9.10.13

After 9 months...

barulah aku ada hati nak menulis kembali. Oh sebenarnya banyak yang tak terluah. Kemudian tidak ada saka yang merasuk supaya menulis. Too many stories to share. But some of it will be remain secret until the rite time tiba. Entahlah rasa macam lebih baik tak menulis. Sebab kadang lebih ramai yang nak menyibuk dari nak mengambil berat.

Lately life ini aku rasa semakin mematangkan aku. How it was true meeting a difficult situation/people will make u a better person. How it make life become more easier. Yes if u already facing your hardest time in life, lain2 cabaran akan jadi senang. Or maybe umur yang dah cecah 30 series ini yg menjadikan semuanya kelihatan lebih mudah. Kerna mungkin hidup yang sudah Allah izinkan selama 30 tahun itu sudah cukup lama untuk kenal erti sebuah realiti kehidupan.

Apa yang tidak berubah dalam hidup ini. Kecintaan, ketaksuban, kerjaya, semuanya akan berubah. Kadang kekecewaan mengubah prinsip seseorang. Khianat memati sebuah kesetiaan. Rasa hormat hilang dek keterlaluan kritikan. Siapa kita sebenarnya yang cuba menyelamat punggung masing2 tanpa perlu menikam pihak lain. Kata aku kalau tak mau ditikam dari belakang maka janganlah membelakangkan sesiapa. Kata bos siang tadi masih terngiang di pelipis telinga, maybe ada senapang yang terletak merata-rata, maka sesiapa sahaja boleh tertembak mati atau sipi2 terluka. Jadi siapa yang perlu disalah jika senapang sendiri makan tuan? Tepuk dahi tanya akal lebih relevan dari tepuk meja tuding telunjuk aku kira.

Kadang bukan saja marah buat kita hilang pertimbangan. Bila kecewa sesuatu juga terluah di luar sedar. Kita kan mencari kotak meluah rasa. Sekarang senang. Tak perlu kawan rapat lagi, luah saja secara berhemah atau tidak di laman2 sosial. Nanti yang makan cili akan rasa pedasnya dan yang tak rasa bahangnya menyengat akan menambah rasa. Nak kasi seimbang rasa katanya. Ahhhh tak perlulah mengata dulang paku serpih. Semua pun begitu. Dalam sibuk mengata orang kita pun buat benda sama. Akui sajalah laman sosial tempat kita menabur rasa. Yang bangang sedikit akan meluah semua termasuk akalnya yang cetek, hemahnya yang kosong, rasanya yang palsu. Ahhhh manusia. 

Mungkin yang sukar pada aku ialah jati hati kita sendiri. Kalau dalam hati ada taman rasanya sedikit sukar untuk taman itu dicantas bertukar menjadi jalan tar. Hati yang mmgnya kering mungkin sukar nak basah. Dari dulu aku menghargai persahabatan. Sehingga ke dewasa ini kemana aku pergi aku akan punya teman baik, punya teman rapat. Cuma aku terlalu sensitif dalam menilainya. Bila tiba saat aku bertawar rasa, semuanya jadi sifar. Tak nampak lagi nilainya dimana. Ia terjadi banyak kali. Sampai aku lupa bagaimana suatu masa aku pernah menilai tinggi persahabatan yang pernah aku lalui. Aku berhenti memikir, aku berhenti mendahulu, aku berhenti menjaga, aku berhenti mengambiltahu. Tidak ianya terjadi secara natural, bukan atas dasar balas dendam. Kerna itu aku sangat mencuba agar hati tidak menjadi hambar.

Katakan apa saja. Sahabat itu akan selalu kita rasa menyakiti hanya kerna kita menyayangi. Berapa kali kita berkecil hati bila merasa sahabat rapat tak mengenali kita bila dengan sewenangnya menjudge kita. Berapa kali kita menjauh hati bila sahabat mengagungkan teman lelaki tatkala kita memberi amaran sedikit keji. Atau bagaimana tergurisnya hati kita bila kita yang selama ini berdiri bak lalang tak berpendirian disebelahnya dikatakan berdiri di seberang sungai sana saat kita membaiki cara. Seolah sakitnya membaham rasa, melumat cinta. 

Tak mengapa, sahabat masih mampu menyimpan rasa, menyorok hampa. Walau nampak seperti dialah berjasa sapa tau disebaliknya mereka hanya menyambung hayat sendiri dari mati.aku sudah tak kisah lagi permainan dunia. Yasmin Mogahed mengajarku semua itu dunia. Aku sedang cuba mengejar syurga yang abadi, maka kekhilafan ini akan cuba sedaya upaya ku atasi.

Tak mengapa, hidup yang sementara ini Alhamdulillah syukur kupanjat padaNya. Aku merasa rahmatNya yang tiada pernah putus. Doaku yang sentiasa dikabulNya. Dimana ia menambah kecintaan ku padaNya. langkahku sentiasa mudah. Rezekiku juga sentiasa dimuka pintu rumahku. Betapa aku merasa kasihNya yang tiada bandingan. Cuma kadang aku terfikir dan menyimpan kesal pada mereka yang mempermain periuk nasi orang lain. Yang tiada berfikir impak taburan pasir mereka ke periuk orang lain. Seperti lupa balasan Allah itu bila2 boleh diterima. Tapi tak mengapa aku sentiasa percaya bahawa Allah sedang merancang sesuatu g lebih besar dan baik untuk aku. In Shaa Allah.

Baik aku tamatkan luahan rasa slps 9 bulan ini disini. Moga ada rasukan Saka Menulis datang temui aku. till next time. Assalam.
  

9.1.13

Republik Jiwa 2013

Kehkeh, republik jiwa la sangat kan. 

Saja nak kasi jiwa kacau bilau. Hihi. Sorry la lama tak update apa2. Takde masa ke takde mood ke tak tau la. So harap2nya dengan tukar nama ada la ong skit. Kasi banyak idea menulis puisi2 jiwa ala2 shila Amzah. Ceh apakah. Sedikit weng disitu.

Ok baik selamat tahun baru n berazam baru. Azam i sama aje tiap2 tahun, nak jadi lebih baik dari yang sebelum2nya. Tapi tahun ni nak tambah sikit. Nak serius dengan menjana wang dan menjaga wang. Terus digelak besar oleh encik suami. Hanya jauhari mengenal manikam kan. makanya encik suami dah bosan dengar azam nak berjimat dan menyimpan. Takpe takpe tak nak kasi support n percaya kat kita. Kang duit kita dah banyak tau la...masa tu kita gelak 2 kali  lebih kuat.Tapi serius ni. Doakan saya berjaya. Aamiin.

Ok sebenarnya nak cerita pasal perkembangan anak2. Pasal MJ yang dah tukar sekolah, pasal Yusuf dengan tantrumnya. Ye saya banyak pinat jaga ini budak 2 worang. Angin slalu naik juga. Hati manyak ilang sabar suda. Rasa mau cubit2 saja budak2 ini. Tada dengar sama saya juga. Haha giler stress okeh.

Tapi sebab MJ belum dapat uniform sailormoon dia maka tak best la nak citer tanpa gambar. So kita pospon aje dulu ye. Skali la citer Yusuf dengan labu labinya tu. Yang sorang ni lagi la menghilang sabar mama. Berlagak dramaking pula. Sib baik hensem. Tapi dalam hati ada taman. Cepat sangat tersentuh hati. Tapi garang n lasak juga. Kejenya kalau marah nak belasah kakak aje. Pastu dengarlah ujie junior marah2. Hahhahahah sebenarnya sangat terhibur melihat diri sendiri versi kecik. Kuikuikui...

Baiklah sambung nanti saja. Selamat bertahun 2013, moga republik jiwa kita baik2 saja. Harapnya saya dapat memperbaiki jiwa agar lebih bersih. Moga Allah terus membantu tatkala jiwa hampir kosong dan tidak bermaya.

Oh saya juga ada berita gembira di tahun baru. Citer itu juga sila tunggu. Hihihi...k bye jemah!

10.10.12

Parenting : Am I a failed mother?



Lukisan ini dilukis oleh Maryam yang berusia 4 tahun 2 bulan sewaktu menunggu mama menyiapkan kerja2 opis. Yang mana ini amat menyentuh hati mama. Maryam sudah besar, sudah pandai melukis rupanya. Seingat mama kali terakhir kami melukis Maryam belum pandai melakar orang. Lukisan ini menggambarkan mama dan papa dengan papa berambut pacak 3 helai dan mama tidak bertudung. Kata Maryam nanti dia lukis yang lain mama pakai tudung. Yang kuning di atas adalah matahari, clouded itu adalah awan. Yang bewarna hijau adalah rumput dan pink dan biru itu adalah bunga yang mana mama kata buah rambutan lalu dimarahi Maryam. Lukisan ini menggambarkan Maryam sudah tahu susunan alam. Dimana letaknya matahari dan awan, dimana letaknya bunga dan rumput. Mama dan papa digambarkan gembira. Bila mama tanya mana kakak dan adik, cepat saja Maryam kata tak muat nak lukis. :)

Lukisan ini membaur rasa mama. Mama gembira tapi mama lebih sedih sebenarnya. Mama tak sedar kemampuan kakak. Mama tak tahu kakak sudah pandai begini. Kepandaian kakak melambangkan kegagalan mama. Betapa mama tidak memberi sepenuh perhatian kepada kakak dan menyerah bulat2 kepada sekolah kakak untuk mengajar kakak. Ya Allah, betapa mama lupa janji2 mama. Betapa mama alpa dengan dunia mama. Mama memang tak layak bergelar supermama. :(

Mama tak banyak masa untuk mengajar kakak. Bukan, bukan. Bukan tak banyak masa tapi mama gagal mencuri masa. semua kita mempunyai masa sama banyak. Yang membeza kita ialah bagaimana kita mengurusnya. Dan mama telah gagal. Mama lebihkan masa untuk adik dan kerja. Papa pun terabai juga. Tapi harapnya papa boleh tolak ansur. Bila malam mama banyak uruskan adik, kakak biasanya habiskan masa tgk tv. Ya Allah, harapnya mama masih mampu memperbaiki diri mama. Lukisan ini benar2 seperti wake up call untuk mama. Rasa sangat macam mama abaikan Maryam.

Budak comel ini pula membesar dengan sihat. sekarang sudah makin panjang akalnya dan sudah pandai menyebut beberapa patah kata. Pandai mengajuk cakap juga. seronok membesarkan beliau namun sungguh penat juga. Tenaga anak lelaki memang lebih la. Oh yusuf juga masih menyusu badan dengan sempurna. Menjerit gembira dengan senyum nakal setiap kali mama mengaju babu kepadanya. Sangat manis. Kerna itu mama tidak banyak masa untuk kakak rasanya. Setiap hari rutin mama sama, travel Bangsar-Putrajaya, balik basuh pam, botol susu n stock up susu. tidokan adik, susukan adik. Kadang lipat kain, kemas rumah. Tapi banyaknya tertido sama adik waktu bf time. So now u know how la mama gagal curi masa untuk kakak. Mama kesal. Amat2 kesal.


Mama suka gambar ini. Maryam sangat gembira. Dan mama berdoa disebalik senyum Maryam ini janganlah tersimpan kesedihan. Mama selalu marah Maryam. Dan mama kesal untuk itu. Maryam juga dah pandai marah adik. Sebijik macam mama marah dia. Itu sangat2 mama kesal. Mama dah tunjuk teladan tak baik. Sungguh sedih. Apapun mama harap mama masih belum gagal. Maryam selalu kata begini "Kakak sayang mama, mama marah kakak pun kakak sayang juga"...dan ini sangat2 mengundang sendu mama. Oh Allah berikanlah mama kesabaran yang tinggi dan jadikan mama, mama yang lebih baik.

Mama tak mahu gagal mendidik anak2 mama. Mama mahu menjadi sahabat terbaik anak2. Mama mahu mamalah orang pertama yang anak2 akan cari saat gembira mahupun sedih. Moga mama masih belum terlambat memperbaiki diri mama.

Oh mama rasa mama perlukan cuti panjang. Mama perlu menghirup udara di pulau2 atau di tanah2 tinggi. Atau mungkin terapi shopping di selatan tanahair, atau mungkin juga di negara jiran. Cehhhhhh sudahlah mama, baiki diri atas sejadah adalah jauh lebih baik. Jangan mengada2. Klah kawan2 mama memang dah weng tapi sememangnya belum gagal mama kira. Hahahahaha... 

30.9.12

Oh my blog.

Oh my blog. Dah bersawang mawang. Adoi la takde mood hendak menulis. Hmmm mungkin bukan tiada mood. Tapi banyak sangat menulis status di mukabuku. Semua dah diupdate bukan sebulan dua tapi secara sangat konsisten setiap hari. Hahahahha. Jadi dah banyak cerita tercerita. Makanya tidak mencari blog lagi.

Atau mungkin saya memang bz? Hmmmm mungkin juga. Kepenatan travelling bangsar-putrajaya, penat membesarkan si cheecky Yusuf dan juga penat berperang dengan si becok mj. Pfffftttt jadi supermak bukannya senang. Memang letih lagi2 bab emosi. Dah tak terlayan nak beremosi ngan anak2 yang banyak ragam ni. Tu baru dua, kalau 3-4-5 camnelah. Salute la i kat mak i yang ada 7 orang anak ni. I jaga anak teruna  i sorang tu pun rasa nak give up jap. Tapi sebab anak, give n take ajelah. Ligat bukan main. Manjat sana sini. 

Tulah je yang banyak citer. Anak2 memenuhi setiap ruang masa. Menyelinap di setiap ruang nafas. Hohoho sampai semput dah nafas yang ada. MJ dah banyak berdikari, cuma yang i kesalkan i selalu sangat marah dia. Marah bukan sikit2 tau, ni marah kaw2 punya. Ntahlah tapi memang i takleh terima kalau MJ buat perangai tak cerdik. Dia terhegeh2 bersiap pun kene khutbah, taknak makan pun kena mandi lama pun kena. tu belum masuk bab gaduh ngan adik. Bab sekolah jangan cerita la. Sampai boleh buat episod geng bas sekolah dah rasanya. 

Oh nanti sambung la ye. Migrain sudah datang. Demn! 

4.6.12

Rasa pagi ini.

Wasn't he cute n adorable? Hihihi. sekarang i tau la macam mana rasanya ada anak cute, tembam n hensem. Alhamdulillah.