12.1.12

Emosi Seorang Supermak di Sebuah Pasar Malam...

Semalam singgah pasar malam pantai dalam masa otw balik rumah dari ofis. Semua gara2 maryam buat request nak makan 'buah kucing'. Haih la hai, tak tahu macam mana nak kata tidak kat budak sorang ni. Hari2 balik dari sekolah macam2 dia mintak. Tak bagi rasa kejam. Kang tak nak pergi sekolah mati la mama. Memang segalanya mama turuti selagi mampu. Kalau tak memang mama hadiahkan dia pembaris panjang.

Masa kat pasar malam tu jalanlah berpegangan tangan dengan Maryam. Memang happening pasar malam pantai dalam ni. Teringat zaman remaja yang muda belia pula rasanya. Tak sangka skang masih juga muda belia dapat ke sini lagi, pegang tangan anak pulak tu. Hihihihi, perasan masih muda tu. Tiba2 terpandang 2 orang pengemis yang meriba anak mereka sebesar yusuf duduk ditepi laluan pasar malam itu. Ya Allah masa tu terbang semua perasaan happening pasar malam. Hilang semua sibuk orang lalu lalang. Yang terpanah kat biji mata ni cuma 2 orang anak kecil di ribaan tu. Yang seorang tido nyenyak macam dalam aircond n atas tilam empuk. Yang sorang lagi tengah kusyuk breastfeed! Subhanallah. Bayangkan macam mana luluh hati seorang mak macam saya waktu tu? Macam mana 2 orang anak ni dapat tido n breastfeed dengan aman dalam suasana hiruk pikuk macam tu? Masa tu terpikir 2 keadaan: 1) Mengemis atas desakan hidup dan kemahuan sendiri - so anak2 ni mudah atas sifat Allah yang Maha Mengasihani. Sebab drg ni susah maka Allah bantu dengan bagi anak yang senang nak handle. Sebab saya sgt takjub 2 org budak ni senyap diribaan dan tido. Sedang Yusuf yang dibagi selesa setiap kali nak bf pun tertonggeng2, inikan pulak nak bagi tepi jalan dgn org ramai n panas. Maha suci Allah. 2) Mengemis dibawah sendiket pengemis - nauzubillah! Kalau benar mereka ni bawah sendiket pengemis pastilah hidup mereka ini double tragisnya. Serius tak dapat bayangkan. Sebab ni saya lagi sedih. Saya mmbayangkan bgmana kehidupan mereka selepas itu. Maksud saya bgmana mereka dilayan. Entah2 bayi2 yang diribaan mereka itu tidur nyenyak adalah kerana diberi ubat tidur atau dadah! Nauzubillah, nauzubillah, nauzubillah. Ya Allah, masa ni saya sangat2 berharap mereka dalam situasi 1 dan bukan 2. Saya benar2 sedih atas sebab ini. Hanya tuhan yang tahu betapa tersentuhnya hati saya. Saya terbayang bagaimana jika nasib saya setragis mereka ini. Bagaimana jika saya ditempat mereka meriba yusuf? Ya Allah tak terbayang kesedihan saya. Dalam perjalanan pulang saya merenung kembali rezeki Allah pada saya selama ini. Benarlah jika kita melihat kesusahan org lain dan mengambil ikhtibar darinya maka kita akan lebih bersyukur. Dengan kerjaya, family yg ada disekeliling saya kni termasuk tempat tinggal dan makan pakai yang cukup dibanding dgn kekurangan pengemis2 tadi, rezeki Allah pada saya adalah sgt2 jauh berbeza dari mereka. Syukur sangat2. Walau rezeki saya sederhana, saya tetap merasa saya jauh lebih bertuah dari mereka. Saya panjatkan doa agar Allah terus melindungi dan melimpahi kami dengan rahmat n rezekiNya. Dan juga janganlah Allah menduga saya dengan dugaan2 yang tak mampu saya pikul. Amin. Sehingga kini diminda saya terfikir, jika mereka ini dibawah sendiket pengemis, apa yang telah kita lakukan dalam membela nasib mereka? Wallahualam...saya benar2 mahu tahu.

10.1.12

Amanlah 2012.

Januari penuh dengan ulangtahun insan2 terdekat. Juga ulangtahun pemergian Abah. Tanggal 5 Januari 2012, genaplah 2 tahun Abah pergi meninggalkan kami. Rindu yang amat kepadanya.

Selepas pemergian Abah banyak yang telah berubah. Bulu2 ayam yang tercarik masih belum tercantum kemas. Air yang dicincang rupanya putus jua. Entahlah. Nilai2 harmoni telah hilang. Betapa pemergian Abah benar2 menguji. Mungkin kasih yang besar pada Abah menjadikan situasi begini, mungkin juga ego yang telah  mencantas semua rasa indah yang lalu. Entah. Benar2 entah. Keadaan benar2 tak sama lagi. 

Tapi tidaklah kami meratap hiba. Qadak n qadar Allah tiada siapa mampu menghalang. Kami juga bukan insan hingusan yang tak tahu agama. Ketentuan ini kami terima dengan amat redha. Kami juga sedar kekhilafan kami. Kami tak memikul kebaikan sendiri lantas menghumban keburukan ke atas insan lain. Kami nampak salah n silap kami. InsyaAllah nampak Sekarang bukan lagi zaman mencanang akulah yang terbaik. Terpulanglah kalau merasa diri masih yang terbaik.

Biarlah 2012 berlalu dengan aman.

Harap-harapnya.

6.1.12

2012 : Kindie girl vs Supermama

Omaigod, omaigod sudah 2012 rupanya kan? Masih tak berkesempatan mengucapkan selamat tahun baru kpd semua pembaca blog yang budiman sekalian. Pfffffftttt rasanya tahun ini adalah tahun yang pstinya memerlukan tenaga tmbhan yang bisa merubah mama menjadi Supermama. Serius mama kena ada super power. Nak tak nak kena juga.


Ok perkara paling penting awal tahun ini ialah kakak sudah masuk preschool! Yeay!!!! Eh patut cakap Alhamdulillah kan. Yeay pulak. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah. Masuk hari ini dah 3 hari kakak berprasekolah. Kakak pun mudah dengar cakap n ingat pesan mama. Dah brief dia sebelum dia masuk skolah apa yang patut dia expect dan apa yng tidak. Nampaknya kakak memang hebat. Kakak tak nangis pun, enjoy school n patuh peraturan. Cuma pagi2 memang la mama nak kena layan dia mcam puteri n jaga temper mama. Yelah mama taknak spoil mood dia, kenalah mengalah. Bukan senang nak gerak budak bangun tido pagi2 yang drg tgh nyenyak tido kan. So apa yang mama buat ialah gerak dia baik2 n dukung pergi bilik air n mandikan. Fuh, memang sabar ajelah temah. Tapi drg kan budak lagi, ini ajelah caranya.


Oh kakak dah masuk preschool Alif Ceria kat Precint 16D, Putrajaya. Masa hari pertama kakak sangat behave n malu2. Tapi kakak tak nangis masa mama tinggalkan. Masa last hug utk tinggalkan dia, mama menitis airmata. Terharu n sayu sangat rasanya. Mama tak pernah tinggalkan kakak pada orang lain selain nenek. Jadi mama sangat sayu. Dan mama terharu sebab anak mama dah sekolah! Even just a preschool but it was so meaningfull to me. Macam sebuah tanggungjawab besar dah mama laksanakan untuk anak mama. Serius mama terus lari masuk kereta n kesat airmata. Malu noks mak bapak lain tgk. Anak tak nangis, mak pulak over. But saper yang jadi mak dia akan tahu perasaan tu. Dan mama sangat bersyukur niat mama nak hantar kakak ke preschool english islamic dipermudahkan. Alhamdulillah ada rezeki untuk Maryam. Yang paling penting mama boleh antar n amik maryam setiap hari. Syukran.


Dan ini juga bermakna tugas mama telah bertambah! Wehooooooo. Adeh lotih juga nk jadi Supermama ni kan. Tapi rasanya amat berbaloi. Alhamdulillah masa juga cantik aje tersusun. Adik dah masuk 6 bulan masa kakak masuk preschool. Adik dah start makan. Jadi mama dah tak berapa risau pasal susu adik. Tapi tidaklah sampai mama tak mengepam. Cuma jadual mengepam adik dah berubah sebab nak selarikan dengan jadual kakak. Pagi mama dah x mengepam sebab msa mengepam dah diambil untuk mandi n siapkan kakak. So mama pam awal sikit kat opis, mama pam around 11 pagi instead of 12 noon. Petang mama pam jam 5ptg. So 2 kali sesi ni cukuplah untuk stok adik pergi rumah nenek. Malam adik masih fully bf. Harap2 dapatlah sampai adik 2 tahun.


Papa pun banyak bantu mama. Supermama pun perlukan pembantu kan. So kalau papa ada waktu pagi, mama uruskan kakak aje, adik papa uruskan. Cuma mama kena cepat sikit siap kalau papa xde. Adeh skali lgi. Kakak masuk skolah kul 8.30 pagi. Mama masuk kerja kul 8. Tapi mama antar kakak dulu n baru masuk kerja. Paling lambat mama kena gerak dari rumah kul 7.45 pagi. Penat memang penat tapi kemanisan pengorbanan ini InsyaAllah ada. Doa mama agar segalanya mudah sampai kakak habis sekolah.


Mama pun agak bz dengan kerja mama. Busy yang masih terkawal. Hehehehe projek mama dah sampai stage banyak kerja. Tapi mama rasa ok, mama banyak belajar. :). Harap2 mama akan sukses n cemerlang both dalam seimbangkan kerja n kerjaya. Yang penting masa untuk family mmg lebih banyak. Alhamdulillah.


Ok nanti update gambar2 Maryam as kindie girl ok. Selamat tahun baru 2012. Moga semua jadi lebih baik. InsyaAllah.


Published with Blogger-droid v2.0.2