15.12.08

Hoho marilah menjawab tagged ini...kuikuikui...

First Tag- Lucky Number 7


7 ciri wanita/lelaki idaman anda
- family man type la kan...
- beriman (iman adalah mutiara...)
- baik hati (kalau busuk tak bleh tau...)
- boleh tolak ansur(tiap2 tahun tolak ansur balik raya kmpg i lagi i suka,haha)
- boleh adapt bila dibawa kemana2(susah la kalau pemalu sangat kan...)
- tall, dark n ensem(hohoho langsung takde kat Amad...heheehhe)
- boleh tolong jaga anak (hahahah Amad tengah belajar)
- ni dah lapan la...

7 wanita/lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup
- Hubby aku la...
- Mohd Azli Salleh (dia ni tak nak kat aku, jadi aku benci dah kat dia..hahahaha)
- Mamat exist (masa aku kecik la,masa lagu untukmu ibu tu)
- Rosyidi (Senior aku kat UM,tapi aku dah tak ingat dia Bin apa...hohoho)
- Zain Ruffedge (kuikuikui...sib baik aku kawin dulu dari dia)
- Bekas2 kekasih...(Hahaha,cam ramai jek)
- Fazura Gol & Gincu (Oh macam Zue gak..aku rasa dia sangat comel...)

7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati
- yeyea...
- sonoknye...
- bahagia la saya terasa...
- wow weeeee...
- jeng jeng...
- muehehe...
- alamak!...

7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda
- Mekah (Kalau diizinkan Allah...InsyaAllah)
- England (Since kecik aku bcita2 nak study kat sini...mg MJ dpt realisasi impian aku nih)
- Paris (Hoho dapat jumpa paris hilton pun ok gak...)
- Phuket n pantai2 kat Thailand
- Bandung, Jakarta, Bangkok n tempat2 shopping
- Aussie...
- Hohoho Ikea bleh???? (Serius nih!)

7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda
- PS2 or PS3 (dah janji nak bagi hubby besday dia tahun ni...kuikui)
- Jam tangan yang gila best...
- Breakfast, lunch n dinner yg dimasak oleh saya - yang amat lazat setiap hari...
- Diri saya yg tak kuat marah (muehehe...)
- Jersey MU (hohohoho, saya pun nak satu)
- Designer sunglasses
- LCD TV yg best...(hohoho harap2 hubby yang hadiahkan saya dulu)

7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan
- Maryam Jaga Kambing...(huhu lagu Mary had a little lamb versi melayu khas untuk MJ)
- Bangun pagi gosok gigi
- Lagu rama2 shasha(dari ulat jadi kepompong...)
- Lagu Gajah (Gajah berkaki empat...)
- I'm Yours by Jason Mraz
- Because u love me by Celine Dion
- lagu kartun wonder pets (hahahah,apa yg penting2, bekerjasama)
*Sori ek banyak lagu tuk MJ sebab ari2 aku duk ulang nyanyi tuk dia...

Tag 7 rakan yang anda mahu mereka buat PERIHAL 7 ini
- Mama Fahiym
- Mien (ko tak wat lagi zue suh kan)
- Ateh (dah wat kot)
- Mama Emma (sila wat ye beb)
- Ujie (ni aku la)
- Bonda Chem
- dah takde nama la...

11.12.08

Raya mud...

Salam Aidiladha buat semua. Alhamdulillah aku dapat sambut raya ini buat kesekian kalinya cuma masih tak sempat nak wat korban, maybe next year, InsyaAllah. Raya kali ni aku balik Kuantan (hehehe, yeye) n best sebab Papa Maryam dapat cuti panjang n aku selaku Mama Maryam pun sibuk la cuti panjang gak walaupun keje kat opis sangatlah berlambak. Takpe rileks k, jangan panik2, cuit je dulu...

Hehe saja nak tunjuk gambar blakang Yammito ni...heheh nilah hasil cuti2 kami. Aku memang minat baju ni lama dulu tup2 jumpa plak. Sebenarnya dah tak nak blikan yam baju sebab baju yang dia tak pakai ada lagi, yang orang bagi masa dia lahir. Baju dia pun still muat lagi. Tapi aku kata jek taknak beli tapi balik shopping mesti ada baju yam punya. Kalau baby boy pakai baju yam ni pasti lagi cun, tapi yam cun gak...heheheh nampak la kepala botak cukur dek bantal yam tu...Skali ngan baju ni ada satu lagi baju bebet(overall) ngan cardigan yang amat comels tuk yam. Huhu tak sabo nak pakaikan yam baju2 itu...
Oh ini plak aktiviti Papa Maryam 2-3 hari kat kampung...suh tengokkan yam disuruhnya yam tengok dia main games...apala papa ni. Tapi dari segi keontokkan yam tu nampak la sangat dia dah terpengaruh ngan budaya bermain games tu. Hmmm boleh jadi papa's best buddy la nanti kan. Nantilah mama blikan ps2 tuk papa n yam k...


Ni plak aksi Yam ngan nenek. Alalalala...manja la tu konon. Hmmm tapi nenek dah makin kurus n nampak tak berapa sihat kan Yam? Wish nenek moga panjang umur, murah rezeki n sihat sentiasa hendaknya. Wish could spend more time with nenek kan Yam...


Hahaha aksi majalah Mangga Yam ngan Datuk I...kuikuikui...Atuk yang berhati keras bak kata papa Yam. Actually last month Atuk menolak tuk bedah jantung atuk. Atuk tahu yam marah kan sebab penat yam balik nak amik atuk, atuk tak nak g ijn lak. Pagi tadi lak before yam balik KL yam nak antar atuk g checkup atuk lari dulu lak g sendiri. Apalah atuk Yam ni, kalau Yam tak sayang Yam rotan atuk tau...
They are getting older...wish i can spend more time with them. Once in a month wasn't enough...May Allah bless Mak n Abah...Aminnnnn....





6.12.08

Hoho...

Komen akak aku pasal entry 'i need some respect' tu wat aku senyum jek. dia kata janganlah brani sangat tulis camtu nanti hubby aku baca macam mana. hahahaha...apsal lak nak takut, of course la masa i nangis masa tau mil beli biskut tu i nangis kat dia. Kuikuikui, serba salah la laki aku tu kan, yelah bak kata dia dia kena jaga hati dua2. Sini wife sana mak...hohoho tertekan la laki aku tu pasal biskut jek. sian sian...tapi kalau nak tahu memang la hubby i tu tempat i luah segala...i boleh marah semarah2nya, n sedih sesedihnya n emo seemonya...sebab tu la saya kawin ngan dia. dia menjadikan saya diri saya yang sebenar-benarnya tak kira walau di mana saya berada.hehehehe...
Actually bila mien(mmg nama sebenar)bg komen panjang lebar n diikuti mesej pada malam harinya, aku suh hubby baca lagi. memang aku tak mahu mil kontrol Maryam but at the same time aku sangat hormat mil aku. sejujurnya aku sangat banyak terhutang budi n berterimakasih kat mil aku cuma aku kan insan biasa, takkan sebab dia mil aku, aku takleh terasa. aku cuma nak luah rasa dalam blog ni...the best way yg aku rasa aku leh wat.kalau nak ikut aku takleh nak senarai kebaikan mil aku pada aku, cuma dalam bab anak ni memang aku cepat skit emo. hahahaha...akak slalu cakap biasalah tu, mak kita pun slalu macam tu. so aku rasa kesimpulannya senang jek. mak dulu tak sama ngan mama moden cam ari ni. yelah aku rasa kita yang moden ni selalu berdasar fakta kan, mak dulu2 berdasar apa yang dia lalui. apa yang diorang lalui jadi pengalaman diorang, kita yang moden ni kalau nak satu2 info sekali klik je dah dapat fakta itu n ini. lain benor la ngan mak kita dolu2...
Pasal makan biskut tu aku tak tahulah mil aku bg lagi ke tak lepas dia bagi 1st day tu. Aku tak tahu kenapa berat sangat mulut aku nak cakap @ tanya dia. Tapi hehehe aku cek gak tuppaware biskut tu, memang la dia still bagi. Hmmmm...
Pagi tadi Maryam pupu n guess what? Dia meneran n dia pupu skit jek n najisnya itu sedikit keras. Selalu Maryam akan pupu banyak n pupunya kuning n tak keras sebab dia minum susu jek. Ha kan mama dah kata yam takleh makan lagi. bila mama cakap kt nenek pupu yam keras, nenek bagi alasan sebab yam minum skit. lalu mama pun cuba pertahankan kebenaran. mama cakap mana ada skit, susu mama tinggal semalam semua habis. n then nenek senyap (senyap kot sebab mama g berak pastu,hahaha). Jadi mama cuma berharap nenek akan paham n tak beri yam makan lagi...oh mengapalah susahnya mama nak cakap kat nenek direct jek? penat la nak bagi2 hint nih...takpelah moga Tuhan mendengar rintihan hati mama ini...oh....

3.12.08

I just need some respect...

Alhamdulillah aku dah berjaya bagi Maryam susu badan dalam 4 bulan ni. Niat aku memang nak susukan Maryam secara eksklusif selama 6 bulan dan aku percaya semua ibu memang ada niat demikian. Alhamdulillah juga Allah mudahkan jalan aku dengan anugerahkan susu badan yang agak banyak pada aku. Cuma Maryam yang kurang menyusu bila aku pergi kerja, tak tahulah dia tak suka dengan rasa susu simpan atau tak suka dibotolkan. Kalau nak kira sedih memang sedih sebab dah banyak susu terbuang. Oh...
Tapi aku lagi sedih dan kecewa bila mil aku dah nak bagi Maryam makan biskut bila Maryam masuk 4 bulan. Even aku dah cakap banyak kali aku tak nak perkenalkan makanan pejal lagi pada Maryam nampaknya permintaan aku bak angin lalu. Susu badan merupakan anugerah Allah yang menjadi makanan paling lengkap n terbaik buat bayi jadi kenapa nak kurangkan pengambilan yang terbaik untuk tambah sesuatu yang hanya baik @ yang mungkin mudaratkan sistem tubuh bayi yang masih belum betul2 kuat?Aku tak nampak kenapa Maryam perlu makan di usia 4 bulan. Susu aku banyak n Maryam bukannya tak cukup makan atau merengek sebab lapar. Susu aku pun dia kurang minum (less then 10oz siang ari) so pada aku takde alasan konkrit tuk bagi dia makanan pejal. Bila dah amik makanan pejal nanti lagi la kurang kuantiti susu yang Maryam amik.
Secara jujurnya aku menangis masa tahu mil aku dah siap blikan Maryam biskut baby tu (Oh so emo). Nampaknya esok pagi pastilah Maryam akan makan. Aku sedih sebab aku rasa title aku sebagai ibu Maryam tak siapa respect. Pada aku (atau aku percaya mana2 ibu pun) walau siapa pun kau, hormatlah perasaan n permintaan seorang ibu. I just need some respect from my mil. Endahkanlah permintaan aku yang aku nak bagi yang terbaik buat Maryam. Maybe aku sound so emo tapi cubalah menjadi ibu yang komited cam aku, aku percaya korang akan mengerti.
So 2 december aku selaku seorang ibu dah miss melihat anaknya makan makanan pejal buat kali pertama. Mungkin pada mil aku itu tak penting tapi bagi aku itu antara saat2 yang aku nantikan. Belum hilang kecewa aku tengok Maryam hisap jari, kecewa aku bertambah jadi lara bila dapat tahu mil aku betul2 kasi Maryam makan biskut tanpa persetujuan dan kerelaan aku. Pada korang la patut tak aku kecewa? Patut kan?Sigh...

Empat...apa yang dia dapat?

Maryam dah 4 bulan 30 November lepas. Sedar tak sedar dah 4 bulan aku bersama Maryam. Hehehe dah besar n semangat pun Maryam. Even badan dia tak ketul2 n tak chubby sangat tapi tubuh Maryam sangat la solid, pejal mejal gitu. Hohohoho...
Oh dah 4 bulan bukanlah Maryam dah pandai membaca cuma pandai menelaah je. Hebats kan Maryam kelihatan dalam gambar ni. Dia selalu usha orang tengah membaca, jadi satu hari tu aku nak baca majalah jadi berilah dia bahan bacaan dulu. Hahaha melentur buluh biar la dari rebungnya, ye dak?

Haha ini antara tabiat Maryam yang aku tak berkenan. Hopefully dia akan berentikan tabiat comel tapi kurang sesuai ini. Gambar ni aku amik di satu pagi yang hening selepas terdengar nada hisapan yang agak mengganggu emosi aku. Hohoho, masa tu syok gila dia nyonyot jari dia...Mil aku sangat suka Maryam hisap jari sebab dia kata budak hisap jari baik budaknya...hohoho tapi aku tak setuju la sebab aku tak pernah baca ada kajian yang mengatakan demikian. Ada ker?

First time Maryam berjaya meniarap tanpa bantuan ialah pada pagi 1 December tapi sayangnya bukan aku dulu yang nampak tapi fil aku. Kata fil aku dia tinggal Maryam kejap, datang balik dah tengah meniarap. Hohoho syabas anakku...
So inilah antara perkembangan Maryam apabila dia mencecah 4 bulan. Wink.