3.12.08

I just need some respect...

Alhamdulillah aku dah berjaya bagi Maryam susu badan dalam 4 bulan ni. Niat aku memang nak susukan Maryam secara eksklusif selama 6 bulan dan aku percaya semua ibu memang ada niat demikian. Alhamdulillah juga Allah mudahkan jalan aku dengan anugerahkan susu badan yang agak banyak pada aku. Cuma Maryam yang kurang menyusu bila aku pergi kerja, tak tahulah dia tak suka dengan rasa susu simpan atau tak suka dibotolkan. Kalau nak kira sedih memang sedih sebab dah banyak susu terbuang. Oh...
Tapi aku lagi sedih dan kecewa bila mil aku dah nak bagi Maryam makan biskut bila Maryam masuk 4 bulan. Even aku dah cakap banyak kali aku tak nak perkenalkan makanan pejal lagi pada Maryam nampaknya permintaan aku bak angin lalu. Susu badan merupakan anugerah Allah yang menjadi makanan paling lengkap n terbaik buat bayi jadi kenapa nak kurangkan pengambilan yang terbaik untuk tambah sesuatu yang hanya baik @ yang mungkin mudaratkan sistem tubuh bayi yang masih belum betul2 kuat?Aku tak nampak kenapa Maryam perlu makan di usia 4 bulan. Susu aku banyak n Maryam bukannya tak cukup makan atau merengek sebab lapar. Susu aku pun dia kurang minum (less then 10oz siang ari) so pada aku takde alasan konkrit tuk bagi dia makanan pejal. Bila dah amik makanan pejal nanti lagi la kurang kuantiti susu yang Maryam amik.
Secara jujurnya aku menangis masa tahu mil aku dah siap blikan Maryam biskut baby tu (Oh so emo). Nampaknya esok pagi pastilah Maryam akan makan. Aku sedih sebab aku rasa title aku sebagai ibu Maryam tak siapa respect. Pada aku (atau aku percaya mana2 ibu pun) walau siapa pun kau, hormatlah perasaan n permintaan seorang ibu. I just need some respect from my mil. Endahkanlah permintaan aku yang aku nak bagi yang terbaik buat Maryam. Maybe aku sound so emo tapi cubalah menjadi ibu yang komited cam aku, aku percaya korang akan mengerti.
So 2 december aku selaku seorang ibu dah miss melihat anaknya makan makanan pejal buat kali pertama. Mungkin pada mil aku itu tak penting tapi bagi aku itu antara saat2 yang aku nantikan. Belum hilang kecewa aku tengok Maryam hisap jari, kecewa aku bertambah jadi lara bila dapat tahu mil aku betul2 kasi Maryam makan biskut tanpa persetujuan dan kerelaan aku. Pada korang la patut tak aku kecewa? Patut kan?Sigh...

3 comments:

ummi mien said...

yeah...me too akan bengang. sebab itu ANAK KITA OK.hahaha...agree with u. my mom pon tak bagi Dania makan masa umor 4bln. org nogori mmg cenggitu ujie(maaflah pada sape2 yg org nogori, saya cakap ni pon sebab saya pon mengalami benda yang sama)even masa Dania umor seminggu pon MIL aku suggest suruh bagi susu campur nestum. WTH???!!! sebab nak bagi baby cepat kenyang jadi tak de la meragam masa pantang. nasib baik la my mom yg jaga. kalu dia jaga, aku pon jadi cam ko gak.huhu...pada aku bila jaga baby ni kita tak bole la nak short cut je. nk senangkan diri kita. kalu bagi nestum tu nampak sgt la malas nak jaga baby.muahhahaha may be ko bole slow talk ngan hubby ko. mintak dia sampaikan apa perasaan ko. kadang2 derang ni ingat jaga cucu macam jaga anak derang. of course la lain. sebab anak derang ikut campuran perangai derang. anak kita ikut campuran kita. jadi bila dah mix, tak bole la nak ikut cara dia. aku nye pemikiran macam tu la. sebab tu kalu mak aku/MIL suggest pape, aku dengar je. ada aku ikut ada aku wat bodo.

zue said...

aku pon agree ngn mien, ujie..kdg2 kene pertahankan beriye sket ur principles..huhu..psl MJ isap jari tu...tak elok sbnrnye..ko try tgk blog nana, kwn aku tu..ader die wat entry psl tu and how to avoid babies from sucking their thumb..hehe..take care!

eftie said...

Relax Sis..see thing positively, don't stress ur self...MAMA eftie