Maryam dah 4 bulan 30 November lepas. Sedar tak sedar dah 4 bulan aku bersama Maryam. Hehehe dah besar n semangat pun Maryam. Even badan dia tak ketul2 n tak chubby sangat tapi tubuh Maryam sangat la solid, pejal mejal gitu. Hohohoho...
Oh dah 4 bulan bukanlah Maryam dah pandai membaca cuma pandai menelaah je. Hebats kan Maryam kelihatan dalam gambar ni. Dia selalu usha orang tengah membaca, jadi satu hari tu aku nak baca majalah jadi berilah dia bahan bacaan dulu. Hahaha melentur buluh biar la dari rebungnya, ye dak?
Haha ini antara tabiat Maryam yang aku tak berkenan. Hopefully dia akan berentikan tabiat comel tapi kurang sesuai ini. Gambar ni aku amik di satu pagi yang hening selepas terdengar nada hisapan yang agak mengganggu emosi aku. Hohoho, masa tu syok gila dia nyonyot jari dia...Mil aku sangat suka Maryam hisap jari sebab dia kata budak hisap jari baik budaknya...hohoho tapi aku tak setuju la sebab aku tak pernah baca ada kajian yang mengatakan demikian. Ada ker?
First time Maryam berjaya meniarap tanpa bantuan ialah pada pagi 1 December tapi sayangnya bukan aku dulu yang nampak tapi fil aku. Kata fil aku dia tinggal Maryam kejap, datang balik dah tengah meniarap. Hohoho syabas anakku...
So inilah antara perkembangan Maryam apabila dia mencecah 4 bulan. Wink.
No comments:
Post a Comment