21.6.11

Abah...

Waktu mengemas beg2 yang bersepah n buang resit2 yang tak berguna, saya terjumpa kertas ini. Sungguh menyentuh hati kerna ia adalah milik kami adik beradik semasa bergilir menjaga dan melawat abah di ijn pertama kali beliau diserang sakit jantung di tahun 2008. Pilu jadinya lebih2 lagi pagi itu adalah pagi hari ayah sedunia. Setiap detik saya mengenang abah, apalagi di hari sambutan ayah sedunia. Betapa saya merindui beliau, sangat rindu untuk melihat beliau. Abah...

'Mama buat apa tu?'

'Mama sedih la yam...'

'Kenapa?'

'Mama ingat atuk'

'Mama jgn la sedih, yam kan ada'

Hmmmmm, budak ini benar2 bidadari dari syurga.

Saya cuba untuk tidak mengenang abah, saya tak mahu sedih, bila mengenang beliau segalanya adalah tentang pengorbanan beliau membesarkan kami. Terlalu banyak yang saya saksikan.

Abah, selamat hari abah.

Papayam, selamat hari papa.
Published with Blogger-droid v1.6.8

No comments: