9.11.08

Sabtu yang ceria...heheh...

Sabtu baru ni cam biasa aku akan jadi full time mama. Hehe aku suka gelarkan aku begitu kerana aku akan menjaga Maryam sepenuhnya di weekend ari. Honestly aku sangat enjoy bersama Maryam. sebenarnya ramai yang boleh jaga n main ngan Maryam kalau aku nak, tapi aku lebih suka bersama Maryam n lebih suka kalau dunia weekend aku hanya aku bersama Maryam.
Sabtu petang 2 orang kazen Amad yang darjah 2 n 3 datang main2 kat umah. Diaorang ni suka main ngan Maryam. Bila Maryam tido aku tengok drg amik kertas n buat 4-5 column. Rupanya drg nak main permainan yang kita bagi satu huruf n then cari nama buah,haiwan, benda n etc. Aku gelak jelah sebab tu kan permainan zaman aku kecik dulu, dah puas main pun. Masa drg main aku tgh tidokan Maryamn sukarela la nak jadi sipemberi huruf. Tapi budak 2 orang ni sengal lak, aku dah bagi huruf drg siap suh bagi jawapan. Last2 skali aku geram aku pun amik kertas n main sama. yang best Ateh yang datang lawat Maryam pun kene join sama...Hahahah, sebab dah banyak pengalaman aku n Ateh memang kenakan budak 2 org ni cukup2. Heheheh...
Yang kelakar lagi budak 2 org ni siap guna talian hayat, mula minta tolong s.i.l aku. Ceh berlagak la bila drg dah siap kutuk2 aku n Ateh. Kalau tak drg bincang sampai 10-15minit tak dapat2 lagi. Kalau aku tak dapat siap kutuk aku kata "tulah tadi kak ujie kata kak ujie pandai sangat". Panas tul telinga aku...pastu s.i.l aku dah kuar, budak sorang ni siap tepon ayah dia nak tanya negara/negeri yang mula ngan huruf H...lucu tul...siap bila dengar sore mil aku, drg kejar2 kat pintu minta tolong...sekali mil aku bagi jawapan sikit punya banyak...habis ngan jawapan yg aku n Ateh wat kene tukar...ceh...
Permainan kami berlanjutan dari kul 4 hingga 6.30 petang...gila tul la, sib baik Maryam tido, tapi 2-3 kali gak dia ek ek, mungkin nak bagi jawapan agaknya. So aku rasa teruja n sonok bermain. Dan akhirnya ateh yang menang n aku cuma kalah 30 mata dari Ateh...ceh skali lagi la....so aku menggelarkan Sabtu aku sebagai Sabtu n ceria...pasni pastilah akan ada permainan ulangan...hehehe

1 comment:

Anonymous said...

hakhak,,lucukan aktiviti ujung minggu tuh??ade brani nak lawan gik??lawan kak long ngan caca plaks,,haha,,,