12.1.12

Emosi Seorang Supermak di Sebuah Pasar Malam...

Semalam singgah pasar malam pantai dalam masa otw balik rumah dari ofis. Semua gara2 maryam buat request nak makan 'buah kucing'. Haih la hai, tak tahu macam mana nak kata tidak kat budak sorang ni. Hari2 balik dari sekolah macam2 dia mintak. Tak bagi rasa kejam. Kang tak nak pergi sekolah mati la mama. Memang segalanya mama turuti selagi mampu. Kalau tak memang mama hadiahkan dia pembaris panjang.

Masa kat pasar malam tu jalanlah berpegangan tangan dengan Maryam. Memang happening pasar malam pantai dalam ni. Teringat zaman remaja yang muda belia pula rasanya. Tak sangka skang masih juga muda belia dapat ke sini lagi, pegang tangan anak pulak tu. Hihihihi, perasan masih muda tu. Tiba2 terpandang 2 orang pengemis yang meriba anak mereka sebesar yusuf duduk ditepi laluan pasar malam itu. Ya Allah masa tu terbang semua perasaan happening pasar malam. Hilang semua sibuk orang lalu lalang. Yang terpanah kat biji mata ni cuma 2 orang anak kecil di ribaan tu. Yang seorang tido nyenyak macam dalam aircond n atas tilam empuk. Yang sorang lagi tengah kusyuk breastfeed! Subhanallah. Bayangkan macam mana luluh hati seorang mak macam saya waktu tu? Macam mana 2 orang anak ni dapat tido n breastfeed dengan aman dalam suasana hiruk pikuk macam tu? Masa tu terpikir 2 keadaan: 1) Mengemis atas desakan hidup dan kemahuan sendiri - so anak2 ni mudah atas sifat Allah yang Maha Mengasihani. Sebab drg ni susah maka Allah bantu dengan bagi anak yang senang nak handle. Sebab saya sgt takjub 2 org budak ni senyap diribaan dan tido. Sedang Yusuf yang dibagi selesa setiap kali nak bf pun tertonggeng2, inikan pulak nak bagi tepi jalan dgn org ramai n panas. Maha suci Allah. 2) Mengemis dibawah sendiket pengemis - nauzubillah! Kalau benar mereka ni bawah sendiket pengemis pastilah hidup mereka ini double tragisnya. Serius tak dapat bayangkan. Sebab ni saya lagi sedih. Saya mmbayangkan bgmana kehidupan mereka selepas itu. Maksud saya bgmana mereka dilayan. Entah2 bayi2 yang diribaan mereka itu tidur nyenyak adalah kerana diberi ubat tidur atau dadah! Nauzubillah, nauzubillah, nauzubillah. Ya Allah, masa ni saya sangat2 berharap mereka dalam situasi 1 dan bukan 2. Saya benar2 sedih atas sebab ini. Hanya tuhan yang tahu betapa tersentuhnya hati saya. Saya terbayang bagaimana jika nasib saya setragis mereka ini. Bagaimana jika saya ditempat mereka meriba yusuf? Ya Allah tak terbayang kesedihan saya. Dalam perjalanan pulang saya merenung kembali rezeki Allah pada saya selama ini. Benarlah jika kita melihat kesusahan org lain dan mengambil ikhtibar darinya maka kita akan lebih bersyukur. Dengan kerjaya, family yg ada disekeliling saya kni termasuk tempat tinggal dan makan pakai yang cukup dibanding dgn kekurangan pengemis2 tadi, rezeki Allah pada saya adalah sgt2 jauh berbeza dari mereka. Syukur sangat2. Walau rezeki saya sederhana, saya tetap merasa saya jauh lebih bertuah dari mereka. Saya panjatkan doa agar Allah terus melindungi dan melimpahi kami dengan rahmat n rezekiNya. Dan juga janganlah Allah menduga saya dengan dugaan2 yang tak mampu saya pikul. Amin. Sehingga kini diminda saya terfikir, jika mereka ini dibawah sendiket pengemis, apa yang telah kita lakukan dalam membela nasib mereka? Wallahualam...saya benar2 mahu tahu.

No comments: