15.5.12

Tiga puluh sahaja.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk sambut besday yang ke-30. oh myyyyyyyy! Sudah tiga puluh? Benarkah? Hahahhahahaha. Sungguh benar. Saya sudahpun 30. Serius rasa tidak begitu muda lagi. 
Me at my 30 with kids and cousins aka dayang.
Ok sempena besday ni i decide nak breakfast and dinner kat hotel or apa2 yang seumpamanya. Seperti yang pernah diberitahu oleh elly, Gold Coast Morib ada promo untuk besday. So i cekedot la web dia. Sebab ianya ada taman tema air yang pastinya akan menggembirakan hati anak2 i maka i pun booked ajelah. Sebab tak meriah kalau bawak anak2 aje, maka i ajak la dayang2 anak2 i. Heheheheh mereka ni selalu tolong jaga anak i n anak2 i mmg rapat dengan mereka, so ajaklah sekali. Pastu i ajak juga mak mertua, pak mertua n adik2 ipar i. Hahahahhaha memang meriah. Nampak yam senyum lebar kat pic atas tu? mmg la dia suka cik pai (paling kanan) dia ada. 
Another activity at my 30 : Maryam's Sport day!
Sebelum kami ke gold coast tu, paginya kami ke padang Uniten Bangi. What a day kan. Birthday i sama dengan sport day kindie Maryam. Serius sangat2 teruja mak, jah. Rasa macam anak dah besar aje kene g sport day bagai. ni baru sport day belum majlis ujung tahun lagi. Serius sangat la meriah even sport day kindie ajenye pun. Maryam memang sporting. Dan yang paling best kindie Maryam jadi Juara!!!! Yeayyyyyyy!!! Memang kindie Maryam bagus la beria adakan sport day ni. tak la melepas batok di tangga aje.

So itulah sedikit sebanyak ceritanya di hari jadi saya. Oh ada lagi, hadiah saya tuk saya ialah RK1005, sebuah perodua Alza bewarna putih. Kikikikiki, hadiah ansuran bulanan tu. Apa daa. kebetulan plat RK keluar kat Perlis, sebab saya ni ada darah2 romantis yang banyak maka saya pun amiklah plat RK tu sempena nama Roziah dan Kusyairi. Hihihihi. 1005 tu nombor random aje dan secara kebetulan lagi ia adalah tarikh perkapelan dengan encik Kusyairi. hohohohohoho. Makanya kereta hitam CBR241 (CBR=Cinta Buat Roziah, juga dibeli sempena hadiah harijadi 6 tahun lepas) dipindah bayar kepada adik bongsu saya saja. Hohohohoho. Gila sentimental kan? Bahahahahah.

Oklah nak balik dah ni sebab nak g redeem hadiah harijadi yg papa kasi plak. Disamping belanja papa sempena bday papa plak. Tengok hadiah dah bagi lama tapi baru nak redeem, dah sampai bday papa plak tu. klah bye. Moga saya adalah setahun lebih bijak dan akan terus dirahmati selamanya. Amin.

1 comment:

shibuya~ said...

aduh, senget2 kepalo den nengok gambar2 ni haaa~

hehehe~