10.10.12

Parenting : Am I a failed mother?



Lukisan ini dilukis oleh Maryam yang berusia 4 tahun 2 bulan sewaktu menunggu mama menyiapkan kerja2 opis. Yang mana ini amat menyentuh hati mama. Maryam sudah besar, sudah pandai melukis rupanya. Seingat mama kali terakhir kami melukis Maryam belum pandai melakar orang. Lukisan ini menggambarkan mama dan papa dengan papa berambut pacak 3 helai dan mama tidak bertudung. Kata Maryam nanti dia lukis yang lain mama pakai tudung. Yang kuning di atas adalah matahari, clouded itu adalah awan. Yang bewarna hijau adalah rumput dan pink dan biru itu adalah bunga yang mana mama kata buah rambutan lalu dimarahi Maryam. Lukisan ini menggambarkan Maryam sudah tahu susunan alam. Dimana letaknya matahari dan awan, dimana letaknya bunga dan rumput. Mama dan papa digambarkan gembira. Bila mama tanya mana kakak dan adik, cepat saja Maryam kata tak muat nak lukis. :)

Lukisan ini membaur rasa mama. Mama gembira tapi mama lebih sedih sebenarnya. Mama tak sedar kemampuan kakak. Mama tak tahu kakak sudah pandai begini. Kepandaian kakak melambangkan kegagalan mama. Betapa mama tidak memberi sepenuh perhatian kepada kakak dan menyerah bulat2 kepada sekolah kakak untuk mengajar kakak. Ya Allah, betapa mama lupa janji2 mama. Betapa mama alpa dengan dunia mama. Mama memang tak layak bergelar supermama. :(

Mama tak banyak masa untuk mengajar kakak. Bukan, bukan. Bukan tak banyak masa tapi mama gagal mencuri masa. semua kita mempunyai masa sama banyak. Yang membeza kita ialah bagaimana kita mengurusnya. Dan mama telah gagal. Mama lebihkan masa untuk adik dan kerja. Papa pun terabai juga. Tapi harapnya papa boleh tolak ansur. Bila malam mama banyak uruskan adik, kakak biasanya habiskan masa tgk tv. Ya Allah, harapnya mama masih mampu memperbaiki diri mama. Lukisan ini benar2 seperti wake up call untuk mama. Rasa sangat macam mama abaikan Maryam.

Budak comel ini pula membesar dengan sihat. sekarang sudah makin panjang akalnya dan sudah pandai menyebut beberapa patah kata. Pandai mengajuk cakap juga. seronok membesarkan beliau namun sungguh penat juga. Tenaga anak lelaki memang lebih la. Oh yusuf juga masih menyusu badan dengan sempurna. Menjerit gembira dengan senyum nakal setiap kali mama mengaju babu kepadanya. Sangat manis. Kerna itu mama tidak banyak masa untuk kakak rasanya. Setiap hari rutin mama sama, travel Bangsar-Putrajaya, balik basuh pam, botol susu n stock up susu. tidokan adik, susukan adik. Kadang lipat kain, kemas rumah. Tapi banyaknya tertido sama adik waktu bf time. So now u know how la mama gagal curi masa untuk kakak. Mama kesal. Amat2 kesal.


Mama suka gambar ini. Maryam sangat gembira. Dan mama berdoa disebalik senyum Maryam ini janganlah tersimpan kesedihan. Mama selalu marah Maryam. Dan mama kesal untuk itu. Maryam juga dah pandai marah adik. Sebijik macam mama marah dia. Itu sangat2 mama kesal. Mama dah tunjuk teladan tak baik. Sungguh sedih. Apapun mama harap mama masih belum gagal. Maryam selalu kata begini "Kakak sayang mama, mama marah kakak pun kakak sayang juga"...dan ini sangat2 mengundang sendu mama. Oh Allah berikanlah mama kesabaran yang tinggi dan jadikan mama, mama yang lebih baik.

Mama tak mahu gagal mendidik anak2 mama. Mama mahu menjadi sahabat terbaik anak2. Mama mahu mamalah orang pertama yang anak2 akan cari saat gembira mahupun sedih. Moga mama masih belum terlambat memperbaiki diri mama.

Oh mama rasa mama perlukan cuti panjang. Mama perlu menghirup udara di pulau2 atau di tanah2 tinggi. Atau mungkin terapi shopping di selatan tanahair, atau mungkin juga di negara jiran. Cehhhhhh sudahlah mama, baiki diri atas sejadah adalah jauh lebih baik. Jangan mengada2. Klah kawan2 mama memang dah weng tapi sememangnya belum gagal mama kira. Hahahahaha...