertempat plak. Tapi aku takde gambar ngan pengantin sebab amik gambar guna kamera beso ateh la...lelain kali la aku taruk dalam ni yek. Heh seksi la Maryam ni nampak dada plak...



Haha sebab budak ni demam n aku takde pot nak susukan dia aku pun masuk bilik pengantin. Sib baik takde org duk dalam bilik ni, jadi semasa susu yam tido aku pun letak jek dia atas katil pengantin. Hehehe sori ye pengantin, yam mencemar duli. Moga2 ada rezeki cepatlah yam dapat kawan. hehehe...tapi kesian kat Maryam aku tak pernah tengok dia se 'weak' ini. Sepanjang perjalanan g umah kazen aku ni dia masuk kete-susu-tido...pastu duk selepek je. Aku dukung letak kepala kat bahu pun dia bleh lelap. Oh kasihan betul anakku ini. Selama 8 bulan jaga dia nilah 1st time dia bleh duk diam. Skang ni dah mula pandai merengek2 n panggil ma-ma-ma-ma...mil aku pun kata dia demam barulah aman sikit, tapi sihat skit dia dah mengemas punggah barang balik n panjat sana sini, agak2 tak larat kang dia selepek balik.

Sementara kenduri tu berlangsung sempat la kami g tengak kazan aku kat MRSM muadzam. dekat jek ngan umah pengantin. kebetulan mak long aku datang tengok anak dia, jadi dapatlah jumpa mak long aku juga. Mak teh aku pun datang kenduri ni, jadi dapatlah mak aku jumpa adik dia n kakak ipar dia...Ni rupa yam dalam pelukan empuk papa dia. Serius jek muka, demam sangat la kunun tu. Nek teh yam geram jek sebab yam tak mau ngan dia, yam nangis bila nek teh nak amik. Pastu yam senyum pun tak nak. Hahahaha sian nek teh dah la 1st time jumpa, yam tak sporting lak.

Masa nak balik kuantan dari uamh kazen aku tu kami singgah klinik kat kuantan sebab badan yam cam panas tak surut2. Masa doc check suhunya 39.3!!!! No wonder la lembik doc kata. So doc bagi ubat cucuk buntut n ubat makan. Ala cian anak mama. So doc nasihat cara2 nak cool kan suhu n dia siap suh bagi minum airsejuk peti lagi. Doc ni lucu, tau plak tu kami dari kenduri kawin. Wakakaka...
Ni gambar yam masa dah sampai kuantan. Yam sedang baca arahan kul fever camne nak redakan kepanasan yam. Hehehe sampai pejam2 mata.

Ni plak gaya demam serius yam. Masa ni dah sampai kl. Sian yam...


Ni muke senge yam pas bangun tido n makan. Banyak gak dia makan kentang lecek mama buatkan, masa kat kampung langsung dia tak mahu makan n nyusu jek. Dah berapa ari aku rasa macam gigi yam dah kuar petang tu memang aku nampak gigi bawahnya! Hohoho hopefully demamnya ni memang sebab nak tumbuh gigi...


Oh no! bukan setakat tumbuh gigi, yam tumbuh rashes sekali plak. Aku suspek yam chicken pox tapi g klinik doc kata ini rashes aje. Aduh la siannye anak mama, dah la asyik main gigi n merengek2 n tak nak makan ni tambah plak rashes...Siannye!!!


Nilah gaya selepek yam yang tak pernah kulihat sepanjang 8 bulan usianya...









No comments: