Lately sangat rimas dengan kehendak mereka yang seperti mewajibkan kerja lebih masa. Seolah2 selama ini on time saja saya balik, oh takde maknanya, balik awal seperti satu dosa besar sahaja...yang penting hari cerah bertukar gelap pun mereka amat suka kami semua masih di bawah sinaran lampu opis mereka.
Apakah kerja lebih masa itu bagus? Apakah kuantiti bisa memberi kualiti? Entah pada saya selama ini saya bekerja seikhlasnya, tidaklah semberono saja melenggang biji sawi balik rumah di jam 6 ptg sedang keje mahu dihidang di jam 9 pagi esoknya. Sejujurnya pengurusan masa selalu dipertikai dan sewenang saja email dilayang menyuruh menambah masa di hujung minggu untuk menyudahkan kerja. Oh tuhan bangla pun ada masa berjimba. Maryam pun tahu gembira bila mama ada di rumah berhujung minggu.
Mungkin pada mereka kuantiti yang banyak itu adalah terbaik. Mungkin juga kerja lebih adalah seimbang pada mereka. Terpulang, saya masih ada keutamaan lain, saya tidak mahu ketinggalan mendengar Maryam berceloteh setiap malam, saya langsung tak mahu terlepas mendengar Maryam membaca A-Z, mengenal Iqrak dan menghitung angka...ini semua kepuasan dan kebanggaan pada saya, satu rasa yang tak dapat dicapai dimana2. Kalau mereka tak rasa ini satu kenikmatan yang memberi keseimbangan pada kehidupan mereka, saya rasa saya perlu berasa kasihan kepada mereka.
Saya tak mahu kerjaya saya merampas sesuatu yang paling beharga dalam hidup saya iaitu keluarga saya. Namun tidaklah bermaksud saya membelakangkan kerjaya saya. Jika anda bertanya dimana priority saya, dengan ikhlas saya menjawab semuanya bergantung kepada keadaan, kalau saya perlu menyiapkan kerja yang urgent takkanlah saya terhegeh2 nak pulang sedang Maryam hanya bersin terkeluar hingusnya kan? Faham tak apa yang saya cuba sampaikan? Maksud saya semua orang pandai menilai kepentingan dalam hidup, yang mana harus didahulukan dan mana yang tidak, seandainya sudah lupa itu semua haruslah diingatkan. Tapi kalau dipertikai dan diserang hendap seperti langsung tiada usaha ditunjukkan, sendiri saja mahu ingat. Saya berasa amat kecewa kerana saya betul2 bekerja keras untuk menyiapkan kerja2 saya.
Bak kata seorang teman ubah saja syarat2 dan terma dalam 'Offer Letter'...Harus la masuk terma'Kerja lebih masa adalah wajib', saya yakin itu senang saja nak dipersetujui tapi cuba tambah terma ini pula 'Bonus 6 bulan adalah pasti'...Amacam ada berani? Saya tidak layak untuk claim ot, janji mulut nanti bonus biasanya adalah lebih sedikit dari mereka2 yang bisa claim ot...hmmmmm macam mana kalau tiada bonus? Secara jujur siapa yang tak mahu habuan dari hasil kerja keras?
Bandingkan kemanisan dua ayat ini 'Kerja lebih masa adalah mesti, bonus 6 bulan adalah pasti' dengan 'Kerja lebih masa adalah pasti, tapi bonus tak tahu la lagi'...Kan ke nampok sangat menipu, kite bako aje! Kat situ aje dah nampak ketidakseimbangannya.
Bukanlah saya tidak bersyukur, cuma saya mahu bekerja dengan hati lapang, riang dan gembira. Jika kamu workaholic, janganlah sakit jiwa pula tengok saya minum horlicks sambil sembang2 diluar waktu kerja saya. Kalau saya duk makan nasi briyani lauk kambing masak kari pukul 11 pagi kat meja opis, layak la kamu.nak email maut kat saya kan? Cuma berseni la sikit menulis tu, jangan kasi daun aje, mesti la kasi bunga2 motivasi sikit. Akhirnya kan ker semua orang pun tenang? Takla orang rasa down n sakit hati.
Alhamdulillah juga saya ni dipermudahkan Allah jalan hidup saya, dikurnia mertua yang amat sporting dan tidak berkira. Mungkin saya harus mengguna peluang ini sebaiknya, sementelah mereka ada membantu menjaga Maryam dengan amat baik sementara saya masih mengetuk keyboard di malam hari di meja ofis. Moga saya terus mmpu bertahan untuk cuba menyeimbangkan kehidupan dan kerjaya saya. Sejujurnya saya rasa saya ada kehidupan dan kerjaya yang baik, pada mereka yang hanya ada satu yang baik, fikirlah semula apa yang telah anda hilang selama ini. Jika salah satunya hancur kerana anda sendiri tidak dapat menyeimbangkannya, janganlah anda menjadi penghancur kepada keseimbangan hidup orang lain, menghormati pandangan dan pegangan orang lain juga adalah perlu. Jangan sampai anda sudah kehilangan sesuatu yang beharga pun anda tidak perasan juga ketiadaannya. Fikir2kanlah...
Published with Blogger-droid v1.6.8
3 comments:
Rasa cam nak nangis lak..banyak yg saya x ada..
Ada android oklah...marah2 main angry bird,hehehe
semoga kamu tabah! sungguh kijam mereka yg tidak memahami. aku pon dulu dah kena. tak pe la. bertahan dulu. ada rezki minta la keja gomen. mana tau rezki anak no. 2 kan.
Post a Comment