10.1.12

Amanlah 2012.

Januari penuh dengan ulangtahun insan2 terdekat. Juga ulangtahun pemergian Abah. Tanggal 5 Januari 2012, genaplah 2 tahun Abah pergi meninggalkan kami. Rindu yang amat kepadanya.

Selepas pemergian Abah banyak yang telah berubah. Bulu2 ayam yang tercarik masih belum tercantum kemas. Air yang dicincang rupanya putus jua. Entahlah. Nilai2 harmoni telah hilang. Betapa pemergian Abah benar2 menguji. Mungkin kasih yang besar pada Abah menjadikan situasi begini, mungkin juga ego yang telah  mencantas semua rasa indah yang lalu. Entah. Benar2 entah. Keadaan benar2 tak sama lagi. 

Tapi tidaklah kami meratap hiba. Qadak n qadar Allah tiada siapa mampu menghalang. Kami juga bukan insan hingusan yang tak tahu agama. Ketentuan ini kami terima dengan amat redha. Kami juga sedar kekhilafan kami. Kami tak memikul kebaikan sendiri lantas menghumban keburukan ke atas insan lain. Kami nampak salah n silap kami. InsyaAllah nampak Sekarang bukan lagi zaman mencanang akulah yang terbaik. Terpulanglah kalau merasa diri masih yang terbaik.

Biarlah 2012 berlalu dengan aman.

Harap-harapnya.

No comments: