Salam buat semua.
Ye Alhamdulillah hari ini saya sudah 36 minggu di alam mengandung. Last check-up babay adalah semalam kat PPUM, takde apa yang luarbiasa, semuanya biasa2 saja. Doc kata kepala baby dah kat bawah, berat saya naik dengan jayanya dan kesihatan semua baik2 sahaja. Syukur.
Tapi kalau saya nak panik boleh tak? Kenapa? Hohohoho sebabnya saya dah nak bersalin kan? Macam banyak aje benda tak buat lagi, perancangan pun hancur, bilik yam n baby tak terkemas pun, sbbnya serius sudah tidak larat. Mengah sungguh. Nak basuh pinggan pun perut leh tersangkut kat counter top sinki tu, kelakar plak. Serius yang ini saya rasa perut n punggung sangat la besar, jalan memang la lari tempo, nak jalan sopan memang tak boleh, so mmg tak boleh blah. Hohohoho...cuma Alhamdulillah saya rasa saya lebih energetik di kehamilan ini, g keje pun rajin. :-)
Pam susu n botol2 semua adalah tidak dikemas lagi. Botol susu tuk baby pun tak tahu nak bli brand mana, kalau boleh nak yg biasa aje tapi comel, tapi mmg la berkenan model luarbiasa yang sah2 la comel lagi anggun. Tapi serius takut jadi macam yam yang langsung tak nak botol. Sudah serik begitu, cuma bernasib baik berjaya menyusukan sahaja. Harap2 si teruna ini tidaklah banyak songeh.
Part accessories pam pun tak cari lagi, gile susah nak cari ok. Set bersalin pun tak bli, tulang urut tak konpem lagi, adeh banyak ler sebenarnya. Even pampers newborn pun saya tak beli lagi. Oh apakah lagi yang saya tak buat. Oh panik, panik, panik.
Takpe cool aje. Confirm saya berpantang di kl saja dijaga mertua. Yes she is the best midwife tuk saya, hehehehehe. Saya tidak ada masalah dengan beliau dan dia memang menjaga saya dengan baik. Saya juga tak mahu jauh dari suami dan tak mahu anak2 jauh dari papa mereka. Sementelah pula mak saya dikampung bukanlah sihat mana untuk menjaga saya. Dah sihat sikit saya merancang balik elrumah mak saya pula untuk berpuasa bersama.
Oklah nanti sambung lagi. Ntah2 pasni saya samvung citer bersalin pula. Doakan saya melahirkan babay kacak dengan selamat ye kawan2.:-)