28.11.11

~Maksud yang kesampaian~

Maryam kadang2 sangat lucu lagi menghiburkan. Kadang2 juga boleh jadi sangat sarkastik. Mak tak tahu la dari mana dia boleh jadi begitu. Hihihihi.


Sedang kami baring depan tv menonton muzik2 semi final, mama menyusukan Yusuf dan Maryam leka dengan upin ipin di youtube. Tiba2 Maryam bersuara " Kak nak baring dekat mama sikit la, terliur tengok adik manja"


Seriuslah sangat lucu dan apakah? Boleh eh terliur nak manja? Hahahaahah sebenarnya bukan terliur tapi dengkiiiiiii...hohohohoho. Serius mak ketawa pecah perut.


Published with Blogger-droid v2.0.1

12.11.11

~ On Her Best Dress n Best Day ~

Congrate dear! Happy for you. May Allah bless your marriage forever n ever. :)


On your best dress and best day you are my best friend. On your bad dress n your bad day you are also my best friend. Luv u always.


Published with Blogger-droid v2.0.1

3.11.11

Sayonara Mont' Kiara, Hello Putrajaya...

Alhamdulillah saya telahpun memulakan kerjaya saya di tempat baru. Rasa sangat cepat, hehehe mana tak cepat saya dah dapat kurangkan notis saya jadi sebulan instead of 2 bulan. Hehehehe.

Sebenarnya berat juga nak meninggalkan Mont' Kiara, yalah saya pun baru setahun lebih bersama mereka, belum sampai tahap jemu makan di situ. Memang belum boring pun tapi apakan daya rezeki saya telah ditetapkan setakat itu sahaja. Dan inilah saya kini, disebalik partition di ofis di putrajaya.

Mengapa saya disini? Mengapa saya mahu kerja sejauh ini? Apa sebab sebenar saya mahu pergi. Baik, baik mari saya ceritakan. Tak perlu tepuk tangan, baca dengan penuh tawadduk saya. Eh betul eh tawadduk?

Sebetulnya saya tidak pernah terpikir untuk pergi secepat ini dan saya juga tidak dalam tempoh mencari kerja lain. Niat saya, saya memang nak stay lama di Mont' Kiara kerana saya memiliki 2 projek besar yang akan mula berjalan. Tapi rezeki Allah tak sapa tahu. Memang saya sedikit sibuk, sedikit?,oh bukan sedikit tapi mmg bz. Kerja dengan consultant banyak yang kene korbankan dari segi masa, harus kerja lebih keras tapi serius kadang kala rasa semua itu tidak berbaloi. Walau begitu saya belum rasa stress sampai nak berhenti, rasa menyampah tu biasalah. Cuma kadang2 hati berdoa agar saya punya lebih banyak masa untuk anak2 dan x perlu bekerja di hujung minggu.

Syukur Allah mendengar permintaan hati saya. Entah bagaimana seorang rakan lama menawarkan kerja di opisnya. Tawarannya menarik dan melalui fb saje ok. Tapi pastu dia telefon la saya tuk bagitau lebih lanjut lagi butirannya. Skop kerja menarik, gaji tentulah juga menarik dan yang paling x boleh saya tolak ialah saya tak perlu kerja lebih masa. Come on, saper x nak gaji lebih, kerja kurang? Taklah kata kurang kerja tapi taklah stress sebab handle 1 projek aje kan, kerja banyak sebenarnya. Cuma yang tidak menarik adalah saya perlu travel ke putrajaya dan kerja ini adalah contract basis. Gila? Ye memang saya gila. At least for the next one n a half year saya masih ada kerja dan selepas itu saya bertawakkal kepada Allah agar saya masih diberi rezeki yang baik @ labih baik olehNya.

Mengapa saya sanggup menerima kerja ini? Pertamanya adalah sudah tentu kerana kedua buah hati saya. Saya mahu masa yang lebih untuk mereka. Saya tak boleh menjadi suri sepenuh masa untuk mereka, maka peluang untuk menjadi suri separuh masa ini benar2 saya hargainya. Sekurang2nya dimalam hari sayalah orangnya yang mendodoi dan menidurkan mereka dan di hujung minggu saya jugalah orangnya yang mereka nampak tatkala bangun dari tidur. Apakah yang lebih manis dari perkara2 ini bagi seorang ibu seperti saya?

Keduanya ialah saya mahu lari dari kerja saya sekarang. Ya maafkan saya, tapi sebetulnya saya tak tahu sampai bila saya boleh bertahan diposisi lama saya. Diam tak diam saya sudah lebih 7 tahun bekerja. Serius sudah tujuh? Haih saya pun x perasan, baru hari ni saya mengira dan mengulangkira berkali2, sungguh kagum rupanya saya sudah kerja selama ini. Sungguh saya sayang untuk meninggalkan projek2 saya yang baru dilahirkan, namun apakan daya saya rasa kadang dah tak boleh nak hadap apa yang ada di hadapan saya nanti.

Ketiganya ialah gaji yang juga menarik. Ya saya mendapat tambahan gaji sebanyak lebih 30% dan bos juga menawar saya sebanyak 18% kenaikan gaji jika saya terus stay bersamanya. Jika diikutkan kelebihan gaji sekarang adalah lebih kurang saja jika diimbalbalik dengan apa yang ditawarkan bos. Tapi saya rasa ada harga yang perlu saya bayar dengan kenaikan sebanyk itu. Sebulan dua mungkin saya dengan 2 projek sahaja, esok2 kita tak tahu. Lagi pula saya masih dalam team yang akan membuat taking off yang mana inilah yang akan mencuri masa saya untuk anak2.

Keempatnya ialah ketidakseimbangan. Tak perlu saya coretkan panjang lebar, cuma memang berlaku ketidakseimbangan tugas di ofis. Juga saya tak boleh bekerja lebih masa @ bekerja seperti seorang workaholic demi kesuksesan kompeni. Jujurnya cara saya bekerja ialah saya akan rehat di masa rehat saya dan saya akan pulang di masa pulang saya. Saya takkan bekerja lebih masa semata2 kerana nak menjaga hati sesiapa @ demi bonus @ kerana bos saya mahukan begitu. Saya akan bekerja lebih masa bila saya rasa saya perlu lakukan begitu. OT saya tidak dibayar kerana saya sudah tidak layak. Tapi opis saya itu adalah memang mahu kamu sekurangnya bekerja lebih masa sebanyak 20 jam sebulan (bagi senior). Kata tak kisah tapi sebenarnya wajib diletakkan dlm offer letter di masa hadapan. Kata ofis hour 9-6,tapi kul 6 kalau balik kene jeling plak. Tapi rasanya banyak kompeni mcam ni.

Kelimanya ialah privacy yang dicerobohi. Hahahahahah tak suka la nak dapat email di jam 8pagi dihujung minggu, kan sudah saya katakan saya tak suka kerja diluar waktu kerja saya. Lain la betul2 urgent kan, ni email yg dah dicc ke email opis kenapa nak email private email i lagi kan. Private email i tu untuk notis2 dari fb n bloggerdroid ok, kata private. Hahahahahah. Pastu saya tak kisah la dpt frenly reminder tapi kalau bunyinya tak berapa frenly mmg saya tak berapa nak suka. Yang ini kalau saya raa tak over n boleh expose nanti saya cerita panjang lebar.

Seterusnya ialah pelan masa hadapan. Sebelum saya bertekad mahu berhenti mmg saya telah isthikarah n bertanya pada kawan2 terdekat termasuk yang beketja di ofis saya sekarang. Saya bukan semberono buat keputusan ini mengikut emosi. Sejujurnya sudah lama saya mahu bekerja dengan kompeni ini, walau hanya dipinjamkan kesini, sekurangnya saya telah satu kaki melangkah. Selebihnya saya amat berdoa saya ada rezeki diserap masuk ke opis ini. Dan skop kerja ini InsyaAllah akan menambahbaik profil kerja saya. Dan pelan jangka panjangnya adalah untuk bekerja di Putrajaya. Saya memang kalau end up di bandar saya mahu tinggal di Putrajaya. Moga ada rezeki saya dan keluarga.

Oh dah panjang sangat pulak. Boring dok? Takpe nanti saya sambung dengan cerita Maryam pula akan mengucapkan Hello kepada Putrajaya. ;-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

1.11.11

Yang Abah Tinggalkan...

...selepas pemergianya adalah ilmu.

Terima kasih abah. Sesungguhnya apa yang saya ada hari ini adalah atas usaha abah memberi pendidikan ke tahap tertinggi terhadap kami. Sekarang legasi itu akan saya teruskan untuk anak2 saya. Sedang abah bergolok bergadai demi ilmu untuk anak2, takkan saya abaikan juga tanggungjawab saya dlm memberi ilmu yang lebih baik untuk anak2. Alhamdulillah dengan segala rezeki dan kurniaan Allah selama ini.

Abah tanpa suara telah mengatakan tiada kompromi dalam pendidikan. Selagi terdaya demi ilmu segalanya dilakukan. Walau berat mana sekalipun. Dulu saya pejamkan mata melihat keringat abah. Kalau tidak saya pasti takkan meneruskan pengajian. Memang itu tanggungjawab abah tapi sebagai anak siapalah yang mampu melihat ayah sendiri membanting tulang demi anak2 hingga sedemikian rupa.

Oleh itu saya mengambil serius isu2 berkaitan pendidikan khasnya untuk anak2 saya ini. Maryam bakal mencecah 4 tahun di tahun hadapan. ABC dah lama dikenalinya, namun kini sudah hampir dilupai, semua gara2 saya jarang mempunyai masa untuk mengajaknya menelaah. Yang dihafalnya kini adalah skrip2 dalam cerita upin ipin dan boiboiboy. Pening kepala nak jadi Kak Ros okey! Ya saya akui ini salah saya yang gagal mencuri masa untuk mengajar anak2 sementelah pula saya garang orangnya.

Oleh itu saya dan papa telah memutuskan untuk menghantar Maryam ke pra-tadika di tahun hadapan.Alhamdulillah nampaknya semuanya telah dipermudahkan Allah S.W.T. Niat saya untuk menghantar Maryam ke pra tadika berteraskan islamic-english nampaknya dimakbulkan Allah. Dan lebih manis lagi saya sendiri InsyaAllah akan menghantar dan mengambil Maryam pergi dan pulang setiap hari. Alhamdulillah inilah antara kemanisan yang dapat saya rasai sempena penghijrahan saya dalam kerjaya. Mudah-mudahan Allah memudahkan seluruh perjalanan kami di masa2 hadapan. Hanya padaNya saya berserah.

Ok bila selesai semua pendaftaran Maryam untuk ke pra tadikanya, saya akan buat entry yang lain ok. Sekarang Maryam sudah booking tempatnya. Sekarang baru saya rasa betapa terharunya jadi ibu bila anak mula nak masuk sekolah even pra tadika sahaja. Hehehehehe, selain rasa anak dah besar, diri juga telah terasa tua. Kikikikiki...

Apapun terima kasih abah dan terima kasih Allah...
Published with Blogger-droid v1.7.4