Hoho InsyaAllah kalau umah kami siap renovate, aku, Amad n Maryam akan pindah lepas raya. Tapi lepas raya tu tak tahulah bulan 11 ke 12, depend on siapnya renovation tersebut.
Yang bestnya barang letrik dah bli n TV sepupu amad yang bagi. Jadi umah dah hampir lengkap cuma nak cukupkan dengan perabot aje. Oh yang paling best mak mertua I sponsor peti ais besar yang 400 liternye. Heheheh bestnya mak mertua I ni. Hehehehe Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga murah.
21.9.08
Buai laju-laju...
Aku bli buai enjut letrik tuk Maryam lepas dia merengek kalau berhenti enjut dia dalam buai. Lagi satu dia macam tahu bila takde orang kat sisi dia. Dia pun macam takleh nak main sorang2, mesti nak ada orang tunggu dia. Hahahah ni mungkin salah aku gak, masa ngandung aku leh nangis sorang2 kalau Amad keje n aku rasa bosan yang teramat. Pastu skang Maryam takleh tido kalau tak berenjut. So susah la nak bawak dia ke mana2. Dalam kete pun dia ngamuk kalau nak tido. Nangis lak kaw2 nya, bukan main2. Oh nyesal lak kenalkan dia ngan buai. Cuma nasib baik tido malam dia nak duk bawah ketiak aku. Hehehe…
Sembur...
Maryam jenis lambat nak lelap, jadi kena layan dia berkhayal dalam buai b4 tertido. Tupun kalau nasib baik dia nyenyak, tak baik dia tido2 ayam je. Ada satu malam Maryam tak mahu tido, dia tido-jaga, tido-jaga. Aku yang hampir2 tertonggeng nak tido. Lepas dah lama meragam n tak nak tido, Atuk pun sembur dia ngan air guna mulut (air jampi kot). Masa tu Maryam nangis kuat sangat sampai tanpa sedar aku nangis jugak n rasa sangat bersalah pada Maryam sebab aku macam ignore dia yang tak nak tido. Sebenarnya Maryam mungkin tak selesa perut-kembung perut agaknya. Dah tenangkan dia nangis aku beri susu n masukkan dalam buai. Alhamdulillah lepas tu Maryam tido lebih ok dari sebelum2 ni.
Breastfeed...
Dari mengandungkan Maryam aku berniat nak susukan Maryam dengan susu badan selama yang boleh. Lagipun hak Maryam untuk aku susukan dia. Tapi sebenarnya niat kita ni tak mudah untuk kita laksanakan jika orang sekeliling tak faham dan tak beri sokongan. Aku perlu kuatkan tekad aku tapi pengetahuan yang tak banyak tentang penyusuan buat aku hampir putus asa. Sepanjang berpantang aku banyakkan membaca tentang penyusuan badan. Cuma sekarang aku mengharapkan sokongan dan galakan semua pihak. Alhamdulillah susu badan pun banyak sampai Maryam minum pun leleh2…Alhamdulillah.
Berpantang
Ari ni aku dah lalui 44 hari berpantang. 3 minggu aku kat KL dan skang kat Kuantan dah dekat 3 minggu jugak. Pasni balik KL semula dan seminggu pastu masuk keje. Hmmm…camne la aku nak tinggal Maryam? Even aku kadang2 hampir hilang sabar dan terlalu penat jaga Maryam tapi aku kan Mama Maryam? Hehehe, sebenarnya ada la 3-4 kali aku nangis sebab penat layan Maryam tapi aku jadikan nangis sebagai terapi aku. Sebab lepas nangis aku akan bersemangat balik jaga Maryam. Aku selalu ingatkan yang Maryam ni anugerah dan amanat Allah. Jadi aku tak akan dan tak mungkin mengalah.
Aqiqah & Cukur Jambul
Majlis aqiqah & cukur jambul kami buat pada hari ke-25 kelahiran Maryam. Majlis meriah kerana buat sekali dengan majlis tunang makcik Maryam. Masa majlis berlangsung aku terharu tapi cover airmata dari mengalir, lagi2 masa makcik tu nyanyi lagu naik buai Maryam. Lagu tu cam nasihat la, bila tiba bab beri nasihat kat mak, makcik tu pandang aku. Ish sayu la makcik ni.
Nangis...
Masa first tengok Maryam aku senyum gembira dan terharu. Hilang semua rasa sakit. Masa tu aku dah tak rasa apa2 kecuali bahagia n sonoknya. Bila dah selesai semua nurse antar aku masuk wad. Kat luar Amad ngan mak mertua aku dah tunggu. Masa aku tengok Amad aku tak dapat tahan airmata aku, masa tu aku nangis. Tulah sebabnya aku tak nak Amad tengok aku bersalin. Mahunya dari boleh bersalin cepat terus jadi lambat. Ntah tapi bab2 macam ni aku memang mudah nak nangis kalau tengok Amad. Ntah apa2 lah aku ni. Hahahah…
MJ's Journey...
Alhamdulillah, Maryam lahir dengan cepat dan mudah. Sakit pun sekejap je, kontraksi start dalam kul 12 tengahari dan yang betul2 aku tak tahan sakit masa kul 1 lebih. Rupanya tanda darah dah kuar. Azan Zohor berkumandang aku dah on the way pergi PPUM. Kul 2 petang masuk wad, kul 2.40 petang air ketuban doktor pecahkan dan akhirnya kul 3.11 petang, 30 Julai 2008 bersamaan 27 Rejab 1429 bersempena Israk Mikraj lahirlah Maryam Jannah Binti Ahmad Kusyairi. Syukur sangat2…
18.9.08
HiDuP+bARu
Dah lama gila aku tak update blog ni. Sekarang aku dah ada life baru...Alhamdulillah aku dah jadi mama...can u imagine??? Hahahaha aku yang garang ni dah jadi mak orang...Thank God!
Subscribe to:
Posts (Atom)